Monday, December 26, 2011

CATATAN PERJALANAN 2


CATATAN 1

Setelah menziarahi orang tua di kampung, kami meneruskan lagi perjalanan ke negeri berikutnya..Hujan sepanjang perjalanan mewarnai mood kami ketika itu.Suami nampaknya cukup berhati hati memandu memandangkan jarang sangat kami melalui lebuhraya berkenaan.

"Kita target check in pukul 3 petang,nampaknya pukul 6 belum tentu sampai"..saya bersuara memecah kesunyian..

"Ok jer kita releks nak kejar ke mana"...kata suami.

Sampai di R&R Gambang,kami singgah untuk makan tengahari..Kami dapat menjamu selera dengan rendang daging rusa dan masak kari ayam kampung..alhamdulillah sedap!

"Agak agaknya apa rasa nira kelapa?nanti kalau jumpa kita beli ya"..kata saya kepada suami..di Kelantan, nira kelapa dikenali sebagai tuak.Saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz menceritakan bagaimana perasaan beliau bila dihidangkan dengan 'tuak' berkenaan bila berkunjung ke rumah sahabatnya di Kelantan...fuhh!!!

"Adik tengok peta,manalah pulak Felda Residence nih?"suami minta adik search hotel berkenaan..

Ooo hampir sejam mencari, rupa rupanya peta yang dipamerkan memang tidak tepat sebagaimana lokasi sebenar...Walhal KT bukanlah bandar asing bagi kami..Di KT jugalah saya berpusing pusing memandu beberapa jam semata mata mencari kedai makan yang sesuai.Suatu kelainan di KT, antara bangunan bangunan besar terselit warong yang 'comel' menyajikan pelbagai juadah pantai timur...

CATATAN 2

Dua hari terperap di hotel agak menjemukan.Untuk keluar meninjau suasana kehidupan warga KT atau ke Taman Tamaddun Islam misalnya tidak kesampaian.Angin yang bertiup kencang dan hujan yang berterusan menyukarkan sesi tinjau meninjau..Apa lagi...keyboard komputer tua jadi mangsa keadaan!!

"Jom kita check out,abang dah habis nih"...suami talipon sebaik sahaja bengkelnya tamat.

Kami sempat singgah di pasar Payang yang terkenal dengan keluaran batik juga hasil lautnya yang pelbagai.Ianya hanya sekadar pelengkap kunjungan kami.

Kami meneruskan perjalanan menuju negeri berikutnya.

"Kita ikut jalan Tasik Kenyir dan InsyaAllah sampai ke Gua Musang pukul 7.30malam ok tak?"tanya suami meminta pendapat.

"Okeh!InsyaAllah kita boleh melihat panorama yang menarik di Tasik Kenyir...eh eh kelah banyak tak?" spontan saya bersuara.

Alamak! ini akibat lama sangat batang pancing di'pencen'kan...huhu

CATATAN 3

"Cuba call Sri Intan,masih ada kekosongan lagi tak malam ini?"Suami bersuara sambil memandu tanpa henti menuju ke destinasi berikutnya.

"Masih ada satu kekosongan untuk malam ini,tapi puan ianya ditingkat paling atas" suara penyambut tetamu kedengaran sayup di gagang talipon.

"Ok encik InsyaAllah kami sampai ke sana sebelum pukul 10 malam,terima kasih" kata saya kepadanya.

Alhamdulillah sampai ke Gua Musang pukul 7.20malam.Kami kena sampai ke puncak gunung sebelum pukul 10 malam.

"Selepas membaca al mathurat,perbanyakkan zikir" suami mengingatkan kami...

Pendakian kami malam itu ditemani awan mendung dan sekali sekala hujan rintik rintik.Berhampiran dengan Lojing kereta kami yang mula mendaki bukit tiba tiba kehilangan power..Saya masih tidak menyedari apa yang berlaku.

"Mengapa bang,tiba tiba berhenti tepi jalan ni,gelap gulita pulak tu?"saya masih dan masih tidak menyedari keadaan berlaku.

"Kan kereta kita mati enjin tiba tiba ni" Suami bersuara tenang walaupun ada nada kegusaran dihujung kata katanya.

"Ada lampu picit tak" tanyanya..

Alamak! saya buat hal lagi.Terlupa!Kebiasaannya saya akan memastikan kelengkapan musafir kami mencukupi sebelum kami meninggalkan rumah.

Suami cuba hidupkan enjin, masih dan masih tidak hidup..Kami berdoa sungguh sungguh dan serahkan kepada ketentuan Allah di dalam keadaan yang cukup gelap ketika itu..Berbekalkan cahaya daripada talipon bimbit, suami membuka bonet depan kereta dan melihat apa yang tidak kena,tetapi tiada apa yang pelik..

"Mungkin wiring kot"terlintas di hati kecil saya.

Saya cuba search nombor balai polis Lojing . Kami beristighfar dan terus berdoa,akhirnya enjin kereta dapat dihidupkan..Alhamdulillah.

Sebenarnya kereta kami tidak pernah meragam sebelum itu.Akhirnya kami sampai ke puncak gunung lebihkurang pukul 9.30 malam.Suhu menunjukkan 17oC.

