Thursday, February 25, 2010

SAMAWI atau BUMI



Semalam sempat membuat pertemuan dengan beberapa orang individu yang hebat hebat belaka.Antara tujuan pertemuan ialah untuk kenal mengenali,saling bertukar tukar pandangan disamping mencari titik persamaan dalam melayari kehidupan.Alhamdulillah cukup mengkagumkan saya.Saya berhadapan dengan anak anak muda yang cukup bersemangat dalam mencari dan melayari erti kehidupan sebenar.Memang saya tabik spring dengan mereka ini.Mereka tidak lokek berkongsi pengalaman bagaimana mereka telah berjaya sehingga ke tahap sekarang.Jelas mereka merupakan insan yang senang berbicara.Kemesraan terpancar pada wajah masing masing.Fuhh memang mengujakan!!

Sebelum membuat pertemuan dengan mereka,berlegar legar difikiran saya: apa yang sepatutnya yang bakal dikongsi bersama.?Terlintas kepada tujuan pertemuan ,tergambar diruang mata satu ayat dari banyak ayat ayat Al Qur’an yang cukup menjadi pembuka bicara dan meghayati, bisa kita tersentak dari mimpi yang mengasyikkan!

‘Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal’ Al Hujurat:13

Apakah tujuan Allah mencipta kita?Asal dari seorang laki laki dan seorang perempuan?Bukan sekadar itu sahaja tetapi terdiri pula dari pelbagai bangsa,suku kaum dan sudah tentu pelbagai bahasa pula…Apakah garis panduan atau sistem nilai yang Allah ingatkan kepada kita?Adakah sesuatu bangsa lebih baik dari bangsa yang lain seperti golongan yahudi mendakwa mereka bangsa yang dimuliakan?Wang ringgit?Harta kekayaan?Pangkat dan kedudukan(juga berkaitan dengan kelulusan akademik)?atau…atau

'Diriwayatkan oleh imam Ahmad dari Abu Dzar,bahawa Rasulullah SAW bersabda lebihkurang maksudnya:Lihatlah sesungguhnya engkau tidak lebih baik dari yang berkulit merah dan pula dari yang berkulit hitam melainkan jika engkau mengunggulinya dengan taqwa kepada Allah'

Sistem nilai yang mana perlu kita pilih?Nilai bumi atau nilai samawi?..Pilih nilai samawi ? Haah...Suatu kepastian, ia adalah sistem nilai yang haq yang tidak ada keraguan padanya. Allah telah memperakui orang yang paling mulia di kalangan manusia ialah orang yang paling bertaqwa diantara mereka.Ianya tidak mengira bangsa apatah lagi harta,keturunan pangkat dan sebagainya.Contoh bagaimana Ar Rasul telah melantik Usamah bin Zaid sebagai panglima perang padahal pada ketika ituUsamah baru berusia sekitar 20an.Usamah juga anak bekas seorang hamba berkulit hitam..Ya,Sungguh cantik dan indahnya Islam ini…

Monday, February 22, 2010

Fitnatuddunia




Semalam berkesempatan mendengar kuliah Isya' dari seorang ustaz di surau yang berhampiran tempat saya tinggal.Mendengar tajuk sahaja membuatkan saya cuba memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada kuliah beliau.Ustaz berkenaan telah memulakan kuliahnya;
‘Sesungguhnya 3 perkara Allah telah menganugerahkan yang terbaik kepada manusia iaitu 1.aman 2.kesihatan 3.berkecukupan.Bayangkan tuan puan bangun pagi kita bangun dalam keadaan aman.Tiada peperangan..tiada gempa bumi dan sebagainya.Aman kita dari perasaan takut,cemas dan tidak tenteram.Begitu juga kita bangun pagi badan kita sihat,tidak ada penyakit kronik.pergerakan kita tidak terbatas.Dalam pada itu kita ada apa yang hendak di makan,dipakai.Pendek kata kita berkecukupan dalam menjalani kehidupan seharian.Apa kata kesemua itu tidak ada.Kita berhadapan dengan peperangan,bencana alam.Wabak penyakit seperti taun,selsema burung dan penyakit penyakit yang lain.Badan tidak sihat.selera tidak ada walaupun kita dihidangkan dengan makanan kegemaran kita.Atau makanan tidak ada,air minuman tidak ada walaupun kita mempunyai duit.Tiada apa yang hendak dimakan,diminum dan sebagainya.Kelangsungan hidup akan terganggu.Kita sebenarnya sedang berhadapan dengan fitnah.
Sebaliknya kita merasa sangat aman,sangat sihat dan sangat berkecukupan,itu juga merupakan fitnah!.
Habis bagaimana?Rasulullah SAW berpesan agar kita menjalani kehidupan di dunia ini berada dalam lingkungan ‘pertengahan.’
Antara maksud fitnah ialah(ustaz masih menyambung bicara)
1.Ujian,cubaan,dugaan
2.Yang merosakkan hidup
3.Yang membebankan


