Saturday, December 25, 2010

Sakinah


“Saya perlu bawa diri jauh jauh buat seketika,untuk men’cair’kan hati yang seakan hendak membeku’begitu bisikan hati apabila asakan perasaan untuk melarikan diri buat seketika bagi mencari titik kelemahan diri,menampal mana mana hati yang terobek atau untuk membina kekuatan yang kian menurun sedikit demi sedikit atau apa saja yang memungkinkan kita perlu bersendirian..Pernah suatu ketika teman bertanya…emms memang saya suka melihat aliran sungai yang jernih,atau jeram yang cukup deras arusnya atau merentasi hutan belantara yang tertua di dunia itu untuk mencari dan menikmati sesuatu yang cukup berharga …sebuah ketenangan!Masakan tidak alam semulajadi tidak mengenakan ‘syarat’ untuk mendampinginya.Untuk sama sama berzikir dengannnya,untuk sama sama menikmati panorama yang cukup mengasyikkan itu atau untuk sama sama berbicara siapa Sang Pencipta.Apa itu kewujudan diri?,untuk apa? dan apa kesudahan kehidupan ini.!

‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang yang berakal(iaitu) orang orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang pennciptaan langit dan bumi(seraya berkata)”Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia sia.Maha Suci Engkau,maka peliaharalah kami dari siksa api neraka’’Ali Imran :190-191

Apabila setiap kewujudan disekililing kita dihargai,ianya menjadikan kehidupan kita kian lebih bermakna..Apatah lagi kiranya kehidupan yang sedang kita nikmati adalah berpaksikan kepada kebenaran semata.

Tuesday, December 21, 2010

Masih tak kenal ke?




Perjalanan yang jauh bersama kawan kawan cukup menyeronokkan.Banyak perkara yang boleh dan dapat dipelajari.Hendak kenal sikap sebenar seseorang itupun dengan kita bersama bermusafir.Menarik bukan?Umar Al Khattab pernah berkata kepada seorang adakah anda pernah bermusafir dengannya?
Baru baru ini saya bermusafir dengan beberapa orang kawan.Mereka telah saya kenali hampir 4 tahun .Tapi membuatkan saya semacam tidak mengenali mereka(rasanya sangat kenal) makanan kegemaran merekapun saya tak tahu..Sambil bersarapan pada pagi berkenaan seorang kawan saya berkata ‘rasanya tak boleh habis mee ni banyak sangat rasa sos tiramnya.Walhal saya sangat suka mee goreng’laa baru pagi itulah saya tahu bahawa kawan saya ini sangat gemar makan mee goreng.Mungkin juga saya ni tak ada makanan yang menjadi kegemaran saya secara khusus,mana yang ada saya makan jadi perkara sebegini mungkin saya kurang sensitif(kena sensitiflah kot!)..Mengenali kawan secara mendalam banyak kebaikannya.Kita dapat menjaga dan menjalin persahabatan dengan baik dan harmoni.kita tahu mana yang dia suka dan sebaliknya.Begitu juga bagi pasangan suami isteri.Mugkin sudah puluhan tahun hidup bersama tapi mungkin masih ada perkara yang kita tidak tahu dan kurang arif dengan pasangan.Setiap masa kita berpeluang lebih mengenali pasangan dengan kesempatan yang ada.Apabila kita saling kenal mengenali dan memahami pasangan, kita lebih mudah untuk menjalani kehidupan seterusnya dengan penuh kebahagiaan Insya Allah.Anda bagaimana?

Wednesday, December 8, 2010

DAH TAMAT KONTRAK

Anak pengaga


‘Kak apa khabar’ tanya saya kepada seorang kakak di majlis perkahwinan anak sahabat kami baru baru ini..Alhamdulillah sihat,A apa khabar?Oo alhamdulillah sebagaimana yang kak lihat’ kata saya sambil ketawa..lama tidak berjumpa menyebabkan rasa rindu tidak terhingga kepada kakak ini.Pertemuan singkat itu memberi sedikit ruang dan peluang membincangkan beberapa perkara.Tentunya topik baitul muslim tidak ketinggalan,maklum sahabat kami mendapat menantu yang solehah manakala anaknya seorang aktivis pemuda IKRAM..sejuk hati..'Macam ni lah,anak kita ni macam masing masing dah ‘ada’ jadinya kita tak jadi kot’ kata kakak ini sambil tersenyum..’ok jer kak,saya tak kisah.Kiranya tamat kontraklah kot!..kata saya .Begitu MOU yang boleh dibuat dan dibatalkan antara kami pada bila bila masa jika perlu..
Ibubapa begitu mengharapkan agar anak anak mereka menjadi anak anak yang soleh lagi musleh disamping memilih pasangan hidup yang seperti itu juga.Kita mampu menyarankan dan berdoa.Tapi hati anak anak tidak boleh dipaksa.Anak anak dijaga dengan begitu sekali,dibelai,diberi keperluan yang serba cukup dan diberi hak hak yang semestikan kepada anak anak..Semoga ianya menjadi apa yang kita impikan.Saya berfikir bersendirian sambil meninjau tanaman di kebun saya yang sekangkang semut itu..nah inilah hasilnya(dengan izin Allah jua) setangkai buah anggur telah muncul di celah
celah daun.Hati saya berbunga riang..syukur kepadaMU Tuhan.Saya masih lagi meninjau ..Kelihatan pokok pengaga yang begitu subur tumbuh di halaman rumah saya…ulam yang cukup menyelerakan.Bagus untuk kesihatan kita.Ahh saya pula mengintai pokok jambu diluar pagar rumah..emms sedang berbuah.Sebahagiannya saya telah petik buahnya.Sekali lagi saya mengambil pengajaran..Kita jaga,kita belai kita beri keperluan fizikalnya dan kita bekalkan keperluan ruhaninya kepada anak anak kita(kiranya ada kekurangan ampunkan kami ya Allah)..sebagaimana diharapkan hasilnya seperti anggur,jambu dan pengaga di halaman rumah saya..Ya Allah indahnya Engkau mengajar hambaMu ini dengan tanda tanda yang tersurat/tersirat pada alam semesta..

Monday, November 15, 2010

Anda bosan?




..Mum..adik bosannya,dah penat tunggu ni!Begitu ketabahan hati adik cair juga akhirnya apabila hampir 4jam menunggu atoknya dipanggil oleh doktor.Sudah puas dia menghiburkan hatinya dari membaca novel,pergi kekedai membeli jajan dan belek belek majalah di pakar mata 2,akhirnya terkeluar juga kata2 itu dari mulutnya.
Kehidupan kita seharian mungkin sering dijengah rasa bosan..Terlalu banyak kerja bosan.Banyak sangat masa lapang.. bosan.Tertekan dengan masalah ..bosan.Selalu mendengar orang berleter ..bosan.dan dan..perkataan itulah yang cuba kita hindarkan dari kehidupan.Kalau dia datang menjengah, kita akan cepat cepat bertindakbalas untuk menghilangkannya atau melarikan diri darinya.Kalau boleh lebih laju dari larian Rabuan Pit(atlit 80 an)..begitu..
Bosan?Apa kata sekali sekala


1.Bercuti dan melancung ke tempat idaman,memancing di laut lepas atau di sungai pergunungan

2.Bersembang di kedai kopi(ngeteh) bersama rakan rakan-bertukar tukar fikiran bisa menghilangkan kebuntuan dan kebosanan

3.Mengajak pasangan(kalau sudah berkahwin) melihat gambar gambar lama di dalam album yang tersusun rapi tuuuu...Fuhh nostalgia lama pasti mengusik jiwa!

4.Melihat bunga yang sekian lama tidak dibelai,memangkas pokok tanaman yang bercabang cabang tak tentu hala,disamping dapat mengeluarkan peluh ianya boleh menghilangkan kebosanan


5.Menelefon kawan yang sekian lama tidak mendengar khabar berita..boleh mempereratkan semula ikatan ukhuwwah


6.Dan banyak sangat yang boleh kita lakukannn untuk menghilangkan dan menghindarkan bosan dalam kehidupan

Kita tidak ketandusan idea untuk menangani keadaan seperti ini..Kita menyakini apa jua tindakan yang kita lakukan bagi menghilangkan kebosanan, kita tidak meninggalkan peringatan dan saranan Al Qur’an.Antaranya..

’..(iaitu) orang orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah hanya dengan mengingati Allah lah, hati menjadi tenteram’
Ar Ra’d:28

’Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah sunnah Allah.,kerana itu berjalanlah kamu di mukabumi dan perhatikan bagaimana akibat orang orang yang mendustakan (rasul rasul)’
Ali ’Imran:137

Selamat menyambut Aidil Adha.Semoga qorban kita semua diterima oleh Allah SWT

Monday, November 8, 2010

Setelah dia pergi




…Mohon laluan kak,nak cakap sesuatu.,begitu sms yang masuk ke hp saya lewat petang itu..Ok ok boleh..saya cukup senang hati berbual dengan kawan saya yang satu ini.Seorang yang bersungguh dalam kerja kerjanya.Anak yang ramai bukan alasan untuk dia tidak melibatkan diri dengan masalah ummahTambahan lagi ‘berperang’ untuk Phdnya yang menagih masa bukannnya sedikit.!


‘Saya ada kenalan,dia ni revert..tapi cukup menarik untuk dikongsi bagaimana dia dan keluarganya memeluk islam’..Begitu apa yang diceritakan kepada saya oleh kawan berkenaan.Ini kisahnya..Pada mulanya kakak saya masuk Islam.Tentu kami sekeluarga tidak bersetuju.Ibu dan bapa saya telah menghalau kakak saya.Kakak pada masa itu baru belasan tahun.Kakak melarikan diri dan mohon tempat berteduh di Marang Terengganu.Kakak begitu gigih dan tidak pernah jemu memujuk saya untuk berhijrah bersamanya.Hampir setiap minggu kakak menghantar surat kepada saya menyatakan tentang keINDAHan Islam .Islam bukan untuk kakak seorang,bukan juga untuk saya saja tetapi kita kena mengajak sekali keluarga kita untuk bersama menikmati keindahannya.Tetapi kita kena berhikmah untuk itu,..kata kakak,supaya saya tidak dihalau oleh keluarga seperti kakak kalau saya masuk Islam..Pada satu ketika kakak hendak ke Kelantan mengikut rombongan yang telah diatur.Kakak dan kawan kawannya solat musafir.Seusai solat kakak hendak menaiki bas tetapi Allah telah mentakdirkan kakak terjatuh dan kepalanya terhantuk.Kakak mengalami pendarahan dikepala dan terus pergi menemui Penciptanya.Pihak berkenaan telah menghubungi keluarga saya memberitahu pemergian kakak.Keluarga saya meminta jenazah kakak diterbangkan ke kampongnya kerana keluarga saya hendak menatap wajah kakak buat kali terakhir.Hajat ditunai..apabila ibubapa saya menatap wajah kakak,ibu semacam tidak percaya bahawa kakak sudah tiada.Ibu kata anak dia tidak mati,wajah kakak tersenyum manis dan dan tidak pucat sebagaimana orang mati walhal kakak telah meninggal hampir seminggu.!Sebab musabab itu kami sekeluarga meninggalkan agama asal dan berhijrah kepada Islam..Kakak berjaya mengajak kami tetapi dia tidak sempat mengecapi kegembiraan ini.Dia telah pergi tanpa melihatnya…Terkedu saya mendengar cerita kawan saya ini.Saya bertanya,' bagaimana dengan saudara kita ini?OOH dia sangat komited,dia bersungguh dalam mempraktikkan Islam..Diajuga berminat hendak jadi ahli IKRAM… Jawab kawan saya mengakhiri perbualan kami..Allahu Akhbar !

Friday, October 29, 2010

Seputih salju



‘Eh eh makcik,pakai sepasang putih ni macam pengantinlah pulak..’anak saudara menegur saya lewat pertemuan petang itu.Saya tersenyum lebar ...’la makcik pakai ni entah kenapalah hari ni teringat ingat pasal umrah dulu tu..rinduuu.! saya membalas sapaan mesranya sambil mata melilau mencari ‘cucu’ pertama saya..