Terlintas di kepala saya salah satu ayat al Qur'an yang mengungkapkan kisah mereka yang berada di lautan yang bergelora.Kapal mereka dilanda taufan yang dahsyat.Pada ketika itu mereka mengIKHLASkan pengabdian hanya kepada Allah SWT.Tetapi bila sampai ke daratan mereka kembali ingkar!

"Ya Allah,semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur"






Monday, December 19, 2011

CATATAN PERJALANAN


Sudah beberapa hari bermusafir.ianya perjalanan yang cukup menyeronokkan walaupun agak meletihkan.Berbekalkan kebiasaan untuk ke sesuatu tempat kami tidak menempah hotel awal awal., Keterlupaan kami cuti sekolah telah lama bermula, menyebabkan kesukaran untuk memilih hotel yang selesa dengan harga berpatutan.Setelah banyak kali hotel yang kami target tiada kekosongan,akhirnya hotel' itu' menjadi pilihan terakhir kami...betul ada bilik famili tetapi layanan penyambut tetamu agak mendukacitakan...ada ke penyambut tetamu tu bila mama kata nak check out,dia kata dah siap tanpa resit resmi,saya minta resit,dah tu beri resit togel jer(tanpa sampul surat)..rungut saya kepada suami..tu sebab hotel depa tak penuh,walaupun waktu puncak..komen suami ringkas.Agaknya audit dalaman tak berapa nak jalan kot..tambah saya..haah pandai pandai jer saya mengomel...
Kami biasa tidur dari hotel yang tidak berbintang hingga ke hotel beribu bintang..Sangat mengujakan bila menjengah ke tingkap 'hotel',kelihatan air sungai pergunungan mengalir jernih bak kristal!

CATATAN 2
Kami bermusafir lagi ke negeri berikutnya.Hotel yang selesa dan berhampiran kedai makan yang terkenal dengan masakan yang cukup istimewa(bagi saya).Masakan udang galah,baung masak asam,baung masak lemak cili padi dan banyak lagi...
Abang nak berhenti makanlah,ni dah pukul 12.45 tengahari,sekejap lagi masuk waktu solat..kata suami.Mengapa abang macam nak cepat,kan kita musafir?tanya saya..eh eh hari ini jumaat,abang nak solat jumaat walaupun kita ada pilihan untuk tidak solat jumaat..kata suami lagi.Saya betul betul terlupa hari berkenaan adalah hari jumaat.Walhal malamnya saya mengingatkan anak anak untuk membaca surah al kahfi.Pada masa itu keadaan kedai makan berkenaan cukup sibuk dengan pelanggan.Kelihatan taukeh kedai sibuk mengira harga makanan di meja pelanggan...Ooo mungkin sekejap lagi mereka beredar..tetapi sangkaan saya rupanya meleset.Sehingga jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari.,kaum adam masih lagi di meja makan malah semakin bertambah pula bilangan yang masuk ke kedai berkenaan..
Mereka tidak solat jumaat sedangkan cuma seminggu sekali,bagaimana dengan solat lima waktu?..saya berkata kepada anak di sebelah..ala mama mereka semua musafir kot!kata adik dengan sangka baiknya..ish ish takkan taukeh kedai juga musafir?tanya saya balik kepada adik..
'Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar'.Solat fardu juga merupakan amalan pertama yang akan dihitung di akhirat nanti...Mereka 'cukup berani'.hati kecil saya berkata kata.Ooo banyaknya kerja bagi orang yang 'tidak tidor'..bisikan hati saya berterusan sambil memujuk rasa..

CATATAN 3
Kami meneruskan perjalanan untuk menjejaki negeri berikutnya.Singgah sebentar di masjid bandar B untuk jama' takhir bersama adik.Azan berkemundang dari pembesar suara masjid menandakan baru masuk waktu asar.Sesuatu yang menarik perhatian saya buat pertama kali dalam hidup melihat seorang anak muda berkemeja t,tanpa songkok atau kopiah di kepala dan memakai 'slack' mengimami solat asar di masjid berkenaan..di belakang anak muda berkenaan satu saf solat terbentuk dengan pelbagai peringkat umur...Adakah ini satu pembaharuan?saya tidak pernah melihat imam yang berpakaian 'simple' seperti itu mengimami solat fardu di mana mana masjid yang pernah saya kunjungi...Ooo

Banyak pengajaran yang boleh dikutip sepanjang musafir kali ini.Sungguh..saya amat yakin setiap musafir yang saya lalui akan dapat pengalaman yang berbeza. Ianya juga dapat mendidik jiwa agar sentiasa mengambil sistem nilai yang haq/benar untuk jadi panduan..bukankah Allah telah membentangkannya di depan kita??? ya sistem nilai SAMAWI..!

Sunday, December 4, 2011

pahala...dosa..

Kalau tak nak buat pahala jangan buat dosa...begitu terungkap dibibir seorang adik apabila berbincang dengan kakaknya siapa yang patut menjaga ibu yang sudah tua...ahh biar dia yang jaga,sebenarnya sebab dia ibu sakit..kata adik beradiknya yang lain...aku sebenarnya bukan tak nak jaga ibu tapi ibu yang tak nak aku jaga..kalau cakap engkau semua ibu ikut...aku ni hina sangat kee...?aduhhh apa ni?kalau tak nak jaga ibu jangan banyak alasan.jangan tuduh sebarangan..kalau tak nak buat pahala jangan buat dosa...begitu si adik menahan rasa.sedih,terkilan dan sebagainya cukup mencengkam jiwa....

