Friday, January 15, 2010

Prefect


Keluar pukul 6.30 pagi dan balik semula ke rumah lebihkurang pukul 5 petang cukup meletihkan Atin.22km jarak dari rumah ke sekolah memang cukup mencuri masanya.Tetapi itulah pilihan terbaik agaknya.Selepas solat asar dia terus ke meja makan untuk makan malam(makan petang kira makan malam).Topik perbualan kami sekitar pembelajaran di sekolah.Apa yang berlaku disekolah di kongsi bersama…’Ops adik lupa nak cerita dengan mama lah, last week adik temuduga pengawas’…sambil menyuap nasi berlaukkan sambal udang galah…’Apa yang ustazah tanya’ tanya saya penuh minat..’ustazah tanya adik,kalau jadi pengawas apa yang adik boleh sumbangkan kepada sekolah?adik kata tak tahu,tak terfikir pulak sebab adik tidak berminat’…katanya sambil menghabiskan udang galah dipinggannya..’kenapa ? Saja nak tahu apa alasannya..’adik suka cakap terus terang,mengapa mama pandang adik macam tu?adik merenung saya dengan wajah suspen. ‘Bagus, adik bercakap jujur kepada ustazah walaupun mama suka kalau adik terima jawatan itu…kata saya.’Terima kasih ma,adik tak sangka ma cakap macam tu kat adik’

Jujur,berterus terang ,menghargai pandangan dan cuba menerima keputusan dibuat merupakan sesuatu yang dituntut.Memang kalau ikutkan hati saya lebih cenderung memaksa anak saya menerima tawaran itu.Tapi saya akur dengan keputusannya.Sebelum keputusan muktamad dibuat, saya memberi beberapa kebaikan kalau dia memegang jawatan tersebut kiranya terpilih.

Perbezaan pendapat dan pandangan sering berlaku dan memang berlaku sepanjang masa.Apatah lagi jarak umur dan pengalaman lebih mempengaruhi keadaan.Ibu bapa berpendapat begitu dan begini.Anak pula lain pula caranya.Tapi ia tidak menghalang untuk mendapat kata sepakat dalam sesuatu perkara jika kena caranya…
Menyelusuri seerah Ar Rasul cukup terubat jiwa,cukup mengajar kita berlapang dada dan cukup mengajar kita kebijaksanaan menangani masalah dalam kehidupan.
Pada suatu ketika apabila Ar Rasul ditanya apakah amalan yang paling baik,Ar Rasul menjawab berbuat baik kepada ibu bapa.Pada ketika yang lain,lain pula jawapan baginda.Kenapa?Rasulullah SAW melihat siapa penanya berkenaan.Baginda juga berpesan sampaikan kepada manusia dengan bahasa dan cara yang boleh mereka fahami.Ianya nampak mudah tapi kadang kala cukup mencabar kepada kita…

No comments:

Post a Comment