Friday, November 16, 2012

Bukan sekadar....

Bukan sekadar...

'Bukan sekadar pop corn'.Begitu saya berkongsi cerita dengan anak anak saya.
Apa ada pada pop corn yang harganya cuma rm1.29 kat pasaraya maidin?atau dipasar malam dengan harga rm1 dengan pelbagai warna yang menarik.?

Ya,sepintas lalu begitulah yang dirasa.Tapi bila ianya dihargai ianya menimbulkan suatu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.Bukan nilai rm itu yang diambil kira,bukan juga apa barang yang disua tapi hati yang tulus mampu menjelaskan segala

Seorang sahabat melancong ke India.sekembalinya dari sana beliau telah menghadiahkan saya sehelai shawl yang berwarna cream.saya cukup menghargainya.Masakan tidak,shawl boleh menutup kepala,boleh dibuat alas untuk solat juga boleh dibuat selimut.Pada ketika yang lain pernah saya menggunakan shawl itu utk menjadi alas meja semasa program motivasi.!fuhh banyak pahala sipemberi


Baru baru ini seorang anak saudara telah menghadiahkan satu bekas pensil sekembalinya dari china.'makcik ini hadiah untuk makcik,boleh masukkan pen yang banyak(bersepah... hehe) kat meja tuu'

Alhamdulillah syukur kepadaMu Tuhan,walaupun kecil di mata manusia,moga ianya besar penilaian dariMU.Anak anak dan sahabat selalu menghadiahkan sesuatu kepada saya,saya sangat menghargainya,sangat..

Memang..tangan diatas lebih baik daripada tangan di bawah..

Tuesday, October 16, 2012

Apa dah jadi niii

Fuhh lama betul tidak megetuk kekunci ini bagi menyelongkar rencah rencah kehidupan.Kadang kala cukup mengujakan,tapi pada ketika yang lain cukup menyakitkan.Bukankah itu sunnah alam yang pasti dilalui oleh makhluk yang bernama insan

Lantaran itu kita kena banyak bersabar,banyak melapangkan,banyak menghitung diri kerana setiap apa yang kita lakukan akan dihitung di sana nanti.Kita tidak terlepas dari catatan ketat oleh dua malaikat yang tak pernah alpa atau lupa dengan tugasnya


Hidup seperti pelayaran

Perit bila ummah memilih hidup yang penuh dengan keseronokan.Perit bila melihat anak gadis beriringan dengan ibu yang bertudung litup tetapi sigadis berpakaian seolah bertelanjang.Perit bila melihat kegilaan muda mudi berpeleseran di tempat tempat perkelahan.Perit dan perit bila Islam disampingkan dalam kehidupan

Pernah Ar Rasul bertanya kepada sahabat ra tentang satu zaman yang diliputi oleh kemewahan jika dibandingkan dengan zaman yang sedang dilalui oleh Ar rasul SAW dan sahabat sahabatnya.

Sahabat menjawab mereka ingin hidup di zaman itu kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah mencari rezeki.Mereka boleh berdakwah dan berjihad sepenuhnya.

Tetapi Ar Rasul telah berkata kepada sahabat sahabatnya bahawa pada zaman kemewahan itu,manusia lalai dari mengingati Allah SWT.Manusia berlumba lumba mengejar dunia.Rasulullah mengingatkan para sahabat bahawa zaman mereka adalah zaman terbaik.

Terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan ummah kepada landasan yang sebenar.
Nabi SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya

'Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat'

Nah!di penjuru manakah kita berada?


Tuesday, August 14, 2012

erti perpisahan




                                         


Hujan turun lagi,
lagi dan lagi,
langit suram
rintik rintik hujan setia membasahi bumi,
meyegarkan pepohon,
memberi khabar gembira kepada petani,

hati ini hiba,
sesuram cuaca hari ini,
walaupun titisan jernih sering tertumpah,
aku tetap pasrah

aku tahu dia pergi untuk satu kemuliaan,
menuntut ilmu mengajar erti kedewasaan,
mencari bekal untuk kesejahteraan

aku sangat mengerti itu,
aku mengharap dia juga mengerti,
erti sebuah pengorbanan,
erti sebuah perjuangan,
agar dia menjadi insan pilihan,