‘Ops ingatkan orang India tadi..rupanya awak ya’ kata kawan saya pada hari yang sama saya memakai sepasang baju putih itu.Terkejut juga saya apabila pakaian saya dikaitkan dengan orang India.Kawan saya yang seorang lagi menyahut..eh mana pulak..kan orang pergi haji dan umrah biasa berpakaian putih..dia membetulkan salah tanggap kawan tersebut..
Sebenarnya hari itu adalah hari ulangtahun kelahiran saya yang ke…
Begitu hati saya meraikannya.Saya mengingatkan kembali bahawa kita dilahirkan secara fitrah(suci dan bersih).’Setiap anak dilahirkan secara fitrah.Ibubapalah yang akan mencorakkannya samada…’
Kita akur setiap helaan nafas dalam perjalanan hidup kita telah mewarnai diri kita ..Berjayakah ibu bapa kita,?Keadaan sekeliling ?samada rakan taulan dan suasana yang kita hadapi menjadikan corak kehidupan kita selari dengan fitrah kita.?selari dengan kehendak Pencipta kita?.Selari dengan tuntutan agama yang kita pegang dan kita yakini?Jom …


  1. Apakah cukup solat kita hari ini?


  2. Ada tak kita bersedeqah dalam hari/minggu ini?Nabi berpesan dindingkan diri kita dari api neraka dengan bersedeqah walaupun hanya dengan sebelah buah tamar.


  3. Berkata benar ke kita? walaupun ianya pahit!.


  4. Bacaan Al Qur’an kita?-zikr yang cukup menenangkan dan mengubat jiwa!

  5. Berpuasa ke kita minggu/bulan ini?untuk menghadapi keperitan dan kepanasan Mahsyar


  6. Dan..dan

    Begitu warna putih selalu dihubungkaitkan dengan kebersihan dan kesucian.Tidak kurang juga ramai yang menilai salah satu ciri wanita yang cantik adalah memiliki kulit yang putih mulus!Tetapi hakikat kecantikan itu adalah ’wanita yang solehah’.secantik cantik perhiasan buat suami di dunia ini...

Saturday, October 23, 2010

Sekuntum Mawar Merah...





Sekuntum mawar merah,sebuah puisi…Saja saya mengungkap lagu ini kepada sekumpulan remaja yang sedang saya santuni…haa itu lagu allycats..seorang remaja spontan memberi respon…emms semua tahu ke allycats?tanya saya.Tahu tahu.. kata sebilangan besar remaja di depan saya…Saya bukan peminat lagu lagu allycats apatah lagi peribadi yang menyanyikannya…tetapi saya tidak boleh berbohong bahawa saya meminat mawar merah,meminati puisi, meminati lagu lagu menceritakan kesengsaraan rakyat palestin misalnya.atau mengenai kemiskinan,penindasan golongan kaya atau menceritakan keindahan alam… Ia cukup menyedarkan kita agar menghargai apa yang kita ada.Mengkagumi sang Pencipta..lantas terungkap kata kata Subhanallah..indah bukan?
Al Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika sastera arab sampai kemuncaknya.Pertandingan syair dan seumpama dengannya sering diadakan.Ia merupakan pertandingan yang cukup meriah dan disertai oleh penyair penyair terkemuka.Mana mana karya yang berjaya akan ditampal pada kelambu kaabah... Tetapi ternyata orang orang Quraish tidak mampu menandingi al Qur’an.Ketika Nabi diperintah oleh Allah SWT berda’wah secara terbuka,mereka bermesyuarat,memerah otak untuk berdepan dengan Al Qur'an dan bahasa Al Qur’an.Mereka cuba menenangkan hati,perasan dan keadaan pada masa itu dan cuba menghalang orang ramai, pedagang juga jemaah haji mendengar da’wah Nabi dan Al Qur’an.Umpamanya,semakin dekat musim haji kegusaran orang orang Quraish semakin ketara.Mereka rasa cemas.Mereka berkumpul di sisi Al Walid Al Mughirah.Al Walid Al Mughirah ialah salah seorang pemimpin mereka dan pemuka Mekah yang berpengaruh.Mereka mengharapkan dapat kata sepakat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh jemaah haji mengenai da’wah Nabi,mengenai Al qur’an yang dibaca oleh Nabi..Al Walid berkata..Satukan pandangan kamu supaya tidak bercanggah antara satu sama lain.Mereka mencadangkan agar Nabi dikatakan pawang tetapi al Walid menyanggah pandangan mereka sebab Nabi bukan pawang dan mereka tahu keadaan pawang dan bahasa pawang..Mereka pula mencadangkan agar Nabi dikatakan gila.Itu juga disanggah oleh al Walid sebab Nabi tidak kelihatan gila,Nabi tidak kelihatan dirasuk,bercelaru fikiran atau tidak tentu arah.Bagaimana kalau penyair?Al Walid menperingatkan pencadang, bahawa Nabi bukan penyair kerana mereka begitu mengerti dengan mendalam tentang syair.Bagaimana kalau ahli sihir?.Al Walid juga menafikan...kerana kita pernah lihat tukang sihir dan apa yang mereka lakukan..Muhammad tidak pernah meniup dan menyimpul tali sihir seperti mereka…Al Walid menyambung kata.’Demi Allah ucapan Muhammad itu sungguh sedap didengar,akarnya semerbak harum dan rantingnya berbuah lebat.Apa saja yang kamu cadangkan tadi pasti diketahui bahawa ianya palsu’…Al Walid akhirnya memohon masa untuk berfikir untuk mengemukakan cadangan yang paling sesuai bagi ‘permasalahan’ yang mereka hadapi…’Allah SWT telah menceritakan perihal bagaimana Al Walid berfikir untuk memberi cadangan kepada kaumnya…

’ Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka reka(berbagai tuduhan terhadap Al qur’an).Maka binasalah dia hendaknya….’(Al Muddaththir:18-25).

Sungguh…Al Qur’an mampu mengetuk hati pendengar yang ikhlas.Ia juga mampu megetuk hati penentang kebenaran umpama aL Walid dan pengikutnya, tetapi dek kesombongan,takut kehilangan kedudukan,pengaruh dan merasa diri serba cukup mereka TIDAK memilih kebenaran!Alangkah ruginya mereka…

Sunday, October 17, 2010

Tazkirah 'POWER' daripada lif TUA




Kita nak ziarah ustaz bila?tanya saya kepada suami..saya sangat maklum dia yang sibuk dengan kerja kerjanya menyebabkan saya suka kalau dia yang tentukan hari..esok kita gi insyaAllah.Esok waktu pejabat pendek dan tiada mesyuarat...katanya sebelum kembali semula ke pejabat tengahari itu.
Selepas waktu pejabat saya menjemputnya dan kami terus bertolak untuk menziarahi ustaz yang disyaki kena denggi.Dalam masa yang singkat itu juga kami hendak menziarahi sahabat yang seorang lagi di hospital yang berlainan..Insya Allah sempat..kata suami
Setelah menziarah ustaz lebih kurang 30minit kamipun balik dengan menaiki lif diblok hospital berkenaan.Bersama kami dalam lif 2 orang lelaki iaitu seorang remaja dan seorang dewasa..Apabila sampai ke G,pintu lif tidak terbuka..kami ingat memang lambat pintu lif dibuka maklum 'bahawa dihospital pintu lif lambat buka dan lambat tutup', kata kawan saya yang bertugas dihospital berkenaan.Rupa rupanya bukan itu yang berlaku.Pintu lif terus tidak terbuka.Remaja yang bersama kami kelihatan agak panik..Dia tidak bertangguh menalipon pengawal keselamatan hospital mengatakan kami terperangkap.Cemas sungguh dia sambil menendang pintu lif.Kami bertanya kenapa sampai begitu sekali.Dia menceritakan bukan kali pertama dia terperangkap dalam lif berkenaan malah pernah terperangkap lebih 30 minit!Fuhh cukup mengerikan..suami bersama seorang lagi cuba membukanya tapi tidak berjaya..Lif itu pulak naik ke atas dan kemudian turun balik ke level G.Suami cuba menalipon pihak bomba tetapi terputus ..Kami mula terasa panas.Remaja berkenaan mula kelihatan lemah.Sambil terduduk sempat lagi dia bertanya saya..makcik ok tak ni?saya tersenyum sambil menjawab insya Allah ok..Terdetik di hati,dalam dia berkeadaan seperti itu masih sempat bertanya keadaan saya..salah satu ciri yang sangat baik bagi seorang remaja(kita juga)..Lebih 15minit kami terperangkap akhirnya pengawal dan beberapa orang berjaya membuka pintu lif berkenaan…Alhamdulillah segarnya udara diluar sana…Ya Allah apakah dosa yang aku lakukan pada hari ini?Atau inikah bunga bunga peringatan sebelum kita berpindah alam?Bagaimana kalau sudah 7 kaki di bawah sana dengan bertemankan lapisan demi lapisan kain putih?Kepada siapa untuk kita minta pertolongan?Ya Allah…

Thursday, October 7, 2010

Sepotong kek,secawan teh




Sempat singgah di masjid untuk solat zohor merupakan salah satu rezeki yang Allah tentukan buat saya dan suami pada hari itu.Saya terus ke bilik air yang terletak beberapa meter dari tempat letak kereta.Sukarnya saya ber’sangka baik’ kepada kebersihan tandas dan tempat laluan berwudhu’.Apa tidaknya terpampang tulisan ‘tolong jangan bawa selipar keluar dari tandas’ tetapi jelas kelihatan selipar tandas terus beredar dari tandas ke tempat laluan berwudhu’ dan terus ke tangga masjid.Kadang kala sehingga ke atas tangga masjid.Sememangnya papan tanda dan poster dilarang membawa kasut diletakkan ditempat berkenaan.Namun seolah olah pelaku tidak ‘reti’ membaca atau hilang sensor sensitivitinya…

Hari itu kami ber xpdc mengunjungi beberapa tempat yang penuh nostalgia silam.Melalui pekan kecil yang terkenal dengan ‘jongkong’ yang boleh menggigilkan lutut pemancing apabila menyambar umpan.Kelihatan sungai berkenaan mengalir lesu.Tiada tanda tanda pemancing turun.Bot tidak berganjak dari pangkalan.Tambahan pula pokok pokok nipah sudah tidak kelihatan lagi.Ianya telah di’sapu bersih’ dari tebing tebing sungai berkenaan…Emm. Pernah pada suatu ketika dek leka dengan melayan kerenah anak anak batang pancing saya disentap kuat sehingga menjunam ke dasar sungai…Fuhh .Akhirnya kami mendapatkan semula pancing berkenaan dengan menggunakan pancing lain untuk menjejakinya…yang bestnya jongkong biru masih tersangkut dimata pancing.!!!
Opps nak beli tak?suami memecah kesunyian apabila melalui tempat menjual kerepek dan yang se’bangsa’ dengannya.Seketika saya asyik memikirkan nasib sungai sungai di negara kita yang tercinta ini tersentak…apa? tanya saya.Nak beli kerepek tak?tanya suami sekali lagi…boleh gak, boleh ‘balas dendam’ kata saya tersenyum ..haa sebab saya tidak membelinya semasa raya baru baru ini..Tapi tak lah dendam kesumat ya.. Ya Allah banyaknya pilihan..hati saya berkata kata..Apalah nasib saudara kita di Palestin agaknya.Mereka bukan ada pilihan,nak mendapatkan barang barang asaspun cukup perit…Ooo aku menghitung diri..

Malam berikutnya saya terpaksa keluar..anak saya dapat menghidu gerak geri saya..mum, balik awal tak?tanya si anak.Insya Allah..kata saya dalam keadaan serba salah.Biasanya saya memang tidak dapat balik awal..tak bestlah..bila nak potong kek?Nanti lewat adik mengantuk nak tidor..celotehnya lagi..Ok ok,adik potong kek bersama abah dan abang tapi jangan lupa ambil gambar ya…tetap rasa kek kan?kata saya dengan nada memujuk..Tak nak.adik tunggu mama jugak..katanya lagi..anakku,maafkan mamamu ini. Mama keluar bukan seronok seronok tapi ia merupakan amanah yang perlu mama
laksanakan…akhirnya sepotong kek secawan teh dapat dinikmati diwaktu dinihari…

Saturday, September 25, 2010

Berterusan?berhenti? atau...

