Tuesday, October 16, 2012

Apa dah jadi niii

Fuhh lama betul tidak megetuk kekunci ini bagi menyelongkar rencah rencah kehidupan.Kadang kala cukup mengujakan,tapi pada ketika yang lain cukup menyakitkan.Bukankah itu sunnah alam yang pasti dilalui oleh makhluk yang bernama insan

Lantaran itu kita kena banyak bersabar,banyak melapangkan,banyak menghitung diri kerana setiap apa yang kita lakukan akan dihitung di sana nanti.Kita tidak terlepas dari catatan ketat oleh dua malaikat yang tak pernah alpa atau lupa dengan tugasnya


Hidup seperti pelayaran

Perit bila ummah memilih hidup yang penuh dengan keseronokan.Perit bila melihat anak gadis beriringan dengan ibu yang bertudung litup tetapi sigadis berpakaian seolah bertelanjang.Perit bila melihat kegilaan muda mudi berpeleseran di tempat tempat perkelahan.Perit dan perit bila Islam disampingkan dalam kehidupan

Pernah Ar Rasul bertanya kepada sahabat ra tentang satu zaman yang diliputi oleh kemewahan jika dibandingkan dengan zaman yang sedang dilalui oleh Ar rasul SAW dan sahabat sahabatnya.

Sahabat menjawab mereka ingin hidup di zaman itu kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah mencari rezeki.Mereka boleh berdakwah dan berjihad sepenuhnya.

Tetapi Ar Rasul telah berkata kepada sahabat sahabatnya bahawa pada zaman kemewahan itu,manusia lalai dari mengingati Allah SWT.Manusia berlumba lumba mengejar dunia.Rasulullah mengingatkan para sahabat bahawa zaman mereka adalah zaman terbaik.

Terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan ummah kepada landasan yang sebenar.
Nabi SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya

'Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat'

Nah!di penjuru manakah kita berada?


No comments:

Post a Comment