Sunday, January 10, 2010

Ku mengira bintang bintang




Tahun 2010 bermakna 3 tahun saya sudah menetap di bumi Johor.Tinggal berhampiran dengan UTM yang dijarakkan cuma sekitar 5-7 min dengan berkereta.Walaupun dekat tapi keadaan kampus UTM agak asing bagi saya.Semalam berkesempatan untuk menyertai aktiviti nightwalk bersama anak anak lepasan SPM.Wowww sesuatu yang baru dan sangat menyeronokkan.Terkial kial mencari arah untuk ke ‘sarang’ PALAPES.Alhamdulillah saya ditemani 2 orang ‘bodyguard’ yang bijak dan ‘tagap2’ belaka…Terima kasih…
Tentunya tempat terasing agak mencurigakan.Berpandukan maklumat yang dibekalkan,sampai juga akhirnya…Malam agak cerah.Di dada langit dihiasi dengan bintang bintang berkerlipan…sungguh damai..syukur kepadaMU Tuhan…sudah lama tidak dapat menikmati permandangan ini.Hati terasa syahdu.Jiwa rasa tersentuh.Memang benar ketenangan mudah diraih bila menikmati alam ciptaan Tuhan.

‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang orang yang berakal..iaitu orang orang mengingati Allah sambil berdiri,atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata)”wahai Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia sia,Maha Suci Engkau ,maka peliharalah kami dari siksa neraka” ‘
Ali Imran:190-191

Saya rasa beruntung kerana diberi peluang ini.Di samping saya ditemani oleh bintang bintang di langit, saya juga ditemani bintang bintang di bumi.Sebanyak 45 bintang di bumi yang diprogramkan semalam.Kita mengharapkan kerlipannya menjadi pandu arah kepada kehidupan manusia suatu masa nanti..
Saya sempat berbual dengan seorang isteri pengendali yang setia menemani.Mendengar celoteh pengendali tentang kehidupan seorang askar,kehidupan seharian dan pelbagai untuk menghilangkan kebosanan(agaknya).Menanti seorang demi seorang peserta dilepaskan ke dalam hutan pada malam itu memang mengambil masa…sudah tentu saya tidak melepaskan peluang berbual dengan anak anak ini.Tapi sayang ,saya tidak dapat bersama mereka menyusuri nun jauh ke dalam hutan yang penuh dengan ‘jerangkap samar’ tuu!
Kesunyian malam dilepaskan seorang diri agak mendebarkan(betul ke?).Terfikir yang bukan bukan suatu perkara biasa.Namun seorang muslim tentunya kebergantungan hanya kepada DIA.Konsep tawakkal sebenar benarnya sangat dirasai.Zikir menerangi hati,istighfar menyuluh diri…Lantas kita menghitung diri..Keinsafan menguasai…

No comments:

Post a Comment