Air yang sentiasa mengalir= istiqamah
(pemandangan cukup mendamaikan Taman Negara keniam)

‘Mahu tak mahu kita sedang menuju kepada kematian’begitu kata kata penutup saya kepada anak anak di RS baru baru ini.Mengingatkan ramadhan telah berlalu ini bermakna umur kita semakin sedikit berbaki.Kita baru sahaja keluar dari madrasah ramadhan.Tentu masih segar dalam ingatan, kita berebut rebut untuk beramal dengan mengharapkan janji Allah…Rahmah,maghfirah dan pelepasan dari api neraka…Adakah selepas ramadhan kita kembali ke fiil(perangai) lama,bermalas dalam solat,bermalas dalam membaca al qur’an.terlajak subuh hingga ke subuh ‘gajah’ atau kita masih mampu mengekalkan kebiasaan kita seperti di bulan ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita?..Tentu mencabar bukan?..Allah menyukai kerja yang berterusan meskipun sedikit...ISTIQAMAH
Jujur kiranya kita mengaku, kadangkala kita dihinggapi penyakit malas,terleka dengan keseronokan bersama kekawan beraya sakan(dapat duit raya ooo).Atau kesibukan menyiapkan assigment yang berlonggok di atas meja study yang tidak disentuh sejak raya.Begitu juga renggekan bunga2an dan pokok pokok disekeliling rumah yang layu kekeringan setelah bercuti balik kampung melekakan kita..Kita terusik dan ‘asyik’ dengan itu semua!Belum lagi kalau menjengah di meja pejabat,banyak longgokan fail fail yang dah sekian lama merindui tandatangan boss!!! haa begitu beberapa perkara yang mungkin menganggu ruang dan peluang istiqamah kita.
Mengapa tak datang semalam?better late than never..begitu sms masuk ke dalam hp saya.Tersenyum saya apabila membacanya.Masakan tidak..'istiqamah'nya sidia mengingatkan saya tentang tanggungjawab yang perlu saya langsaikan!

Wednesday, September 1, 2010

Kekurangan MODAL!!!



‘Mumm.. cepatnya masak hari ni,mengapa mum?tanya anak bongsu saya sejurus meletakkan beg sekolahnya(sibongsu panggil saya mum/mama,si along-ibu dan si angah -umi/ma>special bukan??)..Ooo hari ni mungkin abah sampai lewat petang,jadi tak mahulah abah sampai, mum masih di dapor...kata saya kepada sibongsu.Kebiasaannya pada bulan ramadhan,saya akan menjadi ’chef’ setelah bersolat asar.Tetapi memandangkan abahnya dalam perjalanan balik yang jaraknya beratus km,jadi saya tidak mahu keletihan dia disambut dengan saya masih sibuk di dapor.
’Penat’..tanya saya...suami menjawab soalan saya dengan mata yang menggambarkan keletihannya.’Outstation semasa ramadhan cukup meletihkan,..kita semakin kekurangan modal’kata suami sambil meluruskan tulang belakangnya dikatil.Haa kekurangan modal?ngapa? tanya saya.Ya hari demi hari ramadhan berlalu,umur kita semakin pendek,umur adalah modal kita,kalau kita tak guna betul betul modal yang ada,cukup ke bekalan kita?Tanya suami kembali...Soalan yang cukup mudah tetapi jawapannya cukup menyebabkan saya berfikir seharian..’Ramadhan..kekurangan modal?...bekalan?’..
Ramadan bulan yang cukup sesuai untuk menggunakan modal yang kita ada bagi meraih keuntungan,Keuntungan itulah salah satu bekalan kita...Kalaulah balik kampong untuk berhari raya hanya memakan masa beberapa jam atau hari sahaja,berbagai bekalan telah memenuhi ruang kenderaan kita.Apatah lagi untuk menempuh masa yang begitu panjang..panjangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA.. Sesungguhnya kita sangat mendambakan bekalan.
Ya..kita masih berbaki 7 malam dari 10 malam terakhir ramadhan.Sebahagian dari kita sibuk menyiapkan tempahan pakaian,langsir dan sebagainya.Sebahagian lagi sibuk membeli barang barang keperluan untuk membuat kuih raya.Tidak kurang juga anak anak diperantauan mengira hari untuk merayakan hari kemenangan bersama ibu bapa.Begitu juga masjid dan surau disemarakkan dengan iktikaf dan qiamulail.Ianya cukup meriah!Meriahnya kita kerana kita tidak lupa merebut peluang keemasan ini.Kita mempersiapkan bekalan agar kita tidak menyesal di hari yang tidak ada gunanya harta benda dan anak pinak kecuali hati yang sejahtera..Selamat memburu lailatul Qadr,semoga berjaya..Salam kehangatan ukhuwwah...

Wednesday, August 18, 2010

fly fishing

Fly fishing???

Fly fishing..Sesuatu yang cukup bermakna untuk diungkap…mungkin ya mungkin tidak.Ianya bergantung kepada seseorang..Nak tahu lebih lanjut tentang fly fishing?tu kena search internet kot!
Antara perkara yang saya suka buat semasa saya kecil adalah memancing.Saya tinggal ditepi sungai.Apabila banjir surut,ikan yang telah dihanyutkan dari hulu sungai oleh banjir akan menetap di lubuk lubuk tempat kami bermandi manda.Pada masa itu semacam menjadi pesta orang memancing.Sudah tentu saya tidak ketinggalan.Pancing saya hanya terdiri dari sebatang joran yang diperbuat dari pelepah pokok salak,tali tangsi panjang sedepa yang mungkin berharga rm1.50 segelung dan mata pancing berharga 10sen.Batu pemberat diperbuat dari batu jala yang diketuk dengan batu sungai untuk dileperkan dan digulung pada tali pancing..simple bukan..?Haa itulah kelengkapan sebatang pancing untuk teknik fly fishing(orang kampung) aka ‘pancing bodoh’(maaf itu istilah,tak berniat nak guna perkataan b….tu).Saya tidak pernah mengenali tali sulam atau tali tangsi yang mampu bertahan dan bergasak dengan ikan puluhan kg.Begitu juga tidak pernah mengenali kekili apatah lagi kekili berjenama seperti abu garcia,simano,tica dan sebagainya.Tetapi dulu saya tersenyum puas kerana mampu memikat ikan yang banyak..Kenapa??Banyak alasan yang boleh diberi..antaranya…1.ooh dulu selak ikan nampak air,sekarang selak air belum tentu nampak ikan…itu lawak suami saya...2.Sekarang ikan telah masuk dalam sangkar.3.bla bla…Perkembangan teknologi membuatkan peralatan pancing sentiasa diperbaiki.Sukan memancing juga merupakan sesuatu yang cukup ditunggu tunggu oleh kaki pancing.Begitu bersungguh mereka untuk ‘memikat’ ikan.
Bagaimana agaknya untuk memikat manusia?.Ini satu hal yang lain pula.Ada manusia cuba memikat manusia lain dengan beberapa tujuan,apa tah lagi yang berlainan jantina.Misalnya Si dara jelita memikirkan apakah daya penarik untuk memikat teruna idaman (macho?)Atau tidak ketinggalan pula si teruna tampan cuba memikat si dara cun!! Ooo dunia dunia..Tidak ketinggalan pula ada segolongan manusia yang bersungguh sungguh memikat manusia yang jauh tersasar dari landasan kebenaran agar membetulkan landasan yang telah dipilih.Memikat manusia yang solatnya entah berapa kali kepada 5 kali(fardu) sehari semalam.Memikat manusia agar puasanya,zakatnya dan ibadahnya bukan terletak kepada rukun islam semata.Tetapi ianya jauh dari itu untuk difahami dan dihayati.Mungkin sang pemancing akan menggunakan berbagai peralatan pancing(mengikut kesesuaian) dengan umpan yang pelbagai untuk memikat si ikan idaman.Bagaimana dengan penyeru kebenaran???Jawapannya ada di depan mata kita…Allah dan Rasul tidak meninggalkan kita tanpa panduan…Allahu akhbar!
Salam Ramadhan kareem..

Wednesday, August 4, 2010

Ku tak sangka

Memancing hati manusia=memancing udang???

Alamak!..hari ni kena gi pasar…hati kecil saya berkata apabila melihat stok di dalam peti ais hampir tiada.Bukan sesuatu yang menyeronokkan untuk ke pasar.Saya akan melakukan beberapa perkara untuk disiapkan terlebih dahulu.Apabila balik dari pasar,saya akan tumpukan kepada pembersihan dan penyimpanan barang yang telah dibeli.Penat?memang cukup memenatkan.
Tanggungjawab dan kepuasan memasak sendiri untuk dinikmati keluarga mebuatkan ianya menjadi ‘ alah bisa tegal biasa’
Baru pukul 1030 pagi perut dah berkeroncong..aduhai perut kenapalah dah berpuisi pulak?Laa baru teringat pagi tadi sarapan tersangat awal..Sorry bang,ma singgah kat kedai makan ni,dah lapar..saya memberitahu suami lewat telepon.
Kedai makan tempat saya selalu singgah itu memang berhampiran dengan rumah.Sebelah kedai tersebut terdapat kedai alat tulis.Ianya selalu dijaga oleh seorang perempuan muda (M) bersama anak lelakinya yang berumur tadika..
‘Assalamualaikum…apa khabar ?saya menyapa mesra M sedang makan roti canai bersama nescafe..eh..akak,daripada mana ni?…tanya M sambil tersenyum lebar..Dari pasar,laparlah..kata saya ringkas.Kak..duduk kat sini nanti ya..katanya.Oh..peluang yang cukup berharga..detik hati kecil saya..Perbualan saya dengan M turut disertai anak muda yang juga pekerja kedai berkenaan.Berbual santai kadang kala perlu untuk melupakan banyak perkara yang cukup menuntut sebuah penelitian.Kak mengajar?..tanya M.Ya kak mengajar di rumah dan di RS..Apa RS tu kak?tanya M penuh minat.Saya menceritakan serba ringkas dan…Apa yang menyebabkan anak anak muda terjerumus ke lembah penzinaan..Faktor utamanya mereka tidak mendirikan solat…tiada jati diri atau benteng pertahanan diri.Prebet iblis sudah cukup untuk mengheret mereka kepada kerja kerja yang tidak bermoral..Sempat saya menceritakan kepentingan solat.Menjaga makanan yang sepatutnya untuk diberikan kepada keluarga secara tidak langsung kepada M dan anak muda itu.Sambil hendak membayar makanan terkeluarlah pulak syiling arab saudi.Ini nombor berapa kak,saya lupalah?tanya anak muda sambil merujuk kepada tahun syiling dikeluarkan kot!ooh itu nombor 1428.,kata saya.Dulu saya belajar tapi dah lupa…kata anak muda ini lagi. Tak pe,kan kedai ini tutup awal,sambil berehat tu mungkin boleh belajar balik,baca al Qu’ran(no ayat ditulis dalam tulisan arab) semasa menunggu solat..kata saya'mengambil kesempatan'!.Ok ok kak..kata anak muda berkenaan.
Saya bersyukur dapat bersembang dengan mereka.Kalau melihat fizikal M(cara penampilan) memang macam tiada harapan nak bercakap perkara perkara seperti di atas,tetapi ku tak sangka…

Friday, July 23, 2010

Ada hikmahnya





‘Ehh rumah awak kena pecah lagi ke?tanya kak nt kepada saya apabila saya menceritakan rumah dipecah..bukanlah..memang sedang renovate.kata saya selamba..oohh nak dapat menantu eh!kata kak nt lagi. Aayya...taklah,anak saya masih muda sangat..kata saya menyambung celoteh sebelum bermesyuarat.
2 bulan sudah berlalu,rumah belum siap sepenuhnyaJangkaan awal hanya 20 hari sahaja sudah boleh diduduki. tapi ternyata,ianya tidak berlaku..begitu perangcangan yang kita buat tetapi Allah tidak izinkan..tentu ada hikmahnya...saya memujuk hati.

