Monday, June 4, 2012

Satu kemuliaan



'Adik,berdoalah kepada Allah sepertimana Nabi SAW berdoa ketika hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah' kata suami kepada anak kami sambil membacakan doa tersebut.

'bila musafir,berdoalah kerana orang musafir mustajab doanya,apatah lagi adik pergi belajar' kata saya kepada adik

Begitu kami mengingatkan adik yang akan menjadi 'budak u' semasa menghantarnya untuk mendaftar diri di salah sebuah IPTA

'merantau menuntut ilmu satu kemuliaan' begitu sempat saya menconteng di fb..

'Adik teringin untuk belajar di Turki,tentu indah negera itu mama'kata adik penuh harapan selepas keputusan SPMnya diumumkan.Malah bukan kali itu dia berkata demikian,sejak sekian lama..

Selain kucing kesayangannya,buku buku adalah teman setia adik.Antara buku yang sering di telaahnya adalah buku mengenai Sultan Muhammad Al Fateh,Khilafah Othmaniah Turki dan cerita mamanya mengenai Turki.Kehebatan empayar Turki dan kehebatan kepimpinan Sultan Muhammad Al fateh sudah begitu dimaklumi..

'maaf dik,mama dan abah tak mampu untuk hantar ke sana di atas beberapa sebab tertentu'begitu kami memujuk.

'Adik suka sejarah' dia berkongsi 'kegemaran'nya.

'mamapun sama,kita belajar dari sejarah dan kemudian kita ambil iktibar dari apa yang telah berlaku'tambah saya yg sangat menyokong 'kegemaran'nya.

'Abang tak boleh tahan nak beli buku,lihat ni'kata suami kepada saya selepas makan tengahari seusai pendaftaran adik..buku yang dibeli suami ialah buku cinta dirumah Hasan Al Bana dan Biografi Agung Rasulullah SAW.

'Ini untuk kita dan cucu cucu kita nanti'kata suami di depan anak anaknya...

Moga dengan itu anak anak memahami dan menghayati hidup ini ada tujuan dan matlamat yang agung juga!

Rabba hablana min azwa jina wazzuriatina qurrata a'yun,wajj a'lna lil muntaqina imama..