Cantik tak baju baru aku ni? tanya si A kepada si B...ehh ni macam saiz baju adik aku jer..yang umur 6 tahun tuu...kata si B..eh awak ni aku beli mahal tau..lagipun aku bukan tak pakai tudung..!engkau nak?aku beli satu ..baru gang!....
Kalau tak nak buat pahala jangan buat dosa...

Banyak2 sangat peluang untuk kita meraih pahala.tetapi kenapa masih ramai yang mengajak orang lain untuk melakukan dosa?Ianya dipersembahkan sedemikian rupa dan pelbagai bentuk..penulisan,percakapan malah tingkah laku seharian...

...dan jika ia (amalan seberat debu atau semut yang halus itu) merupakan amalan baik,pasti Allah akan melipat gandakannya dan memberi (kepada hamba itu) dari sisinya pahala yang besar(an nisa':40)

...Dan sesiapa yang melakukan suatu amalan jahat,dia tidak akan dibalas melainkan dengan balasan seumpamanya,tanpa mereka dizalimi(Al an'am:160)

Jom kita renungi/fikir apa yang telah,sedang dan akan lakukan..guna ruang dan peluang dengan umur yang semakin sedikit berbaki ini untuk meraih pahala yang besar!

Monday, October 24, 2011

Sungguh!! aku rindu


Merindui Rasulullah SAW sangat terasa sejak akhir akhir ini.Mungkinkah ramai kawan dan kenalan telah dan akan mejadi tetamu Allah SWT ketika ini?Ya,ianya salah satu sebab rindu itu semakin ketara.Terasa ruh ini seolah olah terbang bersama sahabat yang melambai pergi...terkenang Rasulullah begitu gigih menyeru manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah semata, terasa diri ini terlalu kerdil.Bagaimana peristiwa Thaif begitu berbekas di hati.Peribadi yang mulia ini telah berangkat ke Thaif yang diiringi beberapa orang sahabat membawa iman dan mesej besar bagi menyelamatkan manusia.Tetapi ternyata Thaif juga merupakan bumi yang gersang untuk islam,bukan sahaja tidak diberi layanan malahan kedatangannya disambut dengan ejekan dan lontaran lontaran batu pejal yang menghujani dari segenap penjuru.sehingga meleleh darah ke tumit.Mungkin kita akan bertanya tidakkah Rasulullah SAW itu kekasih Allah?kenapakah diperlakukan sedemikian rupa.?dimanakah letaknya maruah diri diperhinakan begitu rupa?Di sinilah terletaknya hakikat itu.Program Allah tidak sama dengan rancangan manusia.Kesemua itu dihadapi oleh Rasulullah SAW tanpa sebarang KELUHAN.Sambil berlindung di sebuah kebun anggur di pinggir kota Thaif,menghadap diri dengan penuh ketulusan kepada kekasih yang merindu.Merintih dengan suatu munajat yang menggemparkan penduduk langit.Bukan keluhan terhadap penyiksaan yang dihadapi tetapi yang diadukan ialah takut akan kemurkaan Allah SWT,kerana dirasakan kelemahan diri di dalam menyampaikan amanat Allah itu
"Allahumma ya Allah,sesungguhnya lemahnya kekuatanku,dan sedikitnya helahku dan hinanya aku dikalangan manusia.Engkaulah Tuhan golongan mustadaffin dan Engkaulah tuhanku.Kepada siapa aku mengadu,kepada orang yang jauh yang bermasam muka kepadaku,atau orang yang Engkau berikan kekuatan untuk menguasaiku?Jika tidaklah MURKAMU maka aku tidak peduli!!!Sehingga malaikat yang menjaga bukit disekiling kota Thaif bertemu Rasulullah SAW meminta izin untuk membinasakan penduduk thaif.Tetapi sekali lagi manusia yang berjiwa besar itu menolak sebaliknya berdoa "Ya Allah tunjukilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti"
Kita renungi,kita hayati apa yang telah Rasulullah tinggalkan akan membuatkan kita sangat bersyukur menjadikan Islam pegangan kita dan menjadikan Rasulullah SAW contoh tauladan kita.Sesunguhnya rinduku semakin membara...

Tuesday, October 11, 2011

Lama bukan...umur ....





02 okt 1187,04oKt 19??,02nov 19??
14MeI19??,25OgOs 19??
13 SEpT 19??,09APRIl

Umur bukan hitungan tahun


Sehari hidup singa dirimba
Seribu tahun hitungan domba


Apakah maksud kata kata ini?saya pernah terdengar ungkapan ini dari seorang sahabat karib yang mengatakan pada tahun 1980an dia sering membaca tafsir al Azhar.Kata kata penuh hikmah ini terdapat dalam kitab tersebut.Jomm kita menggali balik hazanah bernilai!!

Saturday, September 24, 2011

Masih minum air laut???