Begitu juga Cita cita saya hendak menjadi pegawai pertanian.Tetapi cita cita itu tidak kesampaian.Namun saya masih boleh mengengggam tanah,boleh bercucuk tanam dikebun saya yang sekangkang semut itu.,saya masih boleh berbicara dengan alam,saya masih boleh menimba ilmu(secara tidak formal) dengan membaca buku buku berkaitan.Ataupun saya akan bertanya kepada orang yang berpengalaman..Ya..masih boleh…itu dan ini. Alhamdulillah saya cukup bahagia.Hakikatnya saya bukan pegawai pertanian yang mungkin lebih mendalam ilmunya yang boleh dimanafaatkan oleh pekebun atau peladang..ahh tentu ada hikmahnya..
Kita selalu dan memang mengharap apa yang kita hendak,apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan akan ‘menjadi’..tetapi kenyataannya tidak 100% berlaku.Kenapa?

Boleh jadi apa yang disukai kita adalah tidak baik untuk kita dan boleh jadi apa yang tidak kita suka itu sebenarnya yang terbaik buat kita.Bukan suatu perkara mudah untuk mendidik hati agar menerima apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT.Ianya memerlukan ‘sebuah mujahadah’. Cukup menguntungkan kiranya kita sentiasa berusaha dan berusaha agar kita redha dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah SWT.Indahnya apabila hati seorang mu’min sentiasa tenang dan sabar menghadapi kemungkinan..Seorang mukmin itu sentiasa dalam keadaan yang baik-sekiranya ditimpa kesusahan dia bersabar.Apabila sesuatu yang menggembirakan dia bersyukur.
Kipas mercury 15hp terbelit daun mengkuang-ada hikmahnya

Hikmah disebalik peristiwa yang kita lalui bukan mudah untuk disingkap.Mungkin ianya memerlukan masa yang lama untuk dimengertikan.Ia bukan semudah ‘kilat ikan di air sudah tahu jantan betina’

Friday, July 16, 2010

Terkenang semasa lalu




Kadang kala bukan sesuatu yang mengujakan jika terkenang kisah kisah dulu.Namun ada kalanya ia membangkitkan semangat untuk terus meredah samudera kehidupan.Adalah menjadi kelaziman tenang dan bergelora silih berganti.Masakan tidak..ianya medan ujian.

‘Maha Suci Allah yang menguasai segala(kerajaan)..Dan Dia maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang paling baik amalannya…

Ujian datang dan pergi tidak henti.Kita diuji dalam pelbagai bentuk.Ada ketikanya kita diuji, adakah kita benar benar menjadi hamba yang taat.Begitu juga pada ketika yang lain kita diuji dengan kemaksiatan..(Fuhh memang cukup menarik hati dan perasaan).Mungkin pada ketika yang lain pula kita diuji dengan musibah yang menimpa…Sabar?..begitulah realiti kehidupan kita.

Al Qur’an mengajak kita merenungi kejadian alam.Ia menberitakan bagaimana kaum terdahulu mendustakan para nabi.Al Qur’an memperincikan balasan orang yang derhaka dan orang yang taat.Ia juga membicarakan kesemua perkara -Tidak ada yang terkecuali…Apa yang diberitakan oleh al Qur’an menjadi panduan kepada kita kerana apa yang berlaku dahulu ianya akan berulang.Sebenarnya kita sangat beruntung kerana kita sentiasa dipandu agar kesejahteraan sentiasa mengiringi kehidupan kita.

Terkenang semasa dulu..…
Semasa kecil saya suka merenung bintang dilangit..kalau boleh saya mahu mengira sebanyak mungkin.Saya akan ajak ayah menemani saya berbaring di atas padang rumput di malam hari semata mata untuk merenung dan mengira bintang.Ternyata saya kepenatan dan keletihan.Apabila remaja saya ada juga membaca ramalan bintang,ooh apa nasib orang berbintang libra hari ini,orang berbintang leo bagaimana pula,orang berbintang…sekadar suka suka tetapi rupanya ia cukup berbahaya..

Sebagai seorang muslim tentunya kita mengimani kada’ dan kadar Allah SWT…Itu yang saya bicarakan lewat pertemuan tempohari dengan anak anak di RS..Al Buruj..antara surah yang saya suka membacanya di dalam solat..Surah ini mengungkap tentang peranan bintang.Ianya bukan sekadar penghias di dada langit tetapi ia juga merupakan alat untuk merejam syaitan yang cuba mencuri rahsia di langit.
Tidak kurang juga ianya merupakan pandu arah musafir atau pedagang di padang pasir.
‘Mum,lihat tu bintang,banyaknya ...cantik kan..tapi mungkin dia tak wujud lagi,Cuma cahayanya baru kita dapat lihat..’kata anak saya yang paling kecil semasa kami bermusafir baru baru ini..Begitu fenomena alam yang cukup dikagumi.Bintang yang cukup menenangkan jiwa itu merupakan jawapan kepada hebatnya sang Pencipta.

Sunday, July 4, 2010

Damainya jika...


Saya berkesempatan menghadiri kuliah maghrib baru baru ini di surau sebelah taman saya tinggal. Bulan rejab semakin menghampiri ke penghujungnya.Tentunya peristiwa besar di bulan ini sangat dekat di hati kita sebagai umat islam.Setiap tahun kita mengingati peristiwa isra’ dan mikraj ..peristiwa inilah yang membawa gelaran as siddiq kepada Saidina Abu Bakar(khalifah pertama) kerana membenarkan kata kata nabi SAW tanpa ragu.Peristiwa ini juga titik mula umat islam menerima perintah mendirikan solat 5 waktu.
Ustaz berkenaan menyebut di antara perkara besar yang sedang melanda umat islam hari ini ialah begitu ramai dikalangan mereka meninggalkan solat atau tidak mengambil berat tentang solat.Tidak sampai 20% yang bersolat 5 waktu..tambah beliau..Mengapa terjadi begini?Walhal,solat 5 waktu merupakan amalan yang petama tama sekali di hisab oleh Allah SWT di akhirat nanti.Apabila solat selesai di hisab dengan jayanya,maka amalan amalan lain akan dihisab dengan mudah.
Bangsa melayu(merujuk kepada melayu islam) menjuarai pelbagai bidang.katanya lagi.Antaranya penzinaan,perokok,penagih dadah dan banyak lagi segala macam kebejatan dilakukan…kenapa?
Sekali lagi jawapannya tetap sama...Mereka telah mengabaikan solat.Mereka tidak kisah hubungan mereka dengan Allah SWT.Maka Allah SWT hina dinakan mereka.Hidup mereka sengsara…kebebasan tiada had,kekayaan dan seribu perkara yang disukai nafsu menjadi buruan .Mereka telah mengambil ubat yang salah dalam merawat jiwa dan mencari kebahagian.Mereka menyangka dengan duit mereka boleh pergi ke mana mana yang disukai atau apa sahaja boleh dibeli.Tetapi mereka gagal membeli kebahagiaan.Begitu juga mereka merasakan kebebasan yang tiada had melambangkan kebahagiaan dan mampu meraih kebahagian.Tetapi mereka lupa apabila layang layang putus talinya ia akan rosak binasa.Mereka telah meminum air laut untuk menghilangkan dahaga.Tetapi sayang air laut yang tidak diproses untuk mengnyahkan garam itu menyebabkan mereka semakin dahaga.
Saya biasa berhadapan dengan remaja yang terjebak ke kancah perzinaan.Tentunya di RS!.Apabila saya bertanya dan bertanya(menyelidik) kenapa mereka terlibat dengan zina..Sememangnya mereka tidak bersolat.Kalaupun bersolat Cuma 2 atau 3 waktu sahaja.Mereka tidak ada/kurang benteng pertahanan diri..Sedangkan Al Qur’an telah memberi jaminan ‘sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’.Mungkin ada yang berkata ‘tuu orang solat,dating gak,perangai lebih teruk dari kami’..Mungkin mereka bersolat tetapi mereka tidak ‘mendirikan’ solat(penghayatan,khusyu’-qualiti solat).Banyak buku buku dipasaran menceritakan bagaimana untuk mendapat khusyu’ dalam solat(..rajin rajinlah ke kedai buku :-))
Pagi tadi,saya sempat melihat seorang ibu dan 3 orang anak masuk ke gerai tempat saya bersarapan.Pada mulanya saya sangkakan ibu muda ini berbangsa cina(bangsa bukan melambangkan agama,tetapi di Malaysia semua sedia maklum).Apabila di amati rupanya anaknya yang paling besar(lelaki) memakai baju melayu,yang ke dua perempuan memakai baju tidur seluar bawah lutut tetapi ibu itu memakai seluar pendek dengan t shirt ketat!!..Masa makan mereka tidak lupa membaca doa makan…Ohh Tuhan!Kesiannya ibu muda dan anak anaknya ini...Dia(ibu muda dan suaminya) tak sampai ‘seru’ ke???Termenung saya memikirkan…

Monday, June 28, 2010

Ianya mengajar aku erti kehidupan...


Assalamualaikum..,orang pertama memberi salam.Orang ke dua terus bertanya..aik jauhnya minum..ala saja nak menghiburkan hati dan perasaan..kata orang pertama.Saya tersenyum mendengarnya.Tidak terniat untuk mengintai/mengintip percakapan orang.Mereka benar benar berada di sebelah meja saya.Masa itu bersarapan bersama suami dan anak sebelum menghantar anak ke pertandingan olimpiad matematik peringkat kebangsaan di UTM.Boleh tahan juga orang sekarang,orang muda mana ler yang jiwang jiwang di pagi hari nih?saya terfikir begitu…alamak!seorang lelaki berusia pencen dengan pakaian kemas melangkah di hadapan saya…Itulah bualan mesra mereka agaknya!

Salam…boleh saya menganggu makcik pagi ni?kata seorang remaja lewat sms..Ohh dipersilakan tuan puteri,apa gerangan kiranya?saya saja menjawab smsnya dengan gurauan…Bagaimana nak buat nih?,kawan baik saya orangnya sangat bagus tapi makcik…emm dia nak keluar makan makan dengan …tapi ramai ramai..risaunya saya…diakhir sembang kami, anak remaja ini mengatakan dalam smsnya..ku tak rela kemungkaran ini berlaku..aku akan berusaha..by hook or by crook!Allahu akhbar

Bagaimana ida boleh jumpa angah?Tanya saya kepada menantu baru saya(menantu sedara lah!).Saya bertanya apabila dia agak mesra dengan saya.Ooo kebetulan mak su,kawan ida adalah setaman dengan angah.Jadinya kawan yang perkenalkan…Jodoh agaknya..tak sangka pulak..Katanya tersenyum manis.Sempat juga bersembang kisah sedihnya kehilangan ibu tersayang secara mengejut.. Tak sangka..katanya.Tapi ida dah biasa.Semasa kahwin ida tempohari semua kakak dan abang yang uruskan…Oh indahnya apabila adanya pembelaan dan pertanggungjawaban .

Jangan diharap padi di seberang..kata saya selamba kepada anak muda berkenaan…ohhh... tidak,saya cakap memain je,saya mengeluarkan kata kata tadi gunakan otak bukan dari hati..responnya diatas usikan saya kepadanya..Betul ke?saya tidak jemu mengujinya..Ya,saya yakin dengan ketentuan Allah,kalau ada rezeki dia jodoh saya,alhamdulillah.Kalau tak Allah Maha Tahu yang terbaik untuk saya..Jawabnya selamba.Hebat anak muda ini menyembunyikan perasaan!Dalam diam diam saya berdoa moga Allah pertemukan jodohnya dengan seorang wanita solehah yang mampu ‘menyejukkan’ pandangan dan hatinya.

Banyak peristiwa boleh direnungi dan boleh diambil pengajaran walaupun kadang kala ianya nampak biasa dan ‘tak ada apa apa’.