Illahi...dalam sujudku,
aku sering mendoakan,
agar permata hatiku,
menjadi insan pilihan

RAMADHAN 1433H
Air Keruh

Thursday, July 5, 2012

Antara dua darjat








‘Awak kerja di mana’tanya seorang makcik sebaik sahaja saya melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
‘Saya kerja dirumah’kata saya ringkas sambil tersenyum
‘Eh tu awak guna laptop,tentu kerja kan’katanya lagi sambil mengerling galaxy tab yang ada ditangan saya.
‘Ya saya berkerja dirumah sebagai suri rumahtangga’saya masih tersenyum padanya.
‘Ya ke?’tanyanya macam tidak percaya
‘Awak ada anak’tanyanya lagi
‘Alhamdulillah makcik,saya ada anak 3 orang,tapi mereka tak ikut,mereka semua dah besar.mereka belajar 
lagi’kat saya
‘Emm makcik lagi ramai anak,9 orang’katanya
‘Alhamdulillah,makcik kaya daripada saya’kata saya ramah
‘Ialah kaya anak’kata makcik semakin mesra
‘Awak ada sakit teruk teruk tak?’semakin rancak dia bertanya
‘Alhamdulillah,saya sihat saja,tiada kencing manis,darah tinggi dan penyakit seumpama dengannya’kata saya bila dia mula menceritakan tahap kesihatannya

Saya sempat menemani suami yang mendapat hadiah saguhati di stesen minyak berkenaan.Makcik yang berbual dengan saya itu adalah ibu kepada tuan punya stesen minyak itu.

Kami diraikan dengan hidangan soto dan kuih muih.Bersebelahan dengan kami duduk (meja pelanggan yang mendapat hadiah),ada beberapa meja yang dihidangkan agak istimewa.

Kami merasakan tempat itu untuk rakan rakan tuanpunya stesen minyak (taukeh stesen minyak lain)

‘ooo bagus mereka ini,walaupun masing masing ada stesen minyak,tapi mereka bersatu ‘hati saya terdetik begitu

Majlis dibuka dengan doa Selamat.Tidak ketinggalan juga acara memotong kek sempena ulangtahun stesen minyak itu beroperasi.

Apa yang sempat saya lihat hidangan untuk pelanggan dan hidangan untuk taukeh taukeh stesen minyak itu berbeza.Bagi saya ianya tidak menjadi hal.Namun rakan saya yang seorang lagi berkata

 ‘Saya tak kisah tempat berbeza,tapi hidangan juga berbeza.sepatutnya biarlah juadah itu sama jer’kata rakan saya

‘Mengapa manusia suka membezakan ‘fikir saya kembali setelah beredar bersama suami

‘Begitu menebal budaya seperti ini’fikir saya lagi

Saya mengimbas kembali bagaimana persepsi makcik itu apabila saya memegang galaxy tab untuk ‘search ‘ berita terkini.seolah olah perkara ini hanyalah untuk orang yang berkerjaya sahaja yang memerlukannya.Begitu juga perbezaan hidangan yang begitu ketara di meja makan tadi.

‘Ooo antara dua darjat’saya menoktahkan kesimpulan secara spontan!

Terkenang saya kepada seorang pemimpin negeri yang makan bersama orang ramai dengan sebungkus nasi campur dan sebotol air mineral 500ml.Hebat bukan???

Monday, June 4, 2012

Satu kemuliaan



'Adik,berdoalah kepada Allah sepertimana Nabi SAW berdoa ketika hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah' kata suami kepada anak kami sambil membacakan doa tersebut.

'bila musafir,berdoalah kerana orang musafir mustajab doanya,apatah lagi adik pergi belajar' kata saya kepada adik

Begitu kami mengingatkan adik yang akan menjadi 'budak u' semasa menghantarnya untuk mendaftar diri di salah sebuah IPTA

'merantau menuntut ilmu satu kemuliaan' begitu sempat saya menconteng di fb..

'Adik teringin untuk belajar di Turki,tentu indah negera itu mama'kata adik penuh harapan selepas keputusan SPMnya diumumkan.Malah bukan kali itu dia berkata demikian,sejak sekian lama..