Melihat ikan berenang dikolam melalui tingkap bilik tidur cukup mendamaikan.Rindu pada kehijauan hutan hujan tropika dengan sungai yang airnya jernih kehitaman masih menggamit rasa.masakan tidak sudah beberapa bulan batang pancing direhatkan.injin duduk terperosok bungkam di dalam stor..fuhh.Cuaca tidak menentu kadang kala ku kira panas sampai ke petang tetapi rupanya hujan dipagi hari..Mengapa air yang jernih yang turun dari langit tidak dapat menghilangkan dahaga manusia?terfikir,memikir dan berfikirr..ohhh ramai manusia meminum air laut untuk menghilangkan dahaga!
Anda rungsing?bosan?stress?Rasa tidak berguna?..kehidupan moden yang serba pantas menyebabkan manusia sering mengalami situasi sebegini.Untuk menghilangkan perasaan yang membelenggu hidup ini,ada yang mencari dadah,pil khayal untuk menghilangkan kerungsingan,pergi ke pub untuk berhibur, meminum arak dan sebagainya.Tidak kurang juga menamatkan riwayat hidupnya sendiri.Tetapi masalah itu masih membelenggu kehidupan,jiwa masih tidak tenang malah semakin parah dan semakin parah.Akhirnya manusia sengsara dan mati dalam kehausan sedangkan di depan mereka ada air yang boleh menghilangkan dahaga!
  • '...ingatlah..dengan mengingati allah(zikrullah) hati akan menjadi tenang'-ar ra'd:28
  • '..sesungguhnya al qur'an itu adalah penawar bagi segala penyakit'
  • '..Tidaklah duduk satu kaum untuk berzikir kepada Allah melainkan malaikat malaikat akan mengelilingi mereka dan rahmat akan menghampiri mereka dan akan turun kepada mereka ketenangan dan akan Allah sebut mereka dikalangan mereka di sisiNya' al hadits(muslim)
Moga bermanafaat.Jumpa lagi InsyaAllah

Friday, August 5, 2011

ibu,ummi,mama....


Ibu
kadang kala kesedihan itu menyapa di sudut hati yang begitu dalam
ku mengerti betapa payahnya untuk diungkap kesedihan itu
dalam remang senja dikau bangun dari pembaringan
untuk menunaikan satu kewajiban..
walaupun begitu sukar untuk ditunaikan
namun ianya tetap dikau kerjakan

Dulu kau sering mengalunkan dendangan
Dendangan itu sering menyambut kami pulang
Dendangan yang sungguh syahdu
Aku cukup terharu
Menenangkan jiwa yang resah gelisah
Membuatkan kami pasrah
Menjernihkan hati yang karat dengan dosa
Syifa' bagi segala penyakit manusia

Kini tiada lagi kedengaran
Dikau sepi dipembaringan
(buat ibu yang dikasihi, moga cepat sembuh)

Selamat menjalani ibadah puasa.Mudah mudahan kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa.
Perbanyakkan syukur,zikir,berdoa dan bertaubat kerana kitaaa... orang yang tahu berTERIMA KASIH

Sunday, July 10, 2011

Ohh itu bukan....


Sambil menunggu penerbangan Jeddah-Singapura tidak sampai sejam lagi,,kelihatan 3 orang kanak kanak bermain.Abangnya mengejar adiknya yang mungkin hanya berusia 3 tahun.kedengaran adiknya menjerit jerit apabila dipegang si abang..tiba tiba seorang kanak kanak perempuan(mungkin kakak kepada 3 kanak kanak ini) menampar pipi se adik dengan kuat..alamak kesiannya'kata saya kepada suami di sebelah..ohhh itu bukan yang Rasulullah ajar..kata saya..si kakak ni 'belajar' dari siapa agaknya.?sambil mata saya mengekori si kakak yang akhirnya terpaksa mendukung adiknya yang tak berhenti menangis hingga ke hujung sana..
Di Sudut bertentangan, beberapa perempuan yang berjubah hitam telah bertukar wajah sebaik saja sampai ke lapangan terbang. ohhh itu bukan yang Rasulullah ajar.kata saya didalam hati.Rasul telah mengangkat darjat wanita tetapi wanita sendiri yang melemparkan dirinya ke lembah hina.
Sampai ke tanah air berita tergempar di muka depan surat khabar mengenai pembunuhan kejam seorang remaja cukup menyentuh perasaan..manusia apakah ini? sekali lagi hati saya mngungkap..ohhh itu bukan yang Rasulullah ajar.Betapa bejatnya umat apabila meninggalkan apa yang telah dibekalkan oleh Rasul tercinta!
Kepala semakin ligat memikirkan diri,keluarga dan umat setelah menyaksikan/mendengar pelbagai peristiwa yang menggambarkan umat kian jauh dari petunjuk Illahi.

Saturday, May 21, 2011

Orang cerdik vs orang bodoh


'Tuan tuan dan puan puan sekelian,assalamualaikum warahmatullahiwabarokahtuh..hari ini kita menyambung kuliah tentang orang yang cerdik dan orang yang bodoh'Kata seorang ustadz pada salah satu kuliah paginya..Orang yang cerdik ni adalah orang yang berusaha untuk mmbuat bekalan untuk hari esok(akhirat).manakala orang yang bodoh pula merebut apa yang ada di dunia ini untuk dinikmati tanpa memikirkan hari esok(akhirat)...Umpamakan kehidupan di dunia ini seperti orang yang hendak menyeberangi jalan.Dia hendak menuju dan menetap di seberang sana.Cerdik ke kalau orang yang berkenaan membina mahligai di seberang sini dan sebentar lagi dia akan menyeberangi jalan menuju ke seberang sana,apabila kita sudah sampai ke seberang sana,kita tidak dapat lagi ke seberang sini?Di seberang sana yang menunggu tiada batas waktu tertentu,terserah kepada Allah SWT.Sedangkan di seberang sini kita, mahu tak mahu pasti akan meninggalkannya.Begitu ustadz meningatkan kami semua perlunya menjadi orang yang cerdik..

