Monday, March 19, 2012

Tarikan Cinta -Isabella



Kalau kita meninjau di rak rak kedai buku terutamanya bahagian novel,begitu banyak novel yang bertemakan cinta memenuhi ruang.Tajuk tajuk yang cukup menarik membuatkan ramai yang menjadi peminat setia novel sedemikian..

Pernah bertanya kepada golongan ini,mengapa suka membaca novel cinta?
'huh makcik,novel ini islamik tauu..ada ayat al qur'an lagi tuu' begitu antara respon mereka.

Tidak dinafikan memang ada sedikit kebaikan novel berkenaan tapi banyak juga kesan buruknya.Mereka dihidangkan dengan cinta indah yang begitu ideal seolah olah tidak berpijak di alam real.Mereka dikhayalkan dengan cinta yang mengasyikkan,seolah olah dunia mereka yang punya..Kadang kala pengaruh novel ini membentuk cara berfikir dan bertindak.

Pernah pada suatu ketika dahulu, lagu Isabella selalu berkemundang di corong radio.Masakan tidak ianya didendangkan oleh amy search seorang penyanyi rock pada ketika itu.Lagu ini mengisahkan lambang keagungan cinta.Kalau anda bertanya generasi yang lahir tahun 1990 an pun,ada dikalangan mereka mengetahui lagu ini.Ia menjadi satu fenomena ketika itu

Begitu juga kisah ratu Isabella,salah seorang yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol.Kalau kita menyelusuri sejarah jatuh bangunnya tamaddun dunia khususnya tamaddun islam maka kita akan terjumpa kisah ratu ini..


Saya baru saja menghabiskan siri siri pembacaan saya yang pelbagai dengan novel Isabella.Sebuah novel yang mengisahkan seorang gadis anak ketua paderi di Cordova yang akhirnya memeluk agama Islam setelah membuat perbandingan agama anutannya dengan Islam.Cinta agung yang dipamerkan oleh Isabella sehingga sanggup meninggalkan kemewahan dan kesenangan hidup demi kebenaran..

Sebelum ini(sudah beberapa lama dulu) saya pernah membaca dalam internet tetapi rupa rupanya tatapan buku memberi satu kepuasan yang berbeza kepada saya.

Isabella-sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan islam dan kristian.Tulisan Maulana Muhammad Saeed Dehlvi terjemahanDato'Abdullah Hussain,Sasterawan Negara(cetakan pertama 2011) .
Bagus kalau dihadiahkan kepada rakan rakan kita samada muslim-agar dia rasa 'izzah dengan islam.Kiranya dihadiahkan kepada rakan non muslim moga di situ ada sinar hidayah yang menerjah ke dalam qalbunya..

Selamat membaca...