Saturday, June 19, 2010

Dalam duka ada ceria

Dari kiri :Dr Arbaie,YB Dato Aziz Sapian,SS Tim Mufti,Ust Hassan,Tn hj Hasni

Peristiwa 1

Pihak surau(Surau Jauharul Muttaqin) telah mengedarkan hand bill sebanyak 4000 keping!mak ai kalau sebanyak itu yang hadir ianya cukup meriah…begitu hati kecil saya berkata kata sendirian…Ianya merupakan program besar ke 2 yang dianjurkan oleh surau berkenaan .Program keprihatinan penderitaan rakyat Palestin dan tragedy Mavi Marmara (Marmara yang kebiru biruan)hasil kerjasama dengan Aqsa Syarif dan HALUAN Palestin.TeguhEra telah menaja sepenuhnya(tanpa bayaran) program berkenaan(moga TeguhEra tetap ‘teguh’ dengan amal2 seperti ini dan diberkatiNya)..
Hari itu hujan turun dengan lebatnya..Ianya berhenti agak lewat petang.Saya percaya ramai dikalangan kita bersolat hajat agar Allah memberikan yang terbaik…Saya sempat bersembang sembang dengan Helwa surau pada petang berkenaan di tapak program semasa melatih anak anak bernasyid.Cuma 2 hari mereka membentuk dan melatih anak anak bernasyid(fuhh tabik spring dengan kak ton tu).Kelihatan air bertakung di bawah khemah yang dipasang sehari sebelum program.Ajk dan kariah surau bertungkus lumus menabur pasir dan membuat parit agar air dapat ditutup dan dapat mengalir daripada khemah…bersatu hatinya mereka dalam mempastikan program dapat dilaksanakan sebaik mungkin-Cukup mengujakan!
Kita target non muslim akan hadir..begitu bicara suami kepada saya..macam program surau jer..camane non muslim nak hadir abah? Kata si bongsu kami…Kita dah edarkan hand bill,harap mereka terbuka hati nak dengar..kata abahnya..
Alhamdulillah program malam itu dapat dilaksanakan dengan kehadiran penceramah jemputan (wira Negara) Ustaz Hasanuddin(Aqsa Syarif) dan Dr Arbaie(HALUAN Palestin)..InsyaAllah penyampaian wira Negara ini mampu dan dapat mengetuk hati hati kita untuk terus menyumbang dalam apa jua bentuk yang termampu kepada rakyat palestin yang sedang menderita.Kita juga didedahkan tentang kekejaman zionis yahudi terhadap manusia lain tanpa ada sifat kemanusiaan langsung…Memang layak sangat bangsa ini dikutuk!
Sejak awal program,mata saya melilau ke merata arah kot ada non muslim hadir .Namun ternyata mata saya saya tidak berbohong!saya hanya nampak seorang polis perempuan India dan wakil kepada Dr Boo(cina) yang hadir…ahhh kita masih gagal meroboh ‘tembok’ itu..

Peristiwa 2
Abang semasa berumur 4 tahun

‘Ibu,meh ke bilik abang jap’..kata abang(anak sulungku) sambil mengheret saya ke biliknya.Air mukanya agak muram..tentu ada sesuatu yang tak kena nih!hati seorang ibu membuat penafsiran..cuba ibu lihat kat skrin computer,..katanya lagi..TAHNIAH! anda diterima masuk ke IPTA,jurusan Kejuruteraan…..begitu tulisan tertera di skrin..Abang bukan tidak bersyukur tapi abang betul betul tak minat engineering..katanya lagi..Pernah pada suatu ketika dia berkata…maaf bu,abang tidak dilahirkan untuk jadi engineer seperti abah dan ibu,abang suka biologi..katanya.Kami sememangnya tidak memaksa anak anak untuk mengikut apa yang kami suka..kami beri peluang sepenuhnya kepada mereka walaupun kami ada ‘cita cita’ tersendiri terhadap anak anak kami.
‘Mungkin keputusan abang kurang baik,jadi abang terpaksa bersaing dengan orang yang lebih baik walaupun keputusan abang layak mendapat course yang abang nak’ kata saya dengan nada memujuk..(Surat khabar (NST) mendedahkan seorang pelajar tidak mendapat offer ke u walaupun keputusan peperiksaannya cukup bagus.Begitu aturan Allah yang cukup cantik..namun kadang kala kita tidak mampu menyingkapnya…)Cuba usaha dan cari pintu pintu lain agar abang boleh dapat course tu..kata saya lagi..Insya Allah abang cuba bu..katanya dengan nada perlahan.Saya memahami ada nada sedih dan kecewa dalam suaranya tapi saya mengajar dia agar redha dengan apa yang dilalui.Usaha tetap usaha, kemudian kita serahkan segala urusan di tangan Allah SWT.DIA maha mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.Sering kali huraian hadith 38(ibnu Rajab) memujuk hati saya..Alhamdulillah

Tuesday, June 15, 2010

Mak,ayah ...aku hiba

Mak semasa 6 tahun yang lalu


Kesihatan mak sejak akhir akhir ini agak mendukacitakan…Keadaannya yang memang tidak boleh menguruskan diri sendiri menyebabkan air mata sering menjadi teman setia.Masakan tidak,mak pada suatu ketika dulu sangat sabar menghadapi kerenah anak anaknya seperti saya .Ia menyebabkan saya sering menghitung diri..adakah saya sesabar dia dalam menghadapi saat saat dia tidak berdaya seperti sekarang.?Jarak beratus kilometer membuatkan saya tidak dapat berbakti seperti kakak dan abang saya yang lain.Ayah yang sudah tua sangat sabar dan setia menemani mak.Anak anaknya yang lain silih berganti berulang alik ke rumah mak,menguruskan mana yang terdaya.Puas sudah kami memujuk dia samada bersama saya(ini bermakna dia terpaksa berpisah sementara dengan ayah) atau bersama kakak kakak saya yang lain.Tetapi jawapannya tetap sama,dia tidak mahu meninggalkan rumahnya.’Ayah tak kisah kalau mak nak ikut su ke johor’kata ayah pada suatu ketika.Cuba tanya mak kau…kata ayah lagi.tapi jawapannya tidak berubah sejak dulu lagi.
Semasa memandikannya,menyampoo rambutnya dan menyabun badannya…terlintas difikiran saya bagaimana agaknya dia memandikan saya semasa kecil dahulu…Ya Allah aku membesar dengan air susu di badan ini,tangan yang hanya tinggal tulang ini telah memangku aku diribaannya.Ya Allah ampunkan dosa dosa mak,kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihi aku semasa kecil…ahhh titisan jernih itu sering melewati empangan..!!
‘Su,cuba pujuk mak supaya dia duduk bersama de(the)’Itu permintaan kakak kepada saya baru baru ini.saya merenungi mata kakak.Jelas genangan airmata mengiringi permintaannya..ok ..jawab saya ringkas.Walaupun saya tahu permintaan itu pasti tidak dipenuhi oleh mak.. Rumah kakak saya hanya beberapa km sahaja dari rumahnya.Rumah Kakak saya yang seorang lagi pulak tidak sampai 1 km
Saya menceritakan kepada anak anak layanan atok kopi(panggilan cucu cucunya) terhadap saya.Semasa saya kanak kanak,antara perkara yang paling saya suka buat ialah mengambil kesempatan mandi berjam jam di sungai apabila dia menyuruh saya mengambil air untuk keperluan dapor.Walaupun lambat air itu sampai ke rumah dia masih tidak memarahi saya.Begitu juga ketika hari mendung, saya sudah bersiap siap dengan balang kaca berisi ikan puyu untuk saya ‘berpesta’ di dalam hujan…Fuhh memang puas dibuatnya.,walaupun saya menggigil kesejukan.’Tukar pakaian’…perintahnya.’.dah tu duduk kat dapor panaskan badan ..katanya lagi.Dia sudah siap menanak(memasak) nasi dengan dapor kayu…best! nasinya wangi dan apatah lagi berasnya hasil titik peluh ayah di sawah.

Sunday, June 6, 2010

HARAPAN IBU


Air jernih itu tertumpah jua
Pabila berbicara denganNya
Mengadu..meluahkan...
Apa yang tersirat di dalam dada
Walaupun Dia Maha Tahu...
Ya...Dan Allah Maha mengetahui
Segala isi hati(AT taghaabun: 4)


Anakku..
Begitu besar harapan ibu..
Mengharapkan..
Jika engkau seorang puteri
Jadilah mujahidah sejati
Apa jua aktivitimu...
Jalan hidupmu..
Pengabdian yang penuh harap
Adalah bukti cintamu kepadaNya





Anakku..
Kiranya engkau seorang putera
Ibu mengharapkan
Engkau bakal mujahid
Yang tidak gentar dengan musuh
Yang menyerahkan jiwa dan hartamu
Demi JALAN INI
Untuk meraih redhaNya kepadamu




Anakku..
Begitu juga ayahmu
Mengharapkan engkau hadir
Membawa sinar bahagia..
Di dunia dan di akhirat

Pagi tadi puteriku bangun dari tidur.Dia menceritakan kepadaku...'mum, adik bermimpi pergi ke Gaza...Hatiku berbunga riang,walaupun hanya sekadar mimpi!

Sunday, May 30, 2010

Emas ohh emas






Masa itu emas..begitu pepatah melayu menghargai masa.Ianya menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga.Begitu juga emas.Ia begitu dikenali sejenis logam yang cukup berharga..Masakan tidak…Bagaimana teknik dan taktik penjajah Inggeris untuk menjajah Pahang –salah satu sebabnya ialah emas.Mereka menjajah Pahang untuk membolot emas urai yang banyak terdapat di Raub Pahang.Pada mulanya mereka membuat kunjungan hormat kepada Bendahara Ahmad(bendahara Pahang).Kemudian mereka menggunakan pegawai penyelidik mereka William Cameron untuk menyelidik keadaan di Pahang.Di atas tiket penyelidikan,mereka mengambil kesempatan untuk mengetahui tempat yang boleh mendapat bijih dan emas yang banyak..Taktik mereka berjaya dihidu sejak awal oleh Mat Kilau.Mat Kilau bersama ayahnya Tuk Gajah ,Datuk Bahaman dan pejuang Pahang yang lain mempertahankan kedaulatan Pahang.Begitu..datuk moyang kita menunjukkan kepahlawanan mereka.Mereka bukan sahaja pahlawan tetapi mereka juga adalah tempat rujukan masyarakat dalam hal hal berkaitan dengan islam … Sebahagian besar masa kehidupan mereka membela agama, watan dan menjadi pelarian di buru oleh penjajah.Mereka telah mengukir sejarah.Sejarah yang telah dan sedang di nilai oleh anak cucu mereka dan rakyat. Begitu mereka menggunakan kesempatan dalam masa kehidupan mereka…Masa itu kehidupan???ia MASA ITU KEHIDUPAN…begitu kata kata yang cukup bermakna yang perlu diberi perhatian.Ianya merupakan ruang dan peluang untuk merebut sesuatu.Sekiranya masa dimanafaat sepenuhnya,maka beruntunglah seorang insan itu..dan memang dia beruntung.Al Qur’an dan hadith banyak menyentuh tentang kepentingan masa..Sehinggakan Allah SWT bersumpah dengannya …

‘Demi masa sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian,kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran’ Al Asr:1-3

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara….begitu pesan junjungan Nabi yang mulia.

Kita tidak rugi kiranya kita menepati apa yang telah Allah firmankan.Kita tidak rugi apabila kita mengikuti apa yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW.Kita beriman dan berusaha bersungguh sungguh untuk menghayati dan mengajak orang lain untuk mengamalkannya.

Wednesday, May 26, 2010

Aku sudah jadi 'budak u'

Fuhhh...masing masing dengan gaya tersendiri...Permata hatiku


Se olah olah semalam aku baru melaporkan diri menjadi budak u.Tetapi dalam diam diam rupanya aku menghantar anakku yang ke 2 untuk mendaftar pada pagi itu.Masih terbayang diruang mata, ibuku yang masih cergas ketika itu menyediakan apa yang perlu seperti 2 atau 3 helai baju kurung baru,membeli sandal yang paling murah(asalkan bukan selipar jepun) dan 2 atau 3 helai tudung yang agak cantik yang diberi oleh kakakku.Begitu kelengkapan yang paling minimum yang mampu disediakan oleh keluargaku.Ianya cukup bermakna bagiku dan ianya sudah memadai...
Setelah mengambil anak kawan yang mendaftar pada hari yang sama dengan anak kami, kami meneruskan perjalanan menuju ke utara.Suami mengimbau kembali kenangan silam bersama angah(kadang kala panggil adik).Perkara yang sering dilakukan oleh suami bersama anak anak lelakinya bergusti olok olok.Cukup menghiburkan apabila suami pura pura kalah dan si angah mengetap gigi kapaknya yang bercabang sambil menumbuk abahnya…aduh aduhh!!..si abah berpura pura sakit…lain pula kenangan saya bersama si angah.Oleh kerana si along selalu mengusiknya berlakulah si dinasour membaham belakang si along..Berbekas belakang si along dikerjakan gigi kapak bercabang si angah.Menangis sakan si along pada hari itu…Kini mereka sudah meningkat akhir remaja.Si along masih belum tahu dimana rezekinya untuk belajar.Insya Allah ada rezeki mungkin si along akan mendapat gelaran yang sama seperti adiknya…Kini aku menjadi budak u…

‘…Pada hari mereka melihat hari kebangkitan itu,mereka merasa seakan akan tidak tinggal (didunia) melainkan (sebentar saja) di waktu sore atau pagi hari ‘’An Nazi’aat:46

Ohh begitu cepat masa berlalu…

Friday, May 21, 2010

AKU RINDU....