'amalan anak adam akan terputus setelah meninggal dunia kecuali 3 perkara..amal jariah,ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh/ah yang mendoakannya'

'Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan membuat persiapan untuk menghadapinya'

Aaah kami dah biasa dengar perkara ni..begitu terlintas di fikiran.Namun insan itu sifatnya pelupa..fazzakir,innafa'aatiz zikro..

Thursday, April 21, 2011

Bushroo


'Hello kak a,ini j' suara dalam telepon kedengaran agak serak.Dalam mamai mamai saya mencapai HP di sisi melihat namanya tertera di skrin..Cikgu sihat?saya cukup gembira dengan panggilan telepon darinya..sihat sihat,saya balik awal hari ni kak,kakak ada kawan tak boleh tolong saya taip beberapa kertas kerja saya?katanya..emms nanti kak fikir fikirkan ya..ooo anak akak boleh tolong. Dia sedang bercuti,cikgu nak cepat ke?tanya saya penuh minat..tidaklah juga..katanya.Ok nanti kita jumpa ya InsyaAllah..saya mengakhiri perbualan.
Saya terus ber sms dengan anak yang menjadi driver ayahnya.Saya menberitahu berita gembira untuk dia persetujui.Antara perkara yang mengembiraka saya ialah saya berpeluang dapat mengenalinya lebih dekat,berpeluang mengenali keluarganya dan yang lebih penting dari itu saya ingin dia mengetahui bahawa Islam itu indah,Islam bukan hanya untuk sesuatu etnik atau bangsa,bukan juga itu dan ini ,secara mudahnya Islam itu adalah untuk semua..

'sampaikan dariku walaupun satu ayat'

'Serulah(manusia)kepada jalan Tuhanmu penuh hikmah,dan pengajaran yang baik,dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik..' Al Nahl:125

Moga Allah permudahkan..


Monday, April 4, 2011

Warna merah, biru atau hijau?


Ehh tudung merah hari ini..saya menegur anak buah apabila pada malam dia datang ke rumah wajahnya berseri dengan tudung merahnya..emms makcik suka warna merah.Apabila Nabi SAW memakai pakaian merah,beliau kelihatan sangat tampan..kata saya sambil mengalu alukan kedatangannya..'makcik,saya pernah bermimpi nampak Nabi berpakaian warna merah tetapi tidak nampak wajah beliau tapi hati saya merasakan itu adalah nabi,Allahu'alam betul ke tidak'katanya tertawa riang..'Makcik ni kalau pilih kain ada warna merah memang nampak cantik je..'kata saya menceriakan suasana
Namun begitu warna putih adalah warna yang paling disukai Nabi SAW.Dalam sabda beliau..
Dari Ibnu Abbas r.a berkata.Rasullullah SAW bersabda'hendaklah kalian memakai pakaian putih semasa hidup kalian.Dan kafanilah yang mati antara kalian dengannya.Sebaik baik pakaian kamu adalah kain putih'..
Pada suatu ketika,Nabi pernah berkata kepada para sahabat tentang keistimewaan sekelompok manusia di syurga nanti, Allah anugerahkan kepada mereka singgahsana daripada cahaya.Ianya bukan golongan nabi nabi dan bukan juga dari golongan syuhada'.Lantas sahabat bertanya siapakah mereka?Nabi bersabda bahawa mereka ini adalah manusia yang beriman dengan apa yang dibawa oleh Nabi,mencintai Nabi walaupun tidak pernah bertemu dengan Nabi SAW..
JOM kIta rebut peluang ini..OOHH rindunya kepadamu Ya Rasulullah

Tuesday, March 29, 2011

Aku nak G(pergi) sekolah


‘Salam umi,angah habis periksa minggu depan,rabu paper last I.a’begitu sms yang tertera di hp saya beberapa hari sebelum angah menghabiskan semester akhir asasi yang dijalaninya.Saya dan suami telah berbincang apa yang hendak kami cadangkan kepada angah supaya cutinya yang begitu panjang(6 bulan) dimanafaatkan untuk perkara perkara yang berfaedah.’Umi dan abah cadangkan angah ke tempat tahfiz ok tak?Tanya abahnya.saya Cuma melihat reaksi angah..ala bah,angah tak..begitu berat dia nak mengatakan ketidaksetujuannya..’ok cakaplah mengapa’tanya saya..’angah macam tak minat lah,maaf abah,maaf umi,angah nak g SEKOLAH HIDUP’katanya sambil merenung pinggan yang telah ‘dikosongkannya’. Kami terpaksa akur dan berpuas hati dengan apa yang angah nak buat.Puas juga dia mencari kerja sementara di kedai kedai berhampiran dengan rumah kami,tetapi jawapannya menghampakan.Pernah saya bertanya kepada pengusaha kedai makan ,sehingga saya kata tak payah bayar, dia nak belajar buat roti canai

Akhirnya angah pergi ke kedai buku yang terletak di pusat membeli belah beberapa km dari rumah kami..’Salam umi,angah mungkin dapat kerja sementara sempena book fair semasa konvo,doakan angah ‘begitu sms dari angah.angah dah tak sabar lagi memberitahu tentang ‘kejayaannya’ mendapatkan pekerjaan.

