Sunday, February 12, 2012

Adik...Syafakallah


Petang yang suram pada hari ini diteman rintik rintik hujan yang mula membasahi bumi .Ianya mengundang saya memikirkan keadaan anak yang baru dilanggar motosikal.Sebelum dia memberi tahu umminya,saya selalu teringatkan dia.

Semasa hari kejadian,sebelum dia melintas jalan bersama kawanya,dia betul betul sudah memerhati dan memastikan bahawa dia selamat melintas tapi entah kenapa tak semena mena motor yang datang mencelah di celah celah kereta mengheretnya secara tiba tiba...

'Ummi,adik ok ni sihat jer,tak apa apa.ummi jangan risau' begitu dia memulakan bicara bila saya menelefonnya.

'Alhamdulillah,ngape dik?ada apa apa yang berlaku?' tanya saya bila mendengar suaranya sayup sayup jer...

'Adik ok,tak sakit badan,boleh jalan,ummi jangan risau ya,adik dilanggar motor semalam'katanya..

fuhh berderau darah saya mendengarnya.Hati seorang ibu!

Dia menceritakan di seret agak jauh tetapi beg yang disandangnya menyelamatkan dirinya dari terhentak secara kuat ke jalanraya.manakala sandalnya masih lekat di kaki sebab sandalnya di ikat rapi.Sandal yang dipakainya dapat menutup kakinya daripada bergeser dengan jalanraya

Kelmarin adik terpaksa keluar bersama kawannya kerana ada beberapa keperluan yang hendak dibeli.

'Adik terpaksa beli seluar kerana nak solat jumaat.seluar yang adik pakai berlubang dan seolah olah terbakar.Kulit lutut adik macam melecur,darah memang banyak'perlahan lahan dia menyusun kata.

'Tapi ummi jangan risau ya,adik boleh cuci luka sendiri.adik boleh solat tapi kena duduk..janji ya jangan risau'katanya lagi

Saya memang tidak mengizinkan anak anak saya menunggang motosikal.Begitu juga dengan membonceng.Tiada lesen untuk mereka.Saya lebih tenang apabila mereka menaiki kenderaan awam.Pada hemat saya ianya lebih selamat...

Tetapi takdir menentukan segala..Kadang kala kita cukup berhati hati tetapi ada insan yang cuai.Ada ketikanya kita cuai menyebabkan insan lain menjadi mangsa.Tidak kurang pula kecuaian ke dua dua belah pihak mengundang malapetaka.Namun sikap berhati hati dan bertawakkal kepada Allah itu yang utama.

Indahnya apabila seorang muslim itu cukup memahami qada' dan qadar Illahi