CATATAN 1
Setelah menziarahi orang tua di kampung, kami meneruskan lagi perjalanan ke negeri berikutnya..Hujan sepanjang perjalanan mewarnai mood kami ketika itu.Suami nampaknya cukup berhati hati memandu memandangkan jarang sangat kami melalui lebuhraya berkenaan.
"Kita target check in pukul 3 petang,nampaknya pukul 6 belum tentu sampai"..saya bersuara memecah kesunyian..
"Ok jer kita releks nak kejar ke mana"...kata suami.
Sampai di R&R Gambang,kami singgah untuk makan tengahari..Kami dapat menjamu selera dengan rendang daging rusa dan masak kari ayam kampung..alhamdulillah sedap!
"Agak agaknya apa rasa nira kelapa?nanti kalau jumpa kita beli ya"..kata saya kepada suami..di Kelantan, nira kelapa dikenali sebagai tuak.Saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz menceritakan bagaimana perasaan beliau bila dihidangkan dengan 'tuak' berkenaan bila berkunjung ke rumah sahabatnya di Kelantan...fuhh!!!
"Adik tengok peta,manalah pulak Felda Residence nih?"suami minta adik search hotel berkenaan..
Ooo hampir sejam mencari, rupa rupanya peta yang dipamerkan memang tidak tepat sebagaimana lokasi sebenar...Walhal KT bukanlah bandar asing bagi kami..Di KT jugalah saya berpusing pusing memandu beberapa jam semata mata mencari kedai makan yang sesuai.Suatu kelainan di KT, antara bangunan bangunan besar terselit warong yang 'comel' menyajikan pelbagai juadah pantai timur...
CATATAN 2
Dua hari terperap di hotel agak menjemukan.Untuk keluar meninjau suasana kehidupan warga KT atau ke Taman Tamaddun Islam misalnya tidak kesampaian.Angin yang bertiup kencang dan hujan yang berterusan menyukarkan sesi tinjau meninjau..Apa lagi...keyboard komputer tua jadi mangsa keadaan!!
"Jom kita check out,abang dah habis nih"...suami talipon sebaik sahaja bengkelnya tamat.
Kami sempat singgah di pasar Payang yang terkenal dengan keluaran batik juga hasil lautnya yang pelbagai.Ianya hanya sekadar pelengkap kunjungan kami.
Kami meneruskan perjalanan menuju negeri berikutnya.
"Kita ikut jalan Tasik Kenyir dan InsyaAllah sampai ke Gua Musang pukul 7.30malam ok tak?"tanya suami meminta pendapat.
"Okeh!InsyaAllah kita boleh melihat panorama yang menarik di Tasik Kenyir...eh eh kelah banyak tak?" spontan saya bersuara.
Alamak! ini akibat lama sangat batang pancing di'pencen'kan...huhu
CATATAN 3
"Cuba call Sri Intan,masih ada kekosongan lagi tak malam ini?"Suami bersuara sambil memandu tanpa henti menuju ke destinasi berikutnya.
"Masih ada satu kekosongan untuk malam ini,tapi puan ianya ditingkat paling atas" suara penyambut tetamu kedengaran sayup di gagang talipon.
"Ok encik InsyaAllah kami sampai ke sana sebelum pukul 10 malam,terima kasih" kata saya kepadanya.
Alhamdulillah sampai ke Gua Musang pukul 7.20malam.Kami kena sampai ke puncak gunung sebelum pukul 10 malam.
"Selepas membaca al mathurat,perbanyakkan zikir" suami mengingatkan kami...
Pendakian kami malam itu ditemani awan mendung dan sekali sekala hujan rintik rintik.Berhampiran dengan Lojing kereta kami yang mula mendaki bukit tiba tiba kehilangan power..Saya masih tidak menyedari apa yang berlaku.
"Mengapa bang,tiba tiba berhenti tepi jalan ni,gelap gulita pulak tu?"saya masih dan masih tidak menyedari keadaan berlaku.
"Kan kereta kita mati enjin tiba tiba ni" Suami bersuara tenang walaupun ada nada kegusaran dihujung kata katanya.
"Ada lampu picit tak" tanyanya..
Alamak! saya buat hal lagi.Terlupa!Kebiasaannya saya akan memastikan kelengkapan musafir kami mencukupi sebelum kami meninggalkan rumah.
Suami cuba hidupkan enjin, masih dan masih tidak hidup..Kami berdoa sungguh sungguh dan serahkan kepada ketentuan Allah di dalam keadaan yang cukup gelap ketika itu..Berbekalkan cahaya daripada talipon bimbit, suami membuka bonet depan kereta dan melihat apa yang tidak kena,tetapi tiada apa yang pelik..
"Mungkin wiring kot"terlintas di hati kecil saya.
Saya cuba search nombor balai polis Lojing . Kami beristighfar dan terus berdoa,akhirnya enjin kereta dapat dihidupkan..Alhamdulillah.
Sebenarnya kereta kami tidak pernah meragam sebelum itu.Akhirnya kami sampai ke puncak gunung lebihkurang pukul 9.30 malam.Suhu menunjukkan 17oC.
Terlintas di kepala saya salah satu ayat al Qur'an yang mengungkapkan kisah mereka yang berada di lautan yang bergelora.Kapal mereka dilanda taufan yang dahsyat.Pada ketika itu mereka mengIKHLASkan pengabdian hanya kepada Allah SWT.Tetapi bila sampai ke daratan mereka kembali ingkar!
"Ya Allah,semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur"
No comments:
Post a Comment