Saya berkesempatan menghadiri kuliah isya’ di surau berhampiran dengan kediaman saya baru baru ini..Ustaz berkenaan mengisi qalbu hadirin dengan satu ayat dari surah Al furqan ayat 62...
‘Dan DIA(pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur’
Fenomena ini menunjukkan penggantian kehidupan di dunia.Malam merupakan pengkhususan bagi mengingati Allah SWT,manakala siang pula pengkhususan untuk membuktikan kesyukuran seorang hamba kepada Rabbnya.Begitu insan yang hidupnya berpaksikan kebenaran sebagaimana seperti rahib di malam hari dan seperti singa di siang hari.Ustaz meneruskan ceramahnya dengan mengingatkan hadirin bahawa 2 perkara sentiasa menghambat manusia iaitu berupa hambatan rezeki dan juga hambatan maut.Sesungguhnya rezeki lebih banyak menghambat kita daripada kematian.Beliau menambah lagi rezeki ini terbahagi pula kepada 3 iaitu tidak kecewa,rugi dan papa.Tidak kecewa ialah tidak akan kecewa orang yang bermesyuarat dalam membuat keputusan.Tidak akan rugi orang yang beristikharah dalam membuat pilihan.Tidak akan papa orang yang berjimat cermat.Begitu indah ustaz ini kaitkan cara seorang muslim itu menjalani kehidupan.
Pernah Hercules dalam suratnya kepada Rasulullah, bertanya:Engkau mengajak aku ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi(rujuk A’li Imran:133),maka di manakah neraka terletak?lalu bersabdalah Rasulullah SAW..”Maha Suci Allah,di manakah malam jika siang tiba?”
Haa..Apa kata kalau kita melihat waktu fajar menyingsing dan waktu matahari terbenam setiap hari?,yang pasti kita tidak akan dapati lukisan alam itu serupa(dengan izin Allah jua).. ,sudah tentu lidah kita secara spontan mengucapkan syukur kepada Dia yang Maha Pencipta..
Jomm...
No comments:
Post a Comment