Monday, March 21, 2011
Masih ada yang
Kesempatan yang ada semasa cuti sekolah kami gunakan sepenuhnya.Kami bermusafir dan singgah sebentar menghantar emak ke rumah anak perempuannya.Melihat tiga bungkus meehoon dan sepapan telur ayam menjadi kehairanan saya diatas meja makan kakak ipar.Nak jemput orang makan ke?hati kecil saya berkata kata..kak,banyaknya mee,ada orang nak datang ke?tanya saya kepada kakak ipar.'ehh tak lah,kan akak hantar kedai untuk dijual'katanya.kak jual macam mana,emms sebungkus yang dah masak berapa ringgit?kalau 3 bungkus meehoon mentah ni kakak dapat bungkus berapa banyak ek?tanya saya berminat .Dapatlah 50bungkus,sebungkus harganya 60sen..kata kakak..Laa masih ada yang harga sebegitu..60sen..dah tak dapat di tempat kami..suami tiba tiba menyampuk perbualan kami..
Saya cuba mewajibkan diri untuk mendengar berita setiap malam walaupun kekadang tidak dapat berbuat demikian.Selalu berita utama memaparkan pelbagai peristiwa penting berlaku.tidak ketinggalan kes penangkapan pencetakrompak,kes kes pelacuran yang mengambil masa bukan sedikit dan pelbagai jenayah yang cukup mengerikan berlaku disekeliling kita..terasa tidak selamatnya kita kalau tidak betul betul berhati hati.Masih ada yang sanggup melakukan kerja2 sebegini terutamanya maruah yang cukup tercemar dewasa ini.Masih ada yang sanggup disita hartanya kerana kerja kerja yang melanggar undang2 ini.Itu belum dikira balasan di akhirat sana.
Kita juga dikejutkan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun yang menelan jiwa puluhan ribu orang.Kerugian yang tidak terhitung jumlahnya.Bahaya bahan radioaktif hasil dari letupan loji nuklear.Seolah olah semalam berlaku peristiwa pegebomanNagasaki dan Hiroshima..Kini apakah akibat yang akan dihadapi oleh penduduk bumi khususnya di Jepun?
Itu ditambah lagi kita melihat peristiwa dan perkembangan terkini di Yaman,Mesir,Libya dan lain lain negara Arab.
Masih adakah yang sanggup menyanggah kuasa Allah yang boleh melakukan apa yang dikehendakiNya?.Masih adakah yang sanggup bergelumang dengan dosa?Masih adakah yang tidak peduli dengan solat fardunya?Masih adakah yang tidak kisah dengan halal haramnya sesuatu perkara atau sumber pendapatan.?Tidakkah cukup menyedarkan kita betapa peristiwa demi peristiwa yang berlaku yang sepatutnya membuatkan kita kembali kepada fitrah kita.,Kita kembali kepada Pencipta kita?
"Apabila terjadi peristiwa besar(hari qiamat).Terjadinya tidak dapat didustakan(disangkal)Kejadian itu merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (satu golongan yang lain).Apabila bumi digoncangkan sedahsyat dahsyatnya.dan gunung gunung dihancurluluhkan sehancur hancurnya.Maka jadilah ia debu yang berterbangan.Dan kamu menjadi 3 golongan.Iaitu golongan kanan,alangkah mulianya golongan kanan itu.dan golongan kiri.,alangkah sengsaranya golongan kiri itu.."Al Waqi'ah:1-9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment