Tuesday, February 22, 2011

Aku telah beruban..



‘Mama dah ada uban,tengok ni..sehelai ma!’kata anak saya yang kecil seolah olah terperanjat..’laa oklah tu,bermakna mama dah semakin tua’kata saya tergelak melihat raut wajahnya.Dalam hati saya berkata ..sesungguhnya kematianku semakin hampir..tapi tidak sampai hati untuk diluahkan kepada anakku ..betul, dia memahami hakikat kematian dan kehidupan.tapi kiranya secara terus terang saya mengatakan begitu kepadanya,sudah tentu mengundang kesedihan yang sukar digambarkan..
Sempat merehatkan diri sebentar setelah bangun di awal pagi.Merenung keluar tingkap yang cukup mendamaikan.Burung kecil berkicau riang menghisab madu bunga bunga jambu yang pokoknya sengaja saya tanam betul betul bersetentangan dengan tingkap.Angin menerobos masuk menyejukkan suasana.Berhampiran pokok jambu yang sedang berbunga lebat itu kelihatan sebatang pokok (tidak tahu nama pokok apa) sedang berbunga unggu.cantik!seolah olah bersepakat memberi suatu lukisan yang cukup menakjubkan!.Ditambah pula berlatarbelakangkan awan sejemput seputih salju…
Walaupun badan terasa penat setelah kain dijemuran,pokok pokok telah disirami,ikan telah diberi makan dan kerja rumah lain telah dibereskan,tetapi lukisan alam telah menyegarkan minda saya..Alhamdulillah syukur kepadaMu Tuhan kerana betapa ayat ayat tentang kekuasaan dan hebatnya penciptaanMu terbentang dengan jelas didepan mata..Syukur kepadaMu Tuhan kerana aku dilahirkan dalam Islam.Syukur kepadaMu Tuhan kerana Engkau kurniakan kepadaku keluarga yang bahagia.Syukur kepadaMu Tuhan kerana mengurniakan kesihatan kepadaku.Syukur…syukur syukur kepadaMu Tuhan ,terlalu banyak ni’mat yang Engkau kurniakan kepada hambaMu yang kerdil ini…Tidak terhitung oleh hambaMU ini ya Allah.Tidak terhitung….

No comments:

Post a Comment