Selain kucing kesayangannya,buku buku adalah teman setia adik.Antara buku yang sering di telaahnya adalah buku mengenai Sultan Muhammad Al Fateh,Khilafah Othmaniah Turki dan cerita mamanya mengenai Turki.Kehebatan empayar Turki dan kehebatan kepimpinan Sultan Muhammad Al fateh sudah begitu dimaklumi..

'maaf dik,mama dan abah tak mampu untuk hantar ke sana di atas beberapa sebab tertentu'begitu kami memujuk.

'Adik suka sejarah' dia berkongsi 'kegemaran'nya.

'mamapun sama,kita belajar dari sejarah dan kemudian kita ambil iktibar dari apa yang telah berlaku'tambah saya yg sangat menyokong 'kegemaran'nya.

'Abang tak boleh tahan nak beli buku,lihat ni'kata suami kepada saya selepas makan tengahari seusai pendaftaran adik..buku yang dibeli suami ialah buku cinta dirumah Hasan Al Bana dan Biografi Agung Rasulullah SAW.

'Ini untuk kita dan cucu cucu kita nanti'kata suami di depan anak anaknya...

Moga dengan itu anak anak memahami dan menghayati hidup ini ada tujuan dan matlamat yang agung juga!

Rabba hablana min azwa jina wazzuriatina qurrata a'yun,wajj a'lna lil muntaqina imama..

Sunday, May 13, 2012

Jejak jejak kasih

Mengapa tajuk ini jadi pilihan setelah lama tidak menulis?Entah... tiba tiba hati sayu,rasa keseorangan dan tentunya pemergian sahabat yang dikasihi cukup terkesan di hati.Tapi bukan untuk diratapi tetapi jejak jejak kasih yang berbekas padu dijiwa membuatkan kita merenungi kembali apa yang telah kita buat,apakah persediaan yang kita telah sediakan,apakah umur kita yang berlalu penuh dengan aktiviti yang menyaratkan saham kebaikan di SANA nanti...

Suatu yang pasti yang pergi tetap pergi..tetapi yang tinggal perlu meneruskan kehidupan..tetapi bagaimana?Hiburkan hati dengan Al qur'an.Sibukkan diri dengan solat.tundukkan nafsu dengan puasa,penatkan diri dengan aktiviti bermanafaat..

Ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMU dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami..


Monday, March 19, 2012

Tarikan Cinta -Isabella



Kalau kita meninjau di rak rak kedai buku terutamanya bahagian novel,begitu banyak novel yang bertemakan cinta memenuhi ruang.Tajuk tajuk yang cukup menarik membuatkan ramai yang menjadi peminat setia novel sedemikian..

Pernah bertanya kepada golongan ini,mengapa suka membaca novel cinta?
'huh makcik,novel ini islamik tauu..ada ayat al qur'an lagi tuu' begitu antara respon mereka.

Tidak dinafikan memang ada sedikit kebaikan novel berkenaan tapi banyak juga kesan buruknya.Mereka dihidangkan dengan cinta indah yang begitu ideal seolah olah tidak berpijak di alam real.Mereka dikhayalkan dengan cinta yang mengasyikkan,seolah olah dunia mereka yang punya..Kadang kala pengaruh novel ini membentuk cara berfikir dan bertindak.

Pernah pada suatu ketika dahulu, lagu Isabella selalu berkemundang di corong radio.Masakan tidak ianya didendangkan oleh amy search seorang penyanyi rock pada ketika itu.Lagu ini mengisahkan lambang keagungan cinta.Kalau anda bertanya generasi yang lahir tahun 1990 an pun,ada dikalangan mereka mengetahui lagu ini.Ia menjadi satu fenomena ketika itu

Begitu juga kisah ratu Isabella,salah seorang yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol.Kalau kita menyelusuri sejarah jatuh bangunnya tamaddun dunia khususnya tamaddun islam maka kita akan terjumpa kisah ratu ini..


Saya baru saja menghabiskan siri siri pembacaan saya yang pelbagai dengan novel Isabella.Sebuah novel yang mengisahkan seorang gadis anak ketua paderi di Cordova yang akhirnya memeluk agama Islam setelah membuat perbandingan agama anutannya dengan Islam.Cinta agung yang dipamerkan oleh Isabella sehingga sanggup meninggalkan kemewahan dan kesenangan hidup demi kebenaran..