‘Umi ,penatnya kaki angah,sepanjang masa berdiri.dapat rehat kejab masa solat dan makan’katanya..’oklah tu,macam tu lah,susahkan nak cari duit?saya tersenyum bila dia mengadu dihari pertama dia bertugas.rezeki angah agaknya ,dia ditempatkan di ruang pameran untuk menjaga booth yang hanya menjual hasil buahtangan Dato’ Lat..Alhamdulillah kat situ taklah sibuk sangat,selesa juga ada air con..katanya kepada saya.Setiap pagi saya berpesan agar angah menjaga diri.maruah dan akhlaqnya.Biarpun di mana kita berada,perkara asas tidak boleh diabaikan,apatah lagi meninggalkannya terus..Banyak perkara angah kongsikan dengan saya tentang ‘sekolah hidup’ yang dia lalui.Angah Menceritakan tentang keberanian manusia meninggalkan solat,tentang kawan barunya yang menjaga solat dhuha walaupun hanya sekolah ‘biasa2’ saja.Isu palestin yang sempat angah kongsikan bersama rakan setugas dan banyak lagi..ringkas abahnya mengulas,.biar angah belajar dari pengalaman ,dengan belajar dari pengalaman kita akan menjadi insan yang tahu dan mahu menghargai apa yang kita lalui atau miliki

Monday, March 21, 2011

Masih ada yang


Kesempatan yang ada semasa cuti sekolah kami gunakan sepenuhnya.Kami bermusafir dan singgah sebentar menghantar emak ke rumah anak perempuannya.Melihat tiga bungkus meehoon dan sepapan telur ayam menjadi kehairanan saya diatas meja makan kakak ipar.Nak jemput orang makan ke?hati kecil saya berkata kata..kak,banyaknya mee,ada orang nak datang ke?tanya saya kepada kakak ipar.'ehh tak lah,kan akak hantar kedai untuk dijual'katanya.kak jual macam mana,emms sebungkus yang dah masak berapa ringgit?kalau 3 bungkus meehoon mentah ni kakak dapat bungkus berapa banyak ek?tanya saya berminat .Dapatlah 50bungkus,sebungkus harganya 60sen..kata kakak..Laa masih ada yang harga sebegitu..60sen..dah tak dapat di tempat kami..suami tiba tiba menyampuk perbualan kami..

Saya cuba mewajibkan diri untuk mendengar berita setiap malam walaupun kekadang tidak dapat berbuat demikian.Selalu berita utama memaparkan pelbagai peristiwa penting berlaku.tidak ketinggalan kes penangkapan pencetakrompak,kes kes pelacuran yang mengambil masa bukan sedikit dan pelbagai jenayah yang cukup mengerikan berlaku disekeliling kita..terasa tidak selamatnya kita kalau tidak betul betul berhati hati.Masih ada yang sanggup melakukan kerja2 sebegini terutamanya maruah yang cukup tercemar dewasa ini.Masih ada yang sanggup disita hartanya kerana kerja kerja yang melanggar undang2 ini.Itu belum dikira balasan di akhirat sana.
Kita juga dikejutkan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun yang menelan jiwa puluhan ribu orang.Kerugian yang tidak terhitung jumlahnya.Bahaya bahan radioaktif hasil dari letupan loji nuklear.Seolah olah semalam berlaku peristiwa pegebomanNagasaki dan Hiroshima..Kini apakah akibat yang akan dihadapi oleh penduduk bumi khususnya di Jepun?
Itu ditambah lagi kita melihat peristiwa dan perkembangan terkini di Yaman,Mesir,Libya dan lain lain negara Arab.

Masih adakah yang
sanggup menyanggah kuasa Allah yang boleh melakukan apa yang dikehendakiNya?.Masih adakah yang sanggup bergelumang dengan dosa?Masih adakah yang tidak peduli dengan solat fardunya?Masih adakah yang tidak kisah dengan halal haramnya sesuatu perkara atau sumber pendapatan.?Tidakkah cukup menyedarkan kita betapa peristiwa demi peristiwa yang berlaku yang sepatutnya membuatkan kita kembali kepada fitrah kita.,Kita kembali kepada Pencipta kita?
"Apabila terjadi peristiwa besar(hari qiamat).Terjadinya tidak dapat didustakan(disangkal)Kejadian itu merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (satu golongan yang lain).Apabila bumi digoncangkan sedahsyat dahsyatnya.dan gunung gunung dihancurluluhkan sehancur hancurnya.Maka jadilah ia debu yang berterbangan.Dan kamu menjadi 3 golongan.Iaitu golongan kanan,alangkah mulianya golongan kanan itu.dan golongan kiri.,alangkah sengsaranya golongan kiri itu.."Al Waqi'ah:1-9

Tuesday, February 22, 2011

Aku telah beruban..



