Sunday, January 9, 2011

Cinta Kekasih



Perkataan ‘cinta’ suatu perkataan yang sangat mengambil tempat dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi..Ianya telah merentasi kaum,agama malah sempadan geografi..Masakan tidak ianya merupakan salah satu perasaan yang Allah bekalkan dalam jiwa manusia..Sering kita mendapat kad jemputan perkahwinan(walimatul urus) misalnya, pasangan nabi yang mulia Nabi Muhammad SAW dan Khadijah r.a,Nabi Adam AS dengan Hawa menjadi salah satu pengungkap kata dalam kad berkenaan.Ayat yang sering dan paling popular pula ialah(emms...nostalgia 22 tahun dahulu)

‘Dan diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antaramu kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir’ Ar Ruum:21

Tidak ketinggalan novel novel mengambil tajuk ‘cinta’ menjadi seperti goreng pisang panas.Kita boleh menyaksikan sendiri apabila di atur dalam almari atau kabinet buku di rumah kita(terutama ada anak anak remaja yang suka membaca novel).Novel sebegini mengambil ruang yang begitu banyak di dalam almari/kabinet buku kita..atau mungkin juga melihat dan meninjau suasana di pasaraya,di taman taman rekreasi atau di pantai yang lautnya membiru,ada sahaja pasangan yang sedang ‘asyik’ tanpa menghiraukan keadaan sekeliling..Kadang kala cinta itulah diterjemahkan dalam penemuan bayi di merata rata tempat.Fuhh cinta yang cukup menggerunkan!

Apakah sebenarnya cinta itu?..bagaimana kita meletakkan cinta itu dalam kehidupan?Cinta buta?cinta sejati?Cinta terlarang?atau..atau..
Terlalu banyak sumber yang boleh kita perolehi.Dalam era langit terbuka dan kesedaran beragama berlaku secara meluas ketika ini, bukanlah menjadi alasan untuk kita tidak mengenal ‘cinta’.Tetapi awas jangan sampai cinta menjerat kita dalam kemurkaan Allah SWT

Buat renungan kita bersama…
Semasa saat Nabi Ibrahim hendak kembali menemui Penciptanya,terdapat dialog yang begitu menarik untuk direnungi dengan akal yang tajam,fikiran yang hening…Pada satu ketika malaikat maut telah datang menemui Nabi Ibrahim AS untuk mengkhabarkan tentang saat kewafatan kekasih Allah ini..Nabi Ibrahim menjawab '.takkan kekasih sanggup mengambil nyawa kekasih'.lantas malaikat maut mengadap Allah SWT menceritakan apa yang diperkatakan oleh Nabi Ibrahim(sesungguhnya Allah Maha Mengetahui).Allah berfirman...'sepatutnya kekasih akan suka bertemu kekasihnya.(tidakkah itu sesuatu yang dinanti)'..Apabila Malaikat maut menyampaikan apa yang telah Allah titahkan, maka Nabi Ibrahim dengan redha menemui Kekasihnya.

No comments:

Post a Comment