“Adakah mereka sangka bahawasanya apa yang Kami berikan daripada harta dan anak anak itu sebagai bukti Kami segerakan untuk mereka segala kebaikan.Akan tetapi mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenar” Al mu’minun:55-56

Antara fitnah yang paling besar kepada manusia ialah harta diikuti dengan anak anak.Harta menduduki ranking pertama dan anak anak menduduki ranking ke 2.
Harta boleh jadi penyelamat atau boleh jadi perosak kepada manusia.Nabi berpesan supaya harta menjadi penyelamat antaranya ialah dengan amalan bersedeqah.Dengan bersedeqah Allah akan menutup 70 pintu kerosakan.Sungguh lumayan apa yang ditawarkan oleh Allah SWT.Begitu juga anak anak.Dalam proses mendidik mereka,kita bersabar,tabah dan bersungguh sungguh untuk memastikan mereka menjadi anak soleh/solehah.Allah akan membalasnya samada anak anak ini menjadi anak soleh atau disebabkan komitmen kita dalam pendidikan mereka.
Banyak ayat-ayat Al Qur’an menyentuh tentang fitnah.Antaranya Az Zariyat:14,Al Maidah:49,Thaha:40,At Taubah;49 dan banyak lagi.

Apakah panduan atau pedoman yang perlu kita ambil untuk menjalani kehidupan di dunia ini.Ar Rasul SAW bersabda yang bermaksud:’Dunia itu mencari dan yang dicari dan akhirat juga mencari dan yang dicari.Maka sesiapa yang mencari akhirat nescaya dunia mencarinya sehingga rezekinya mencukupi,sebaliknya sesiapa yang mencari dunia nescaya akhirat tetap mencarinya hingga datang kematian maka nyawanya diambil secara mengejut’
Apabila kita meletakkan akhirat matlamat kita , maka sebarang kerja buat kita menjurus kepada keredhaan Allah SWT semata…
Akhirnya ustaz menasihatkan agar hendaklah kita sentiasa merendah diri,tawadu’ nescaya Allah akan meninggikan kedudukan kita.Sambil berpesan beliau membaca doa ini…
‘Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengambil tindakan ke atas kami jika kami lupa melaksanakan perintahMu atau kami melakukan kesalahan’ Al Baqarah:286

Moga perkongsian ini bermanafaat untuk kita bersama..

Wednesday, February 17, 2010

Nasi lemak buah bidara....




Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya lurutkan
Tinggal emak tinggal saudara
Kerana kekasih saya turutkan…

Begitu pantun dulu-dulu menggambarkan kecintaan seseorang kepada kekasih hati.Saya teringat pantun ini kerana banyak sekali nostalgia datang menjelma .Lebih lebih lagi mendapat panggilan talipon daripada anak saya di Jogjakarta.’Hari ini adik makan nasi lemak,ok gak…tapi nasinya jelatah(mentah sedikit) dan sambalnya agak masam,alhamdulillah’kata angah anak saya yang seorang itu…Saya tergelak…memang dia pakar dalam bab ini.’maaf kepada siapa yang menyediakan nasi lemak pagi tadi…bukan tak appreciate,cuma nak cerita kat mama apa yang dilalui di sini’katanya.Saya sangat arif dengan si angah.Hatinya mulus kalau dia berkata(saya tidak memujinya kerana puji2an hanya kepada DIA).Saya suka mencuba masakan baru dan memang meminta dia beri feedback.Selalunya tidak mengecewakan..Saya cuba dan akan mencuba..alamak!maaflah mama,Cuma garamnya kurang,yang lain memang ...haah sambil menunjukkkan ibu jarinya ke atas..itu tahap yang terbaik sebab dia memang suka masin sedikit.Saya memang tidak melayan tahap kemasinannya.
Teringat pantun di atas,berpuluh tahun dahulu,sambil bergurau dengan seorang kawan, saya berpantun dengan pantun ini…tapi saya ubah 2 baris ayat terakhir(maksud pantun)..saya melilau kepada makna yang lain.Jiwa saya tidak seronok dengan maksud pantun berkenaan.Tapi akibat gurauan saya itu,saya dimuhasabah beberapa jam oleh seorang senior!fuhhh memang pahit.Hari itu hari terakhir saya berada di kampus induk.Saya akan berpindah ke kampus cawangan kerana kursus yang saya ambil…Apa jadi pada saya??Saya menangis sepanjang perjalanan balik kampung untuk cuti semester.Memang mata bengkak dan saya seolah olah tidak diberi peluang untuk membela diri..Tapi itu jugalah ubat kepada saya.Senior berkenaan memang baik hati!
Apakah kaitan nasi lemak dengan buah bidara?Saya memang tidak tahu mengapa yang mencipta pantun ini mengaitkan kedua duanya.Agaknya ianya sangat sinonim dengan masyarakat pada masa itu.
Adakah buah bidara cukup istimewa sehingga ia dijelmakan ke dalam pantun?
Bagi saya ianya cukup istimewa..kenapa?Pohon bidara disebut di dalam Al Qur’an.