‘Mama dah ada uban,tengok ni..sehelai ma!’kata anak saya yang kecil seolah olah terperanjat..’laa oklah tu,bermakna mama dah semakin tua’kata saya tergelak melihat raut wajahnya.Dalam hati saya berkata ..sesungguhnya kematianku semakin hampir..tapi tidak sampai hati untuk diluahkan kepada anakku ..betul, dia memahami hakikat kematian dan kehidupan.tapi kiranya secara terus terang saya mengatakan begitu kepadanya,sudah tentu mengundang kesedihan yang sukar digambarkan..
Sempat merehatkan diri sebentar setelah bangun di awal pagi.Merenung keluar tingkap yang cukup mendamaikan.Burung kecil berkicau riang menghisab madu bunga bunga jambu yang pokoknya sengaja saya tanam betul betul bersetentangan dengan tingkap.Angin menerobos masuk menyejukkan suasana.Berhampiran pokok jambu yang sedang berbunga lebat itu kelihatan sebatang pokok (tidak tahu nama pokok apa) sedang berbunga unggu.cantik!seolah olah bersepakat memberi suatu lukisan yang cukup menakjubkan!.Ditambah pula berlatarbelakangkan awan sejemput seputih salju…
Walaupun badan terasa penat setelah kain dijemuran,pokok pokok telah disirami,ikan telah diberi makan dan kerja rumah lain telah dibereskan,tetapi lukisan alam telah menyegarkan minda saya..Alhamdulillah syukur kepadaMu Tuhan kerana betapa ayat ayat tentang kekuasaan dan hebatnya penciptaanMu terbentang dengan jelas didepan mata..Syukur kepadaMu Tuhan kerana aku dilahirkan dalam Islam.Syukur kepadaMu Tuhan kerana Engkau kurniakan kepadaku keluarga yang bahagia.Syukur kepadaMu Tuhan kerana mengurniakan kesihatan kepadaku.Syukur…syukur syukur kepadaMu Tuhan ,terlalu banyak ni’mat yang Engkau kurniakan kepada hambaMu yang kerdil ini…Tidak terhitung oleh hambaMU ini ya Allah.Tidak terhitung….

Sunday, February 13, 2011

Selamat...



'Selamat tahun baru cina cikgu,semoga lekas sembuh,ceria selalu,ini kak A' saya menghantar sms ucapan gong xi fa cai kepada seorang kenalan non muslim yang cukup saya rindui..pelik bukan sebab saya tidak pernah bertemu dengannya walaupun sudah beberapa kali pertemuan cuba diatur.Kami cuma berhubung melalui sms dan kadang kala saya menelepon sahaja.Sebentar sahaja saya dapat balasan smsnya 'TQ,dan salam sayang di angin lalu buat seorang insan yang ...,Tq'Aduhai terharunya hati,saya berdoa agar Allah membuka pintu hatinya mengenali Islam dan menyakininya.Dalam perbualan dengannya dia sangat menghormati agama Islam dan dia kata orang Islam sangat baik..Fikir fikirkan ya bagaimana cara untuk kita berkongsi keindahan islam bersama insan yang tidak dilahirkan dalam islam..Tidak semua non muslim memandang negatif kepada islam dan orang islam.Kalau adapun mungkin kita juga salah satu penyumbang kepada pandangan negatif mereka..

Wednesday, February 2, 2011

Walaupun sedikit....

Gambar hiasan

Seorang ibu telah menceritakan rasa hatinya kepada saya..’saya minta anak saya pergi ke suatu tempat tetapi dia kata nak balik kg neneknya,ternyata dia pergi ke tempat lain,..bayangkan perasaan saya,saya kesal dan rasa sedih dengan sikap anak saya.Dia boleh berbohong kepada saya,di mana silap saya?..begitu kecenderungan seorang ibu menyalahkan diri sendiri apabila anaknya tidak bersikap jujur kepadanya.Walhal anaknya telah dididik dengan sedemikian rupa dalam menghayati islam tetapi sanggup berbuat demikian..Kita boleh bayangkan bagaimana dengan anak anak yang tidak mendapat sentuhan rohani..Cukup berat menghadapi kerenah anak2..sambungnya lagi.Permulaan berbohong menandakan hatinya kurang sensitif dengan tanda tanda sifat munafik yang ada pada dirinya.Saya amat tersentuh dengan sebuah hadith yang membicarakan tentang permulaan yang sedikit tetapi apabila tidak dibendung ianya menjadi seperti barah yang cukup parah untuk dirawat..

‘Apa yang banyaknya memabukkan,maka sedikitnya adalah haram’(diriwayatkan oleh Abu Daud)

Daripada lafaz yang zahir menunjukkan hanya arak yang dimaksudkan oleh hadith ini.Tetapi ianya merupakan kaedah syara’ yang umum merangkumi semua larangan dan perkara yang diharamkan,merangkumi arak dan riba’,mencuri dan merampas,mencela dan memaki,mengumpat dan memfitnah,berbohong dan nifaq..khususnya jenayah akhlaq.
Apakah mudarat seteguk arak? -barangkali sekali sekala dalam majlis keramaian atau majlis tertentu saja?
Apakah mudarat sedikit pendustaan?- yang dilakukan dari masa ke semasa samada secara terang atau tersembunyi?Apakah mudarat sekilas pandang,atau sekali senyuman atau perbualan ringkas sekadar beberapa patah perkataan?atau hanya chit chat di internet bukannya berjumpa?atau sedikit sentuhan?..atau atau..Apakah semua ini memudaratkan?????

