Sedihnya bila aku menjengah sendiri blogku.ia sepi.aku saja hendak berkarya di sini wpun tiada yg membacanya.
Menulis dan menulis terus utk memahirkan diri sendiri dan sedikit sebanyak boleh berkomuikasi dengan orang dil uar sana.
Manusia sering dihambat rindu..rindu kepada ibu bapa dikampung.Rindu kepada kekasih yang jauh di mata.rindu kenakalan zaman kanak kanak.rindu kepada masakan ibu yang telah pergi. . .
Rindu utk menziarahi Rasul tercinta.
Kemuncak kerinduan ialah rindu bertemu Allah SWT dan dapat menatap wajahNYa yang Maha Agong
Moga rindu kita membuahkan kedamaian . . .
Sunday, September 15, 2013
Wednesday, April 3, 2013
Chantekkkk...
'Assalamualaikum haji,apa khabar?' tanya jiran kami semasa suami balik dari kerja
'Waalaikumussalam,mutu(bukan nama sebenar),Alhamdulillah sihat.you ok ari ini?tak kerja ke?suami menyambut mesra sapaannya
'ala haji,ada hal sikitlah,hari ini saya cuti..,saya nak minta tolong haji doa kpd tuhan'kata mutu penuh harap
'Mengapa mutu,apa yang saya boleh tolong' suami mengajaknya masuk ke dalam rumah
'gini saya nak minta tolong haji doa kepada tuhan untuk anak saya,anak saya macam tak betul lah'
'ok ..insyaAllah,nanti malam lepas isya' datang rumah,bawa anak dan isteri sekali ya' kata suami
Suami mengambil peluang menerangkan kepada mereka beberapa pekara asas tentang islam terutamanya bab ketuhanan.
Dalam sesi rawatan tersebut,suami membaca beberapa ayat suci al Qur'an .
Setiap ayat yang dibaca,ianya akan diterjemahkan dalam bahasa melayu dgn sedikit penerangan
Mereka memberi tumpuan setiap kali suami menerangkan tentang ayat ayat berkenaan.
Yang lebih menarik mereka akan bertanya dan bertanya apa apa yang mereka keliru atau yang tidak memuaskan hati mereka
Di akhir rawatan kami menghadiahkan senaskah alQur'an terjemahan dan 2 buah buku mengenai Islam
'Moga Allah memberi petunjuk'getus hati kecil saya
Jiran saya ini banyak juga tahu tentang Islam.Dia sangat respect kepada orang Islam terutama jika orang Islam berkenaan berulang alik ke masjid
"Haji,orang islam yang selalu pergi masjid baik haa,tak tipu orang,tak jahat,tak rasuah sebab dia takut tuhan'
Itu antara gambaran yang dia nampak tentang Islam dan orang Islam.
Bagaimana kita? masih belum nampak Islam itu cantek?
Cukup tenat ummat ini !
.
Saturday, February 16, 2013
AKU DIULIT RINDU
AKU DIULIT RINDU
Aku diulit rindu..
Rindu pada wajahmu..
Walaupun tidak secantik bidadari dunya
Rindu pada suaramu
Walaupun tidak semerdu buluh perindu
Aku diulit rindu
Ketika kaki menjejak anak tangga
Engkau dah tersenyum menyambut
Penuh ramah dan mesra
Terasa diri ini dimanja
Aku diulit rindu
Pada masakan kampungnya
Pada air teh tariknya
Pada ubi rebusnya
Pada manisnya cinta!
Rindu yang panjang
Aku terus merindu
Merindu dan terus merindu
Aku masih terasa
Engkau ada di sisi
Mesramu tak pernah pudar
Walapun aku jauh diperantauan
Bonda..
Moga semadimu penuh damai
Sedamai air ditasik
Sedamai jiwa yang merindu Pencipta
Berbahagia di antara taman taman syurga
Bonda..
Aku berusaha menjadi anak yang solehah
Moga terus mengalir pahala kepada bonda
Bekas tanganmu mengasuhku
Sehingga aku mengenal Tuhan
Mengenal apa itu erti kehambaan..!
Subscribe to:
Posts (Atom)