Aku rindu…begitu hatiku terdetik padabila terbaring beberapa jam dalam beberapa hari kebelakangan ini…sakit tekak,sakit kepala digabung dengan sakit telinga menyebabkan perasaan itu ku pendam di satu sudut hati yang begitu dalam..Aku rindu.Rindu kepada siapa atau kepada apa?.. Ya rindu kepada ketukan jari jemari di ‘keyboard’ notebook yang agak uzur tetapi begitu setia menunggu….
Sudah 3 minggu saya tidak ke RS kerana ada halangan yang mendatang.Selama 3 minggu itu maka bertambah lagi 2 orang pelatih baru yang menyebabkan otak saya ligat memikirkan tentang umat yang kita hadapi pada saat ini…begitu berat…berat dalam erti kata yang sangat menggerunkan..
Ok anak anak,anak anak tinggal di sini (RS) tujuannya untuk berubah?betul?Tanya saya diakhir pertemuan pada hari itu..betul..jawab mereka serentak.Ya ke? Tanya saya kembali..Betul makcik..kata mereka dengan nada perlahan.Adakah apa yang anak anak cakap ni memang dibuat atau hanya separuh jalan atau tidak buat langsung?Saya tidak puas untuk menguji mereka..ada tak dikalangan kita atau kita sendiri nak berubah tapi telah diperlekehkan,dipersenda,diperli atau sebagainya..ada berlaku?Sebenarnya perkara itu memang berlaku di sini makcik...jujur mereka menjawab.Hampir 30% suara kedengaran..ha’ah bagus ke macam tu?Tanya saya lagi.Tidak makcik?Tapi kenapa perkara ini masih berlaku? Anak anak…(sambil saya merenung mereka) ..Kita kena berubah…Apa yang kita cakap kita kena buat seboleh mungkin.Kita kena terjemahkan dalam perbuatan kita.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mahu mengubah nasib mereka…(Ya Allah ..sesungguhnya aku berpesan pada diriku sendiri walaupun puluhan jiwa berada di depanku ketika itu.. )
Saya menyorot kembali perkongsian pagi itu mengenai surah At Takwir dengan memetik ayat 10 dari surah tersebut.

‘Dan apabila lembaran lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar lebar’…

Setiap perbuatan kita akan dicatat walaupun hanya seberat zarah.Ngeri memikirkan suasana ini..Pada masa menerima suratan amal ,kita sudah diberitahu secara tidak langsung kita berada dalam golongan mana..Jadi anak anak, kalau kita membantu kawan kita untuk berubah dan dalam masa yang sama kita berusaha untuk berubah…Insya Allah akan tercatat apa yang kita perbuat didalam catatan amal..tentunya amal yang baik..betul kan…
Sessi pertemuan hari itu berbeza daripada sessi sebelumnya.Kreativiti salah seorang warden di RS menjadikan pertemuan saya dengan anak anak lebih menarik.Warden berkenaan telah membahagikan beberapa kumpulan dan meminta mereka prepare bacaan tafsir dan persembahkan pada hari itu.Berbekalkan 2 rujukan tafsir, mereka dapat mempersembahkan sesuatu yang cukup bermakna…Anak anak di sini sebenarnya ada ‘hati dan jiwa’.

Monday, May 10, 2010

Alamak! 'stress'nya

Suami dan abang long sedang membetulkan kedudukan porta bote



Tertekan dengan tanggungjawab yang banyak sesuatu yang biasa.Tertekan kerana tak ada kerja(menganggur) pun suatu yang biasa.Tertekan dengan tak tahu nak buat apa,perkara biasa ke?mungkin ya,mungkin tidak…Apapun sebagai manusia biasa,tiada seorangpun yang tidak mengalami tekanan…dengan kata lain manusia normal telah/sedang/akan menghadapi tekanan…itu lah asam garam kehidupan..kalau tak ada tekanan tak manis pulak hidup ini.(betul???). Tidaklah dikatakan lari dari kenyataan kalau kita cuba mencari jalan untuk mengurang/menghilangkan tekanan.Jiwa perlu kepada kedamaian dan.ketenangan.Rasulullah SAW pernah beruzlah di gua Hira’.Suatu kisah yang cukup masyhur yang kebanyakan kita mengetahui seawal umur tadika lagi.
Masing masing diantara kita ada cara tersendiri(gaya bebas) untuk menangani tekanan yang dialami.. Gambar di atas antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga untuk mencari kedamaian dan ketenangan nun jauh di hutan belantara yang mempunyai sungai yang cukup sesuai untuk ‘berkubang’.Ini dikatakan serampang banyak mata.Antara kebaikannya ialah kemesraan antara ahli keluarga dapat disuburkan terus/kembali.Dapat melepaskan gian untuk merapala sebarau(kot ada lagi saki bakinya).Boleh juga menduga toman atau tapah di lubuk yang dalam(pancing dasar le).Tetapi perkara paling seronok kata anak perempuan saya dapat ‘berkubang’ puas puas.tidak perlu memakai tudung semasa berenang.Tidaklah pula tertelan air berklorin seperti di kolam renang…memang bestlah mama!!! Punya seronoknya dia. Ingatkan nak sertakan gambar sungai dan lubuk tapah yang cantik tuu...Tetapi sayang,memory card diserang virus...hu hu hu.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang orang yang berakal...iaitu orang orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi(seraya berkata)..Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia sia,Maha suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka” Ali Imran:190-191
Saya selalu terfikir apabila saya menjejakkan kaki digigi air:'air yang tak putus putus mengalir dan bagaimana kiranya Allah menghendaki air sungai tiba tiba berhenti,Ya Allah...diri ini terlalu kerdil...
Syukur kepadaMu Tuhan kerana memberi kesempatan kepada kami untuk menikmati alam ciptaanMu

Monday, May 3, 2010

Prihatin atau....

Islamic Information Centre







Ruang utama tempat Solat



‘Lepas kita breakfast kita kena pergi bank,banyak hendak diuruskan hari ini,yuran anak dan bla bla…’kata suami.’Abang cuti ke hari ini? Saya bertanya dengan nada gembira...
Urusan di bank kadang kala agak lama terutamanya hari isnin dan musim gaji.Setelah mengambil ubat mak(cukup lama menunggu giliran) dan berurusan dengan bank kami singgah di sebuah masjid yang tersergam indah.Hendak dijadikan cerita saya terserempak dengan dua orang wanita asing dengan ditemani oleh seorang pemandu pelancung(lelaki).Mereka masuk betul betul di depan tempat solat wanita dan dibelakang ruang utama masjid.Lelaki itu bertanya dengan penuh kebimbangan ‘boleh ke kami masuk kat sini?’,wanita ni nak amik gambar tempat menarik dan nak dihantar kepada keluarganya?.Saya menjawab dengan bersungguh dan berhati hati..bagi saya ok,apa salahnya, bagus dapat melihat tempat orang Islam beribadah.Tapi apapun bagus juga kalau minta kebenaran dengan AJK Masjid’punyalah saya berdoa agar ketika itu tidak ada yang akan menghalau insan bertiga ini.Sempat bertanya kepada salah seorang wanita tadi berasal dari mana.Dia berasal dari Utara Sepanyol.Tanya pasal Andalus…respon bagus gak…Cardova katanya sangat cantik..terutama masjidnya..Al hambra’? ooh sangat indah…itu respon wanita berkenaan.Hampir ke tangga sedang saya berbual dengan wanita itu dan bersama pemandu pelancung ,..lalulah sebuah kereta kancil dengan honnya yang sungguh ‘merdu’.Dia memberi isyarat tak boleh masuk masjid…Sudah(hati kecil saya berkata…saya memang bengang betul dengan sikap orang islam macam ni.)..Tak ke bagus kalau ada orang yang melayan pelawat/pelancong yang datang hendak mengetahui tentang masjid ke atau apa saja yang bersangkut paut dengan islam.
Semasa menunggu wanita berdua bergambar pemandu pelancung tadi sempat memberitahu saya tentang kebimbangan dia apabila hendak membawa mereka ke tempat ibadah orang Islam..Saya sempat menceritakan Blue Mosque(Sultanahmet Mosque) ada Islamic Information centre-penerangan mengenai islam dan pamphlet berbagai bahasa tersedia di situ…memang non muslim dibenarkan memasukinya dan bebas mengambil gambar.Cuma ada sempadan mereka tidak memasukinya kerana tempat berkenaan ada orang yang sentiasa bersolat(ruang utama)...Pernah beberapa orang yang revert menceritakan perkara yang serupa berlaku kepada mereka…Itulah keadaan yang berlaku di negara kita.Ianya cukup menyedihkan…
Mungkin sudah ada masjid yang lebih ke depan dalam hal seperti ini seperti di Blue Mosque,Cuma saya yang tidak tahu.Apa yang saya harapkan agar kita umat islam menjadi pemudahcara untuk orang mengenali Islam bukan menjadi penghalang.Alangkah baiknya kalau kita prihatin seperti pemandu kereta kancil tadi terhadap pasangan lelaki perempuan yang berdua duaan sejak akhir akhir ini tidak mengira tempat,masa dan siapa yang ada disekeliling mereka…Ianya tindakan yang sangat terpuji.Itu cukup membuatkan saya tabik spring!!!

Thursday, April 22, 2010

Ku ingin raih kasihmu Tuhan

Masjid Abu Ayub Al ansari Istanbul Turki


Masih menunggu apa yang ingin saya bicarakan kepada mereka pada hari itu..mereka duduk menghadap saya dengan wajah yang pelbagai..ada yang cukup ceria namun kadang kala ada garis duka di wajah mereka.Saya renungi satu satu wajah yang kadang kala silih bertukar ganti.Seorang keluar dan yang pastinya seorang lagi orang baru akan masuk..Begitu keadaan di Raudhadus Sakinah(RS) di tempat saya..Bila berakhir agaknya malapetaka ini???ligat persoalan yang sama menerjah dikotak fikiran saya..kini ianya sedang menghantui ummah.sedang meratah kewarasan insan.Sedang bermaharajalela mengambil tempat dipersada moral manusiawi...ZINA

Sambil saya mengambil pen dan bersedia berceloteh dengan mereka..ohh kenapa aku bawa sampai 3 batang pen hari ini.Assalamualaikum anak2...saya mula berbicara...bertanya khabar dan sebagainya sebagai pemanis kata..nampak tak pada tangan makcik ada 3 batang pen?..nampak makcik..jawab mereka serentak...ada 3 warna yang berbezakan..yakin ke yang dakwat pen berwarna demikian?...kurang pasti mcik..bijak anak anak ini menjawab...sempat saya kaitkan pen berkenaan dengan jati diri,moral dan kewajiban mereka(juga kita) menutup aurat...Begitu harapan saya agar mereka menyedari hakikat kehidupan yang sepatutnya dilalui...Syukur kepadamu Tuhan kerana memilih diri ini yang cuba membetulkan perjalanan hidup mereka yang tersasar dari landasan sebenar.



Ku renung bintang di langit
Namun ku tak lupa rumput di bumi
Ku cuba menghayati erti sabar
Ku cuba hadhami erti syukur
Bukankah golongan yang sedikit dirintih sahabat
Ketika berbicara dengan Rabbnya
Sungguh...ia menimbulkan kehairanan yang mendengarnya
Tetapi dia tetap tegar..dengan pemintaan yang satu
Wahai tuhanku,jadikan aku golongan yang sedikit...
Tuhanku
Keluasan bumi dihamparkan olehMu
Ada batasannya untuk didiami
Tetapi keluasan rahmatMu
Keluasan Barakah yang disediakan kepada hambaMU
Keluasan redhaMU
Tiada batasannya...
Tuhanku
Aku merayu kepadaMu
Moga akulah salah seorang hambaMu
Yang mampu meraih 3 keluasan
Yang difirmankan OlehMu
Lewat Al Mulk :15 itu


Sering memujuk hati apabila berhadapan dengan mereka yang menghuni di RS...