Sebelum ini(sudah beberapa lama dulu) saya pernah membaca dalam internet tetapi rupa rupanya tatapan buku memberi satu kepuasan yang berbeza kepada saya.

Isabella-sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan islam dan kristian.Tulisan Maulana Muhammad Saeed Dehlvi terjemahanDato'Abdullah Hussain,Sasterawan Negara(cetakan pertama 2011) .
Bagus kalau dihadiahkan kepada rakan rakan kita samada muslim-agar dia rasa 'izzah dengan islam.Kiranya dihadiahkan kepada rakan non muslim moga di situ ada sinar hidayah yang menerjah ke dalam qalbunya..

Selamat membaca...

Sunday, February 12, 2012

Adik...Syafakallah


Petang yang suram pada hari ini diteman rintik rintik hujan yang mula membasahi bumi .Ianya mengundang saya memikirkan keadaan anak yang baru dilanggar motosikal.Sebelum dia memberi tahu umminya,saya selalu teringatkan dia.

Semasa hari kejadian,sebelum dia melintas jalan bersama kawanya,dia betul betul sudah memerhati dan memastikan bahawa dia selamat melintas tapi entah kenapa tak semena mena motor yang datang mencelah di celah celah kereta mengheretnya secara tiba tiba...

'Ummi,adik ok ni sihat jer,tak apa apa.ummi jangan risau' begitu dia memulakan bicara bila saya menelefonnya.

'Alhamdulillah,ngape dik?ada apa apa yang berlaku?' tanya saya bila mendengar suaranya sayup sayup jer...

'Adik ok,tak sakit badan,boleh jalan,ummi jangan risau ya,adik dilanggar motor semalam'katanya..

fuhh berderau darah saya mendengarnya.Hati seorang ibu!

Dia menceritakan di seret agak jauh tetapi beg yang disandangnya menyelamatkan dirinya dari terhentak secara kuat ke jalanraya.manakala sandalnya masih lekat di kaki sebab sandalnya di ikat rapi.Sandal yang dipakainya dapat menutup kakinya daripada bergeser dengan jalanraya

Kelmarin adik terpaksa keluar bersama kawannya kerana ada beberapa keperluan yang hendak dibeli.

'Adik terpaksa beli seluar kerana nak solat jumaat.seluar yang adik pakai berlubang dan seolah olah terbakar.Kulit lutut adik macam melecur,darah memang banyak'perlahan lahan dia menyusun kata.

'Tapi ummi jangan risau ya,adik boleh cuci luka sendiri.adik boleh solat tapi kena duduk..janji ya jangan risau'katanya lagi

Saya memang tidak mengizinkan anak anak saya menunggang motosikal.Begitu juga dengan membonceng.Tiada lesen untuk mereka.Saya lebih tenang apabila mereka menaiki kenderaan awam.Pada hemat saya ianya lebih selamat...

Tetapi takdir menentukan segala..Kadang kala kita cukup berhati hati tetapi ada insan yang cuai.Ada ketikanya kita cuai menyebabkan insan lain menjadi mangsa.Tidak kurang pula kecuaian ke dua dua belah pihak mengundang malapetaka.Namun sikap berhati hati dan bertawakkal kepada Allah itu yang utama.

Indahnya apabila seorang muslim itu cukup memahami qada' dan qadar Illahi




Tuesday, January 17, 2012

Bila aku diuji


"Fuhhh,semua sms malam ini cukup menguji kesabaran saya" sambil menatap sms yang masuk ke kotak pesanan hp saya,hati saya berkata kata..

Berbalas sms dalam beberapa ketika sambil bertukar tukar pendapat kadang kala menguji kesabaran dan keikhlasan hati.

"Apa saya ni,kalau saya ikhlas,saya tidak mengharapkan terima kasih sesiapa?"ulang saya di dalam hati berkali kali.Tiba tiba mata saya seperti dimasuki habuk...

Begitu kita diuji.Keikhlasan memainkan peranan yang cukup besar dalam setiap kerja buat kita.Keikhlasan itu bukan semasa hendak memulakan kerja/sesuatu saja tetapi permulaan,pertengahan dan akhirnya juga dihitung.Kita tidak mahu amal yang kita lakukan apabila dihitung di akhirat nanti seperti fatamorgana atau seperti debu yang berterbangan na'uzubillah.

