Wednesday, April 3, 2013
Chantekkkk...
'Assalamualaikum haji,apa khabar?' tanya jiran kami semasa suami balik dari kerja
'Waalaikumussalam,mutu(bukan nama sebenar),Alhamdulillah sihat.you ok ari ini?tak kerja ke?suami menyambut mesra sapaannya
'ala haji,ada hal sikitlah,hari ini saya cuti..,saya nak minta tolong haji doa kpd tuhan'kata mutu penuh harap
'Mengapa mutu,apa yang saya boleh tolong' suami mengajaknya masuk ke dalam rumah
'gini saya nak minta tolong haji doa kepada tuhan untuk anak saya,anak saya macam tak betul lah'
'ok ..insyaAllah,nanti malam lepas isya' datang rumah,bawa anak dan isteri sekali ya' kata suami
Suami mengambil peluang menerangkan kepada mereka beberapa pekara asas tentang islam terutamanya bab ketuhanan.
Dalam sesi rawatan tersebut,suami membaca beberapa ayat suci al Qur'an .
Setiap ayat yang dibaca,ianya akan diterjemahkan dalam bahasa melayu dgn sedikit penerangan
Mereka memberi tumpuan setiap kali suami menerangkan tentang ayat ayat berkenaan.
Yang lebih menarik mereka akan bertanya dan bertanya apa apa yang mereka keliru atau yang tidak memuaskan hati mereka
Di akhir rawatan kami menghadiahkan senaskah alQur'an terjemahan dan 2 buah buku mengenai Islam
'Moga Allah memberi petunjuk'getus hati kecil saya
Jiran saya ini banyak juga tahu tentang Islam.Dia sangat respect kepada orang Islam terutama jika orang Islam berkenaan berulang alik ke masjid
"Haji,orang islam yang selalu pergi masjid baik haa,tak tipu orang,tak jahat,tak rasuah sebab dia takut tuhan'
Itu antara gambaran yang dia nampak tentang Islam dan orang Islam.
Bagaimana kita? masih belum nampak Islam itu cantek?
Cukup tenat ummat ini !
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga jiran itu mendapat hidayah! Teruskan berdakwah Kak AMA & Hj Roslan.
ReplyDelete