‘Dan golongan kanan,alangkah bahagianya golongan kanan itu.Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri…Al Waaqiah:27-28
“Sulaim bin Aamir berkata bahawa sahabat sahabat Nabi SAW berkata; Sesungguhnya Allah memberi keuntungan bagi kami dengan pertanyaan orang orang Badwi yang datang dari dusun.Pada suatu hari seorang badwi datang dan bertanya: Ya Rasulullah,Allah menyebut bahawa di syurga ada pepohonan yang menyusahkan pada pemiliknya.Rasulullah SAW bertanya ‘pohon apakah itu?’Badwi itu menjawab ‘pohon bidara,sebab durinya banyak dan menggangu’Maka sabda Nabi SAW ‘Bukankah Allah berfirman…Fi sidrin makh dhud-dibawah naungan pohon bidara yang telah terkikis habis durinya,dan ditempat duri duri itu diganti dengan buah,sedang setiap buahnya mengandungi tujuh puluh dua warna dan tiap warna mengandung rasa yang lain’ (Dari Tafsir Ibnu Kathir)
Subhanallah…
Istimewanya golongan kanan.Dijanjikan oleh Allah dengan begitu banyak nikmat di syurga nanti...
Ya Allah,rahmatilah diri ini dan kami semua...

Saturday, February 6, 2010

Tak kenal maka tak cinta

Belalang yang selalu 'membaham' daun pudina saya


Tak kenal maka tak cinta.Begitu ungkapan keramat yang sering digunakan apabila merujuk kepada sesuatu isu yang berkaitan.Bukan sahaja berkenaan cinta antara berlainan jantina misalnya,tetapi kadang kala kerap digunakan dalam pelbagai perkara.
Contohnya saya tidak berminat dengan fotografi.Tetapi saya seronok melihat anak dan suami mengambil gambar dengan pelbagai gaya.Baru baru ini berkesempatan menghadiri bengkel fotografi.Oleh kerana daya pujuk suami saya yang begitu tinggi(hehehe), maka dia berjaya mengajak saya untuk menyertai bengkel tersebut.Selalunya gambar saya banyak digunakan oleh saya dalam menulis artikel.Nak tahu kenapa?gambar saya tentulah diambil oleh suami.Manakala gambarnya tidak banyak dimuatkan dalam artikel berkaitan sebab saya yang sangat’ professional’ mengambilnya.Tentu boleh bayangkan kecantikan gambar yang saya ambil.Akibatnya suami saya menjadi ‘mangsa’.Bengkel berkenaan walaupun agak singkat tetapi ianya cukup bermanafaat kepada saya.Saya dapat belajar banyak perkara.Iso,aperture,DOF dan sebagainya.Memang kita boleh dapati banyak maklumat berkenaan dengan fotografi di dalam laman web yang bersepah sepah itu.Tetapi ianya tidak sama apabila kita berguru(fulamak!).Suami berbisik kepada saya.’Yang,kalau seminggu menghadap internet(laman web mengenai fotografi) belum tentu kita dapat ilmu macam hari ini..sekadar beberapa jam aje’.Memang benar katanya..Saya akui dan berbaloi saya menghadirinya.Untuk membuktikan apa yang saya telah pelajari,waktu hampir senja saya cuba mengambil gambar beberapa bunga di kebun saya yang sekangkang semut itu..Saya tidak menggunakan flash.haah..inilah hasil buah tangan saya yang pertama(selepas bengkel). Gambar bunga glamour melon dan cili api/padi.

Dalam melayari kehidupan,kita sering bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.Jiran kita misalnya selain melayu,ada India,Cina,Iban dan sebagainya.Kita perlu mengenali siapa mereka,menjalin hubungan yang harmoni sesama jiran tetangga adalah dituntut
Dalam bab kenal mengenali ini,teringat saya ada pepatah mengatakan..kenallah diri mu nescaya kamu akan kenal Penciptamu.Memang sesuatu yang sepatutnya kita ambil berat.Kalau kita kenal tuhan kita,kita akan merasakan bahawa kita sangat perlu kepada Tuhan.Banyak ayat ayat al Qur’an mengajak kita merenung bukan sahaja kejadian alam semesta hatta pada diri kita sendiri.
‘Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang orang yang yakin.Dan (juga) pada dirimu sendiri.Maka apakah kamu tiada memperhatikan?’
AdZ Dzaariyaat:20-21
‘Bukan demikian,sebenarnya kami kuasa menyusun(kembali) jari jemarinya dengan sempurna’
Al Qiyamah:4
Ibu jari…Dalam dokumen pengenalan diri memang cap ibu jari diguna dan diperlukan.Cap ibu jari manusia tidak sama walaupun ianya kembar seiras.Begitu juga digambarkan oleh ayat yang lain mengenai kulit penghuni neraka.Apabila kulitnya hangus terbakar, maka Allah akan menggantikan dengan kulit yang baru…Kenapa kulit?Jomm kita cari jawapan dengan menyelongkar ilmu yang tak pernah habis untuk dipelajari!