Kita nak ziarah ustaz bila?tanya saya kepada suami..saya sangat maklum dia yang sibuk dengan kerja kerjanya menyebabkan saya suka kalau dia yang tentukan hari..esok kita gi insyaAllah.Esok waktu pejabat pendek dan tiada mesyuarat...katanya sebelum kembali semula ke pejabat tengahari itu.
Selepas waktu pejabat saya menjemputnya dan kami terus bertolak untuk menziarahi ustaz yang disyaki kena denggi.Dalam masa yang singkat itu juga kami hendak menziarahi sahabat yang seorang lagi di hospital yang berlainan..Insya Allah sempat..kata suami
Setelah menziarah ustaz lebih kurang 30minit kamipun balik dengan menaiki lif diblok hospital berkenaan.Bersama kami dalam lif 2 orang lelaki iaitu seorang remaja dan seorang dewasa..Apabila sampai ke G,pintu lif tidak terbuka..kami ingat memang lambat pintu lif dibuka maklum 'bahawa dihospital pintu lif lambat buka dan lambat tutup', kata kawan saya yang bertugas dihospital berkenaan.Rupa rupanya bukan itu yang berlaku.Pintu lif terus tidak terbuka.Remaja yang bersama kami kelihatan agak panik..Dia tidak bertangguh menalipon pengawal keselamatan hospital mengatakan kami terperangkap.Cemas sungguh dia sambil menendang pintu lif.Kami bertanya kenapa sampai begitu sekali.Dia menceritakan bukan kali pertama dia terperangkap dalam lif berkenaan malah pernah terperangkap lebih 30 minit!Fuhh cukup mengerikan..suami bersama seorang lagi cuba membukanya tapi tidak berjaya..Lif itu pulak naik ke atas dan kemudian turun balik ke level G.Suami cuba menalipon pihak bomba tetapi terputus ..Kami mula terasa panas.Remaja berkenaan mula kelihatan lemah.Sambil terduduk sempat lagi dia bertanya saya..makcik ok tak ni?saya tersenyum sambil menjawab insya Allah ok..Terdetik di hati,dalam dia berkeadaan seperti itu masih sempat bertanya keadaan saya..salah satu ciri yang sangat baik bagi seorang remaja(kita juga)..Lebih 15minit kami terperangkap akhirnya pengawal dan beberapa orang berjaya membuka pintu lif berkenaan…Alhamdulillah segarnya udara diluar sana…Ya Allah apakah dosa yang aku lakukan pada hari ini?Atau inikah bunga bunga peringatan sebelum kita berpindah alam?Bagaimana kalau sudah 7 kaki di bawah sana dengan bertemankan lapisan demi lapisan kain putih?Kepada siapa untuk kita minta pertolongan?Ya Allah…
masyaAllah, satu tazkirah daripada Allah untuk kita yg sering alpa dengan nikmatnya pesona dunia..kadang2, Allah beri peringatan daripada perkara yang tidak disangka2, kan? bersykurlah dengan nikmat hidup yg Dia kurniakan sebelum nikmat itu ditarik selama-lamanya..(peringatan utk diri sendiri dan semua :D) ~terkesan
ReplyDeleteemms betul.Menghargai apabila ianya telah luput.termakasih
ReplyDeleteTiada siapa yang tidak pernah ditolong dan mungkin tiada siapa yang tidak pernah menolong. Ya benar Kak AMA. Bagaimana perasaan kita apabila berada 7 kaki di bawah sana? Terdengar pula tapak-tapak kaki beransur pergi meninggalkan kita... Kemudian datang pula malaikat untuk bersoal jawab... Kemudian dihimpit pula dengan tebing-tebing tanah sehingga berselisih tulang selangka... Mungkin gelap atau cerah dalam sana... Tok Wae
ReplyDeleteterimakasih tok wae...teringat bagaimana hebatnya saad b muadz semasa syahid bergegar arasy.Dia juga dihimpit oleh tanah tanah disekililingnya tetapi dengan penuh 'kasihsayang'
ReplyDelete