Friday, April 9, 2010

Selamatkah kita??

Pintu utama ke istana Topkapi(Peninggalan tidak ternilai)

Oh my god!spontan anak saya berkata setelah melihat jam yang berada dipergelangan saya…ha ah kenapa dik…wow brandedlah mama…katanya.kehkehkeh…saya tertawakan nya.Abahnya mengusik..ada butik tau kat Atarturk International Airport! Begitu gurauan kami setelah terpisah 2 minggu dengan anak anak…
Anak anak kadang kala lebih cekap mengenali dan mengetahui barangan berjenama.Tetapi berapa ramai yang menyedari ada ketikanya mereka tertipu dengan jenama yang dipamerkan.Jenama yang diperdagang atau dipertontonkan.

Begitu juga dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini.Kita tidak pernah sunyi daripada siri siri pertembungan antara yang hak dan yang batil,antara yang jahat dan yang baik,antara pahala dan dosa,antara keinginan nafsu dan kehendak akal,antara kemewahan dan kemiskinan,..antara itu dan ini…Fuhh cukup mencabar sebenarnya...itulah dunia yang kita sedang jalani ini.
Ar Rasul SAW pernah mengingatkan kita tentang tipuan dunia..

‘Barangsiapa yang di pagi harinya menjadikan dunia ini kepentingannya yang utama niscaya Allah Ta’ala akan melazimi di dalam hatinya 3 perkara :1.Hati yang sentiasa resah gelisah ,tidak putus putus rasa risau buat selamanya 2.Kesibukan yang tidak ada terluang masa sedikitpun buat selamanya 3.Rasa diri akan jadi fakir miskin yang tiada kesudahan’

Teringat kisah seorang sahabat Ar Rasul SAW yang cukup kaya raya tetapi dunia tidak berjaya menipunya…pernah dikisahkan semasa beliau balik dari berdagang bergegar bumi Madinah dengan untanya 700ekor yang sarat dengan muatan bijirin,tepung dan makanan.Terkejut dengan gegaran dan bunyi tersebut, ‘Aisyah r.a bertanya:Gegaran apakah itu?Lalu beliau diberitahu…Rombongan niaga Abdur Rahman Bin ‘Auf..’Aisyah r.a berkata :’Semoga Allah memberkati rezeki yang dikurniakan kepada beliau di dunia.Dan pahala akhirat itu lebih besar’ Belum sempat unta unta itu duduk,berita kata-kata ummu mukminin itu sampai kepada Abdur Rahman bin ‘Auf.Beliau segera bertemu dengan ‘Aisyah r.a dengan berkata ‘Wahai ibu ,saya bersaksikan kamu bahawa rombongan ini bersama bebanannya,termasuk pelana dan lapiknya,kesemuanya saya infaqkan kepada jalan Allah '
Begitu juga semasa kegemilangan kerajaan Othmaniyyah walaupun khalifah menguasai 40 buah negara tetapi hidupnya cukup sederhana.

Sunday, April 4, 2010

Masa itu kehidupan

Bvlgari fotokopi bukan ori-jamku yang cukup berjasa!


Masa begitu cepat berlalu.2010 sudah mencecah kepada bulan april.Baki umur sudah secebis cuma..Badan sudah terasa lenguh di sana sini.Mata semakin rabun..Anak anak sudah meningkat remaja,ada yang mula bekerja.Tidak kurang juga yang mula merancang perkahwinan setelah sekian lama menyulam cinta(ya ke?)..AMAL- semakin bertambah??? Haah cukup menggusarkan!
Masa yang ada menuntut kita memenuhi cabaran yang ada.Samada amal ibadah,pendidikan anak anak,tanggungjawab terhadap ibubapa yang semakin tua,tuntutan kerja yang semakin mengharu birukan(kadang kala) atau lebih jauh dari itu tuntutan dakwah-mengajak manusia kepada pengesaan Allah semata.Mengajak manusia meletakkan kehidupan ini adalah tempat memperbanyakkan saham untuk kehidupan di sana…Mudah?Ianya cukup mengajar kita bagaimana untuk menggunakan masa yang kita ada,yang kita sendiri tidak tahu bila akan luput…Tentu kita ada pilihan dan tidak mudah berputus asa…Begitu pesan Rasulullah lewat sabdanya yang begitu membekas di jiwa
‘Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat.maka hendaklah dia menanamnya,dengan itu dia mendapat pahala’
Mengapa Ar Rasul bersabda demikian?Kalau kiamat sudah hampir kenapa tidak berkata’maka bersegeralah kamu semua meminta ampun terhadap dosa yang telah kamu lakukan’ atau ‘bersegeralah,bersihkan tangan kamu dari kotoran tanah dan bersihkan jiwa kamu…’ tetapi ianya tidak berlaku..
Ar Rasul mewar warkan kepada kita jalan dunia dan akhirat bukanlah dua jalan yang terpisah.Sesungguhnya ia adalah jalan yang satu iaitu permulaannya di dunia ini dan berakhir di akhirat nanti.Jalan yang tidak pernah memisahkan kerja dan ibadah.Tidak juga diantara ibadah dan kerja.Kedua duanya berjalan bergandingan di atas satu jalan.Tidak ada jalan lain selain daripadanya.Tidak ada istilah beramal untuk akhirat dengan memutuskan hubungan dengan dunia begitu juga beramal untuk dunia dengan memutuskan hubungan dengan akhirat…Alangkah ruginya kita jika itu yang kita fahami selama ini…

Sunday, March 28, 2010

Menyelusuri jejakmu



Makam Sultan Muhammad Al Fatih (1432-1481)







Tembok yang dibina oleh sultan Muhammad






Tembok Constantine dari Istana Topkapi(Di Istanbul benua eropah)



MENYELUSURI JEJAK MU

Seorang insan hidup sederhana
Penuh dengan disiplin ayahanda
Pernah dirotan oleh guru
Diajar perang oleh panglima


Walaupun sudah lama berlalu
Namamu menjadi sebutan sejarah
Keberanianmu merempuh panah
Tembok kukuh berdiri megah

Pecutan kuda meredah Bosphorus
Tiada gentar mara terus
Pada DIA bergantung harapan
Untuk Constantine bisa ditawan

Hadith nabi menjadi kenyataan
Walaupun ayahanda cuba menterjemahkan
Namun putera muda menunjukkan kemampuan
Dialah pemimpin yang dimaksudkan

Dia bukan penakluk
Dia bukan diktator
Dia adalah pembebas umat
Sekian lama umat ditindas


Sultan Muhammad Al Fatih(Mehmet Al Fatih) merupakan seorang insan yang sangat menjaga solatnya.Semasa baginda berjaya membebaskan Constantine pada hari jumaat baginda hendak melantik imam sembahyang jumaat.Diantara ciri ciri untuk mengimami solat jumaat ,baginda bertanya kepada tenteranya tentang solat fardu,solat sunat rawatib dan solat tahajjud.Memang baginda merupakan pemimpin unggul kerana baginda seorang sahaja ketika itu yang tidak pernah meninggalkan solat berkenaan sejak baligh lagi..Sabda Nabi menjadi kenyataan bahawa yang akan membebaskan Constantine ialah merupakan pemimpin yang baik dan tentera yang bersamanya merupakan tentera yang baik,juga mempunyai rakyat jelata yang baik.Baginda telah lama pergi meninggalkan kita dengan keharuman jihadnya...




Constantine=Konstantinopel=Islambul=Istanbul





Monday, March 15, 2010

Salam dari Istanbul

salam dar─▒ ─▒stanbul...Ianya merupakan pengalaman cukup indah yang pastinya memberi kesan yang cukup mendalam kepada pencinta 'kebebasan' .Warisan yang tidak ternilai yang ditinggalkan oleh kerajaan Othamaniyyah khususnya yang diukir oleh sultan Muhammad Al Fatih sultan yang ke tujuh khalifah Othmaniyyah.Keinsafan meyulubungi diri di atas semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sahabat Rasulullah SAW Abu Ayub Al Ansari dan 'pemenang' hadith nabi iaitu Sultan Muhammad Al Fatih..

Friday, March 12, 2010

Cintaku bukan satuu


Pantun 1
Dari mana punai melayang
Dari sawah turun kekali
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati

Pantun 2
Apa diharap padi di seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak


Saya cuba mencuri masa yang sangat terhad pada hari ini untuk mecoretkan sesuatu.Mungkin ianya sesuatu yang biasa bagi masyarakat arab pada masa ayat Al Qur’an diturunkan menyinggung perkara tersebut,tetapi bukan suatu yang lumrah dalam masyarakat kita....POLIGAMI
Termenung seketika apabila saya diajukan soalan
’apa pandangan makcik pasal poligami’...fuhh cukup mencabar untuk saya menjawab.Ianya memerlukan kebijaksanaan dalam memberi pandangan agar tidak tersasar.Saya teringat pantun 1 apabila perkara sebegini diajukan kepada saya.Apakah tujuannya Allah memerintahkan agar lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman menundukkan pandangan.Apatah lagi sekiranya perkara seperti pantun 1 berlaku di tempat kerja.Memang sukar untuk mengelak(Betul???)
Pada ketika yang lain saya diminta ...’puan,saya harap puan dapat memberi pandangan,nasihat atau kata kata perangsang agar saya boleh menghadapi keadaan ini...Saya sangat menyayangi suami saya tetapi saya hendak dimadukan.Saya sangat arif tentang kemampuan suami.Saya mengharapkan agar suami memikirkan semasak masaknya sebelum dia berkahwin lain’..Menambahkan lagi ketermenungan saya memikirkannya..sedih,kasihan,simpati dan entah apa apa lagi...Pantun 2 melintas di benak fikiran saya.Moga insan ini mendapat kasih Allah dan diberi kesabaran untuk menghadapinya..
Kita boleh memberi apa apa komentar kepada 2 permasalahan ini walaupun ianya merupakan isu yang sama...POLIGAMI.Banyak panduan yang ditinggalkan oleh ar Rasul lewat mukjizat yang cukup agung(Al Qur’an) dan sunnah baginda. Ianya cukup indah untuk dimanafaatkan agar kita tidak menderita lantaran tindakan kita yang terburu buru(maaf kalau kurang tepat), kalau tidak di dunia yang pasti akhirat tetap menanti!

”Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam macam,supaya diperlihatkan kepada mereka(balasan)pekerjaan mereka” Az Zalzalah:6

Ya Allah janganlah Engkau uji hambamu ini sesuatu yang tidak mampu ditanggung...

Thursday, March 11, 2010

Sayangku kepada mu tidak terkira


SAYANGKU KEPADAMU TIDAK TERkira…

Benarkah begitu?Saya sedang menghitung diri,mencari kebenaran di atas kata kata yang sepatutnya menjadi iringan setiap kali menyebut namamu…sayangku kepadamu tidak terkira!!!