Kita boleh melihat kesannya kepada masyarakat.Ianya tidak mengira bangsa,kedudukan dan pangkat, juga tidak mengira sempadan geografi..Parah dan tenat apabila yang sedikit tidak dibendung..
Ya Allah ampunilah kami,berilah kami kekuatan..sebagaimana seekor burung kecil berusaha memadamkan api yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim A.S

Monday, January 24, 2011

Tidak akan rugi orang...



Saya berkesempatan menghadiri kuliah isya’ di surau berhampiran dengan kediaman saya baru baru ini..Ustaz berkenaan mengisi qalbu hadirin dengan satu ayat dari surah Al furqan ayat 62...


‘Dan DIA(pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur’


Fenomena ini menunjukkan penggantian kehidupan di dunia.Malam merupakan pengkhususan bagi mengingati Allah SWT,manakala siang pula pengkhususan untuk membuktikan kesyukuran seorang hamba kepada Rabbnya.Begitu insan yang hidupnya berpaksikan kebenaran sebagaimana seperti rahib di malam hari dan seperti singa di siang hari.Ustaz meneruskan ceramahnya dengan mengingatkan hadirin bahawa 2 perkara sentiasa menghambat manusia iaitu berupa hambatan rezeki dan juga hambatan maut.Sesungguhnya rezeki lebih banyak menghambat kita daripada kematian.Beliau menambah lagi rezeki ini terbahagi pula kepada 3 iaitu tidak kecewa,rugi dan papa.Tidak kecewa ialah tidak akan kecewa orang yang bermesyuarat dalam membuat keputusan.Tidak akan rugi orang yang beristikharah dalam membuat pilihan.Tidak akan papa orang yang berjimat cermat.Begitu indah ustaz ini kaitkan cara seorang muslim itu menjalani kehidupan.
Pernah Hercules dalam suratnya kepada Rasulullah, bertanya:Engkau mengajak aku ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi(rujuk A’li Imran:133),maka di manakah neraka terletak?lalu bersabdalah Rasulullah SAW..”Maha Suci Allah,di manakah malam jika siang tiba?”
Haa..Apa kata kalau kita melihat waktu fajar menyingsing dan waktu matahari terbenam setiap hari?,yang pasti kita tidak akan dapati lukisan alam itu serupa(dengan izin Allah jua).. ,sudah tentu lidah kita secara spontan mengucapkan syukur kepada Dia yang Maha Pencipta..
Jomm...

Sunday, January 9, 2011

Cinta Kekasih



Perkataan ‘cinta’ suatu perkataan yang sangat mengambil tempat dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi..Ianya telah merentasi kaum,agama malah sempadan geografi..Masakan tidak ianya merupakan salah satu perasaan yang Allah bekalkan dalam jiwa manusia..Sering kita mendapat kad jemputan perkahwinan(walimatul urus) misalnya, pasangan nabi yang mulia Nabi Muhammad SAW dan Khadijah r.a,Nabi Adam AS dengan Hawa menjadi salah satu pengungkap kata dalam kad berkenaan.Ayat yang sering dan paling popular pula ialah(emms...nostalgia 22 tahun dahulu)

‘Dan diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antaramu kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir’ Ar Ruum:21

Tidak ketinggalan novel novel mengambil tajuk ‘cinta’ menjadi seperti goreng pisang panas.Kita boleh menyaksikan sendiri apabila di atur dalam almari atau kabinet buku di rumah kita(terutama ada anak anak remaja yang suka membaca novel).Novel sebegini mengambil ruang yang begitu banyak di dalam almari/kabinet buku kita..atau mungkin juga melihat dan meninjau suasana di pasaraya,di taman taman rekreasi atau di pantai yang lautnya membiru,ada sahaja pasangan yang sedang ‘asyik’ tanpa menghiraukan keadaan sekeliling..Kadang kala cinta itulah diterjemahkan dalam penemuan bayi di merata rata tempat.Fuhh cinta yang cukup menggerunkan!

Apakah sebenarnya cinta itu?..bagaimana kita meletakkan cinta itu dalam kehidupan?Cinta buta?cinta sejati?Cinta terlarang?atau..atau..
Terlalu banyak sumber yang boleh kita perolehi.Dalam era langit terbuka dan kesedaran beragama berlaku secara meluas ketika ini, bukanlah menjadi alasan untuk kita tidak mengenal ‘cinta’.Tetapi awas jangan sampai cinta menjerat kita dalam kemurkaan Allah SWT

Buat renungan kita bersama…
Semasa saat Nabi Ibrahim hendak kembali menemui Penciptanya,terdapat dialog yang begitu menarik untuk direnungi dengan akal yang tajam,fikiran yang hening…Pada satu ketika malaikat maut telah datang menemui Nabi Ibrahim AS untuk mengkhabarkan tentang saat kewafatan kekasih Allah ini..Nabi Ibrahim menjawab '.takkan kekasih sanggup mengambil nyawa kekasih'.lantas malaikat maut mengadap Allah SWT menceritakan apa yang diperkatakan oleh Nabi Ibrahim(sesungguhnya Allah Maha Mengetahui).Allah berfirman...'sepatutnya kekasih akan suka bertemu kekasihnya.(tidakkah itu sesuatu yang dinanti)'..Apabila Malaikat maut menyampaikan apa yang telah Allah titahkan, maka Nabi Ibrahim dengan redha menemui Kekasihnya.