‘Awak kerja di mana’tanya seorang makcik sebaik sahaja saya
melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
‘Saya kerja dirumah’kata saya ringkas sambil tersenyum
‘Eh tu awak guna laptop,tentu kerja kan’katanya lagi sambil
mengerling galaxy tab yang ada ditangan saya.
‘Ya saya berkerja dirumah sebagai suri rumahtangga’saya masih
tersenyum padanya.
‘Ya ke?’tanyanya macam tidak percaya
‘Awak ada anak’tanyanya lagi
‘Alhamdulillah makcik,saya ada anak 3 orang,tapi mereka tak
ikut,mereka semua dah besar.mereka belajar
lagi’kat saya
‘Emm makcik lagi ramai anak,9 orang’katanya
‘Alhamdulillah,makcik kaya daripada saya’kata saya ramah
‘Ialah kaya anak’kata makcik semakin mesra
‘Awak ada sakit teruk teruk tak?’semakin rancak dia bertanya
‘Alhamdulillah,saya sihat saja,tiada kencing manis,darah
tinggi dan penyakit seumpama dengannya’kata saya bila dia mula menceritakan
tahap kesihatannya
Saya sempat menemani suami yang mendapat hadiah saguhati di
stesen minyak berkenaan.Makcik yang berbual dengan saya itu adalah ibu kepada
tuan punya stesen minyak itu.
Kami diraikan dengan hidangan soto dan kuih
muih.Bersebelahan dengan kami duduk (meja pelanggan yang mendapat hadiah),ada
beberapa meja yang dihidangkan agak istimewa.
Kami merasakan tempat itu untuk rakan rakan tuanpunya stesen
minyak (taukeh stesen minyak lain)
‘ooo bagus mereka ini,walaupun masing masing ada stesen
minyak,tapi mereka bersatu ‘hati saya terdetik begitu
Majlis dibuka dengan doa Selamat.Tidak ketinggalan juga
acara memotong kek sempena ulangtahun stesen minyak itu beroperasi.
Apa yang sempat saya lihat hidangan untuk pelanggan dan
hidangan untuk taukeh taukeh stesen minyak itu berbeza.Bagi saya ianya tidak
menjadi hal.Namun rakan saya yang seorang lagi berkata
‘Saya tak kisah tempat
berbeza,tapi hidangan juga berbeza.sepatutnya biarlah juadah itu sama jer’kata
rakan saya
‘Mengapa manusia suka membezakan ‘fikir saya kembali setelah
beredar bersama suami
‘Begitu menebal budaya seperti ini’fikir saya lagi
Saya mengimbas kembali bagaimana persepsi makcik itu apabila
saya memegang galaxy tab untuk ‘search ‘ berita terkini.seolah olah perkara ini
hanyalah untuk orang yang berkerjaya sahaja yang memerlukannya.Begitu juga
perbezaan hidangan yang begitu ketara di meja makan tadi.
‘Ooo antara dua darjat’saya menoktahkan kesimpulan secara spontan!
Terkenang saya kepada seorang pemimpin negeri yang makan
bersama orang ramai dengan sebungkus nasi campur dan sebotol air mineral
500ml.Hebat bukan???