“ ‘Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat ayat Allah,membersihkan (jiwa) mereka,dan Al hikmah.Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu,mereka adalah benar benar dalam kesesatan yang nyata’ Al Baqarah:164

Allah telah menganugerahkan kepada umat ini seorang rasul untuk mengajak manusia kepada
Tilawah-membaca Al Qur’an,Mendengar bacaan AL Qur’an,membaca Al Qur’an dan diperdengarkan kepada orang lain
Tazkiyah-menyucikan jiwa
Ta’alim-Mencari dan menuntut ilmu bersumberkan Al Qur’an

Ketiga tiga perkara di atas perlu ada bagi setiap muslim bagi mengecapi anugerah Allah SWT yang cukup besar nilainya.Baginda begitu mengasihi umatnya walaupun ketika baginda sedang menghadapi saat saat perpisahan ruh dari jasad.Begitu juga sahabat baginda sangat mengasihi baginda.Pernah suatu ketika seorang sahabat diseksa oleh kafir Quraisy sehingga tidak mampu untuk bergerak.Abu Jahal membuat tawaran kepada sahabat dengan dailog yang cukup ringkas tetapi memberi kesan cukup mendalam kepada generasi seterusnya...kalaulah aku bebaskan kamu sekarang adakah kamu akan menerima tawaran ini..?sahabat ini tidak mampu menjawab hatta untuk menbuka matanya..tetapi apabila Abu Jahal mengulangi tawaran yang serupa sambil menambah..dan biarkan Muhammad menggantikan tempatmu...Lantas sahabat ini bingkas terduduk sambil berkata..aku tidak rela Rasulullah berada ditempatku ini.... Abu Jahal menunjukkan kekagumannya sambil berkata...aku belum pernah mendengar manusia kasih kepada manusia lain seperti kasihnya sahabat Muhammad kepada Muhammad!”
Begitu perkongsian yang dapat saya ungkapkan setelah menyelongkar kotak memori saya semasa mendengar ceramah seorang ustaz sempena maulidurrasul di surau berhampiran .Mudah mudahan kita sentiasa berselawat ke atas Nabi sebagaimana Allah dan malaikat berselawat kepada Nabi..

Thursday, February 25, 2010

SAMAWI atau BUMI



Semalam sempat membuat pertemuan dengan beberapa orang individu yang hebat hebat belaka.Antara tujuan pertemuan ialah untuk kenal mengenali,saling bertukar tukar pandangan disamping mencari titik persamaan dalam melayari kehidupan.Alhamdulillah cukup mengkagumkan saya.Saya berhadapan dengan anak anak muda yang cukup bersemangat dalam mencari dan melayari erti kehidupan sebenar.Memang saya tabik spring dengan mereka ini.Mereka tidak lokek berkongsi pengalaman bagaimana mereka telah berjaya sehingga ke tahap sekarang.Jelas mereka merupakan insan yang senang berbicara.Kemesraan terpancar pada wajah masing masing.Fuhh memang mengujakan!!

Sebelum membuat pertemuan dengan mereka,berlegar legar difikiran saya: apa yang sepatutnya yang bakal dikongsi bersama.?Terlintas kepada tujuan pertemuan ,tergambar diruang mata satu ayat dari banyak ayat ayat Al Qur’an yang cukup menjadi pembuka bicara dan meghayati, bisa kita tersentak dari mimpi yang mengasyikkan!

‘Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal’ Al Hujurat:13

Apakah tujuan Allah mencipta kita?Asal dari seorang laki laki dan seorang perempuan?Bukan sekadar itu sahaja tetapi terdiri pula dari pelbagai bangsa,suku kaum dan sudah tentu pelbagai bahasa pula…Apakah garis panduan atau sistem nilai yang Allah ingatkan kepada kita?Adakah sesuatu bangsa lebih baik dari bangsa yang lain seperti golongan yahudi mendakwa mereka bangsa yang dimuliakan?Wang ringgit?Harta kekayaan?Pangkat dan kedudukan(juga berkaitan dengan kelulusan akademik)?atau…atau

'Diriwayatkan oleh imam Ahmad dari Abu Dzar,bahawa Rasulullah SAW bersabda lebihkurang maksudnya:Lihatlah sesungguhnya engkau tidak lebih baik dari yang berkulit merah dan pula dari yang berkulit hitam melainkan jika engkau mengunggulinya dengan taqwa kepada Allah'

Sistem nilai yang mana perlu kita pilih?Nilai bumi atau nilai samawi?..Pilih nilai samawi ? Haah...Suatu kepastian, ia adalah sistem nilai yang haq yang tidak ada keraguan padanya. Allah telah memperakui orang yang paling mulia di kalangan manusia ialah orang yang paling bertaqwa diantara mereka.Ianya tidak mengira bangsa apatah lagi harta,keturunan pangkat dan sebagainya.Contoh bagaimana Ar Rasul telah melantik Usamah bin Zaid sebagai panglima perang padahal pada ketika ituUsamah baru berusia sekitar 20an.Usamah juga anak bekas seorang hamba berkulit hitam..Ya,Sungguh cantik dan indahnya Islam ini…

Monday, February 22, 2010

Fitnatuddunia




Semalam berkesempatan mendengar kuliah Isya' dari seorang ustaz di surau yang berhampiran tempat saya tinggal.Mendengar tajuk sahaja membuatkan saya cuba memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada kuliah beliau.Ustaz berkenaan telah memulakan kuliahnya;
‘Sesungguhnya 3 perkara Allah telah menganugerahkan yang terbaik kepada manusia iaitu 1.aman 2.kesihatan 3.berkecukupan.Bayangkan tuan puan bangun pagi kita bangun dalam keadaan aman.Tiada peperangan..tiada gempa bumi dan sebagainya.Aman kita dari perasaan takut,cemas dan tidak tenteram.Begitu juga kita bangun pagi badan kita sihat,tidak ada penyakit kronik.pergerakan kita tidak terbatas.Dalam pada itu kita ada apa yang hendak di makan,dipakai.Pendek kata kita berkecukupan dalam menjalani kehidupan seharian.Apa kata kesemua itu tidak ada.Kita berhadapan dengan peperangan,bencana alam.Wabak penyakit seperti taun,selsema burung dan penyakit penyakit yang lain.Badan tidak sihat.selera tidak ada walaupun kita dihidangkan dengan makanan kegemaran kita.Atau makanan tidak ada,air minuman tidak ada walaupun kita mempunyai duit.Tiada apa yang hendak dimakan,diminum dan sebagainya.Kelangsungan hidup akan terganggu.Kita sebenarnya sedang berhadapan dengan fitnah.
Sebaliknya kita merasa sangat aman,sangat sihat dan sangat berkecukupan,itu juga merupakan fitnah!.
Habis bagaimana?Rasulullah SAW berpesan agar kita menjalani kehidupan di dunia ini berada dalam lingkungan ‘pertengahan.’
Antara maksud fitnah ialah(ustaz masih menyambung bicara)
1.Ujian,cubaan,dugaan
2.Yang merosakkan hidup
3.Yang membebankan


“Adakah mereka sangka bahawasanya apa yang Kami berikan daripada harta dan anak anak itu sebagai bukti Kami segerakan untuk mereka segala kebaikan.Akan tetapi mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenar” Al mu’minun:55-56

Antara fitnah yang paling besar kepada manusia ialah harta diikuti dengan anak anak.Harta menduduki ranking pertama dan anak anak menduduki ranking ke 2.
Harta boleh jadi penyelamat atau boleh jadi perosak kepada manusia.Nabi berpesan supaya harta menjadi penyelamat antaranya ialah dengan amalan bersedeqah.Dengan bersedeqah Allah akan menutup 70 pintu kerosakan.Sungguh lumayan apa yang ditawarkan oleh Allah SWT.Begitu juga anak anak.Dalam proses mendidik mereka,kita bersabar,tabah dan bersungguh sungguh untuk memastikan mereka menjadi anak soleh/solehah.Allah akan membalasnya samada anak anak ini menjadi anak soleh atau disebabkan komitmen kita dalam pendidikan mereka.
Banyak ayat-ayat Al Qur’an menyentuh tentang fitnah.Antaranya Az Zariyat:14,Al Maidah:49,Thaha:40,At Taubah;49 dan banyak lagi.

Apakah panduan atau pedoman yang perlu kita ambil untuk menjalani kehidupan di dunia ini.Ar Rasul SAW bersabda yang bermaksud:’Dunia itu mencari dan yang dicari dan akhirat juga mencari dan yang dicari.Maka sesiapa yang mencari akhirat nescaya dunia mencarinya sehingga rezekinya mencukupi,sebaliknya sesiapa yang mencari dunia nescaya akhirat tetap mencarinya hingga datang kematian maka nyawanya diambil secara mengejut’
Apabila kita meletakkan akhirat matlamat kita , maka sebarang kerja buat kita menjurus kepada keredhaan Allah SWT semata…
Akhirnya ustaz menasihatkan agar hendaklah kita sentiasa merendah diri,tawadu’ nescaya Allah akan meninggikan kedudukan kita.Sambil berpesan beliau membaca doa ini…
‘Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengambil tindakan ke atas kami jika kami lupa melaksanakan perintahMu atau kami melakukan kesalahan’ Al Baqarah:286

Moga perkongsian ini bermanafaat untuk kita bersama..

Wednesday, February 17, 2010

Nasi lemak buah bidara....




Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya lurutkan
Tinggal emak tinggal saudara
Kerana kekasih saya turutkan…

Begitu pantun dulu-dulu menggambarkan kecintaan seseorang kepada kekasih hati.Saya teringat pantun ini kerana banyak sekali nostalgia datang menjelma .Lebih lebih lagi mendapat panggilan talipon daripada anak saya di Jogjakarta.’Hari ini adik makan nasi lemak,ok gak…tapi nasinya jelatah(mentah sedikit) dan sambalnya agak masam,alhamdulillah’kata angah anak saya yang seorang itu…Saya tergelak…memang dia pakar dalam bab ini.’maaf kepada siapa yang menyediakan nasi lemak pagi tadi…bukan tak appreciate,cuma nak cerita kat mama apa yang dilalui di sini’katanya.Saya sangat arif dengan si angah.Hatinya mulus kalau dia berkata(saya tidak memujinya kerana puji2an hanya kepada DIA).Saya suka mencuba masakan baru dan memang meminta dia beri feedback.Selalunya tidak mengecewakan..Saya cuba dan akan mencuba..alamak!maaflah mama,Cuma garamnya kurang,yang lain memang ...haah sambil menunjukkkan ibu jarinya ke atas..itu tahap yang terbaik sebab dia memang suka masin sedikit.Saya memang tidak melayan tahap kemasinannya.
Teringat pantun di atas,berpuluh tahun dahulu,sambil bergurau dengan seorang kawan, saya berpantun dengan pantun ini…tapi saya ubah 2 baris ayat terakhir(maksud pantun)..saya melilau kepada makna yang lain.Jiwa saya tidak seronok dengan maksud pantun berkenaan.Tapi akibat gurauan saya itu,saya dimuhasabah beberapa jam oleh seorang senior!fuhhh memang pahit.Hari itu hari terakhir saya berada di kampus induk.Saya akan berpindah ke kampus cawangan kerana kursus yang saya ambil…Apa jadi pada saya??Saya menangis sepanjang perjalanan balik kampung untuk cuti semester.Memang mata bengkak dan saya seolah olah tidak diberi peluang untuk membela diri..Tapi itu jugalah ubat kepada saya.Senior berkenaan memang baik hati!
Apakah kaitan nasi lemak dengan buah bidara?Saya memang tidak tahu mengapa yang mencipta pantun ini mengaitkan kedua duanya.Agaknya ianya sangat sinonim dengan masyarakat pada masa itu.
Adakah buah bidara cukup istimewa sehingga ia dijelmakan ke dalam pantun?
Bagi saya ianya cukup istimewa..kenapa?Pohon bidara disebut di dalam Al Qur’an.

‘Dan golongan kanan,alangkah bahagianya golongan kanan itu.Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri…Al Waaqiah:27-28
“Sulaim bin Aamir berkata bahawa sahabat sahabat Nabi SAW berkata; Sesungguhnya Allah memberi keuntungan bagi kami dengan pertanyaan orang orang Badwi yang datang dari dusun.Pada suatu hari seorang badwi datang dan bertanya: Ya Rasulullah,Allah menyebut bahawa di syurga ada pepohonan yang menyusahkan pada pemiliknya.Rasulullah SAW bertanya ‘pohon apakah itu?’Badwi itu menjawab ‘pohon bidara,sebab durinya banyak dan menggangu’Maka sabda Nabi SAW ‘Bukankah Allah berfirman…Fi sidrin makh dhud-dibawah naungan pohon bidara yang telah terkikis habis durinya,dan ditempat duri duri itu diganti dengan buah,sedang setiap buahnya mengandungi tujuh puluh dua warna dan tiap warna mengandung rasa yang lain’ (Dari Tafsir Ibnu Kathir)
Subhanallah…
Istimewanya golongan kanan.Dijanjikan oleh Allah dengan begitu banyak nikmat di syurga nanti...
Ya Allah,rahmatilah diri ini dan kami semua...