Aa’uzubillahiminassyaitonirrajiim
……Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah rendahnya kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,maka bagi mereka pahala yang tiada putus putusnya….At Tin:4-6
Ayat ini cukup mengetuk hati saya.Betapa ianya mampu menyedarkan kita tentang hakikat kejadian manusia.Hakikat yang tidak boleh disangkal oleh akal yang sihat,hati yang bersih dan jiwa yang luhur.’Dikhususkannya manusia dalam ayat ini dan beberapa tempat di dalam Al Qur’an,bahawa ia paling baik susunannya,strukturnya dan paling baik kejadiannya…Nyata sekali keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada manusia,bila kita selidiki susunan jasmaninya yang begitu halus dan teliti,lengkap dan sempurna,mahupun pada susunan akal fikirannya yang khas manusiawi serta komposisi rohaninya yang unik.Manusia menjadi serendah rendah makhluk bila manusia menyimpang dari fitrahnya.Menyeleweng dari iman yang murni yangmenyertai fitrah itu.Kehinaan itu sampai jatuh ke tempat yang paling rendah yang belum pernah ditempati oleh makhluk yang manapun.Jelas nyata,manusia menjadi serendah rendah(sehina hina) makhluk bukan kerana jasmaninya.’(Fi zilal)
Begitu di antara yang dapat saya kongsikan dengan ‘guru’ saya di Raudatus Sakinah(RS)Saya mengajak mereka berfikir bersama mengenai diri ,mengenai keperluan jasmani dan rohani.Mengenai kehidupan yang sepatutnya menepati fitrah.
Sering kita digula gulakan dengan pemakanan kesihatan.Sudah tentu ianya lebih merujuk kepada kesihatan fizkal semata.Ianya diiklankan tidak mengira tempat samada di batang batang pokok(kesian pokok),pada papan tanda jalan apatah lagi dalam media massa.

‘Anak anak di sini mengerjakan solat 5 waktu,qiamulail,puasa sunat isnin khamis,zikir,istighfar,membaca al Qur’an dan sebagainya…rasa2nya untuk 13 bulan sahaja?Tanya saya kepada mereka(merujuk tempoh mereka berada di RS) ..tidak makcik,kita kena buat walaupun di mana kita berada…jawab mereka.Bagaimana dengan tudung?nanti tak best lah pulak..boleh tunjukkan rambut yang cantik tuuu..merah,kuning hijau..haah baru ok kan’…umpan saya.Tidak makcik…kata mereka serentak.Ya saya bukan hendak memandang rendah kepada mereka tetapi hendak memastikan mereka tidak perlu menongkah fitrah.Sebenarnya hidup menongkah fitrah hidup yang penuh dengan kesengsaraan.Saya memberi semangat dan dorongan semoga kekal dalam hidup menepati fitrah.Janji janji Allah sering ditaburkan buat memotivasi diri sendiri dan mereka.Mereka juga merupakan harapan saya untuk menjadi agen perubahan diluar sana.Menjadi salah satu ‘sumber rezeki’ untuk saya memberatkan timbangan amal di hari muka.Ya Allah mudah mudahan Engkau menerima amal kami,hambaMU yang kerdil ini...