Moga kita menjadi orang yang mukhlisin..

Saturday, January 7, 2012

Rencah rencah kehidupan


Sebaik saja suaminya balik dari masjid di pagi itu,si isteri setia lantas bertanya "bang nak makan apa pagi ini?nasi goreng,jemput jemput ikan bilis atau apa?"
"Tak payah susah susah,hari ini abang masak,emms kita sembang sembang ya"wajahnya tenang sambil tersenyum.

"Ngape ni?mimpi indah ke malam tadi?"si isteri mula mengusik...
"Emms sebenarnya sayang telah mencuri...mencuri hati abang sejak lama dulu" si suami berkata dengan nada perlahan sambil menanggalkan pakaian solatnya tetapi jelas kedengaran di telinga sang isteri...

Begitu teman rapat berkongsi cerita.Dia rasa tak sangka sudah puluhan tahun berkahwin,kata kata romantik seperti itu selalu diucap oleh suaminya.Rumahtangga mereka biasa di uji,kadang kala cukup hebat tetapi bila mereka meletakkan asas yang kukuh semasa pembinaan(dengan izin Allah jua),mereka menjadi pasangan bahagia hingga saat ini...Moga bahagia selamanya.

PESANAN:Binalah rumahtangga di atas asas yang kukuh(agama) nescaya kita akan mengecapi kepuasan yang sukar untuk diterjemahkan insyaAllah, tanpa menafikan faktor faktor lain.

Melangkah ke masjid untuk solat asar petang itu memberi suatu kelainan.Terpandang tulisan di pintu masuk tempat solat wanita

"Wanita hendaklah menutup aurat ketika berada di dalam masjid"

"Emms bagus peringatan ini.."terlintas difikiran saya..

Itu antara usaha mereka yang diamanahkan dalam menguruskan masjid bagi memastikan adab adab terjaga bila datang ke masjid.Memang suatu langkah yang sepatutnya dipuji.

Laa ada lintasan lain pulak..

"Bagaimana kalau ada yang memahami bahawa hanya ketika di dalam masjid sahaja aurat perlu ditutup?"Aduhai...

Jom kita rujuk surah Al Ahzab ayat ke 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi,katakan kepada isteri isterimu,anak anak perempuanmu dan isteri isteri orang mukmin 'hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka' yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali,sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang."

Kalaulah kita boleh solat dengan pakaian kita(bersama tudung yang dipakai) tanpa perlu menggunakan telekong sembahyang, maka itu merupakan pakaian kita telah memenuhi tuntutan menutup aurat kita..

PESANAN:Berhati hati dalam memilih dan mengenakan pakaian yang kadang kala boleh menjerumuskan kita dan orang lain ke lembah dosa!.


Ber 'sms' dengan anak yang sedang mengikuti program pasca SPM sekolahnya cukup mengujakan...Kekadang kesianpun ada sebab programnya agak mencabar dan cukup meletihkan.Tetapi dalam masa yang sama ia merupakan suatu latihan supaya anak anak 'lasak' dengan kehidupan di luar sana..

"Mum,dah sampai ke KKTM petang tadi.After ni ceramah by ustz MI."-8.25malam hari pertama

"Alhamdulillah,makan roti tadi tak?,moga dapat manafaat"-8.26malam

"makan,semua kata sedap"-9.03malam

"Mama mesti dah tidor kan?Nite.sayang mama"-12.28pagi hari ke 2

"nite,sayang adik..rindu.mama baru lepas solat"-12.31pagi

"adik apa khabar hari ini?"-8.06malam

"stress..call sekarang boleh?"-9malam

Berbual,memujuk dan memberi kata kata perangsang kepada anak anak cukup perlu apatah lagi dalam keadaan yang sangat diperlukan si anak.

Sempat berpesan semoga banyakkan membaca Al qur'an,istighfar dan zikir.Mohon kekuatan daripada ALLAh yang Maha Gagah Perkasa...

PESANAN:"Anakku,kalau Islam diHAYATI,apa jua yang kita rasa,apa jua yang kita tempuhi, ianya tetap dan mampu dikawal dengan akhlaq yang mulia,,percayalah"