Wednesday, January 27, 2010

Cantiknya....




Allah pernah mempertemukan saya dengan seorang gadis yang sangat cantik di Masjidil Haram beberapa tahun lepas.Sempat bertanya asal usul gadis berkenaan.Berasal dari bekas jajahan Russia( Balkan).Dia menjadi tetamu Allah bersama ayah dan ibunya.Spontan hati berdoa dalam menyatakan kesyukuran kepada Allah bahawa’Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana aku tidak secantik gadis ini.Tetapi Engkau kurniakan aku wajah yang cukup sempurna’….Kalaulah saya seorang perempuan sangat ‘terpikat’ dengan kejelitaan si gadis itu,bagaimanalah pandangan lelaki agaknya?Pernah terfikir betul ke dia ini manusia???
Semalam saya berbual panjang dengan kawan kawan.Saya sengaja menyelitkan topik ini dalam perbualan tersebut.Petangnya sempat bersembang secara terbuka dengan anak teruna saya berkenaan pilihan hati...Entah mengapa ringan sahaja mulut saya bersembang dengannya.Sebelum itu saya cuma berkias sahaja apabila membincangkan bab bab ‘sensitif’ seperti ini(Ya ke sensitif???)
‘Mama tak kisah siapa yang anak mama pilih,tetapi syarat utamanya sebagaimana telah Rasulullah SAW ajar kepada kita..1.kecantikan 2.harta 3.keturunan 4.agama.Kalau lah perkara ke 4 menjadi pilihan kita,Rasul menyambung bicara…nescaya kamu akan merasa puas(seperti puasnya anak anak bermain dengan tanah-tangan berlumuran dengan tanah!)
Apa kata kalau ke semua perkara tersebut ada(lelaki atau perempuan)?Itulah yang dikatakan BONUS namanya!
Diceritakan kepada saya,dalam satu program, sekumpulan pelajar telah diminta memilih ketua dan penolong ketua.Ketua biasanya tentu pelajar lelaki dan penolong sudah pasti pelajar perempuan.Calon pelajar lelaki 3 orang manakala calon pelajar perempuan 2 orang.Entah kenapa ditakdirkan calon pelajar lelaki yang paling kurang berpengalaman yang menjadi ketua.Begitu juga pelajar perempuan yang menjadi penolong ketua.Alamak!!macam mana nak buat ni…begitu ungkapan ketua baru dilantik.Katanya lagi..'Secara peribadi saya suka kalau yang seorang lagi tu menang sebab dia dah biasa dengan kerja kerja sebegini…memudahkan kerja saya..Nak tahu kenapa?Haah…pelajar lelaki sepakat tidak mengangkat tangan supaya yang seorang itu tidak menang…ada kalangan mereka berkata..’kami tak nak awak dapat pembantu cantik macam dia,nanti awak ada affair,kami melepas!!!’
Saya tergelak dan menambah…’la kesitu pulak…pemilihan yang tidak ‘objektif’ lah tu…Maaf!
Selamba saya berkata …kalau awak berada di lautan Hindi sekalipun(aduhai lautan hindi lagi) dan secantik tu berada di puncak gunung Tahan tetapi Allah telah mentakdirkan jodoh awak dengan dia , tiada seorangpun yang boleh menghalang..(huraian salah satu hadith dari hadith 40 -sebagai rujukan)..Sebenarnya saya mencari ruang dan peluang untuk berkongsi dengan pelajar ini tentang sistem nilai,tentang takdir yang telah tertulis setelah 40hari(x3) dalam kandungan ibu…

Sungguh,..Cantik sesuatu yang subjektif.Ada orang berkata warna merahlah yang cukup cantik,seorang lagi berkata warna hijau muda,seorang lagi pula warna oren yang paling cunnn!dan..dan..Memang benar,.kecantikan itu bebas ditafsirkan mengikut kacamata seseorang.Namun dalam kita menilai,penilaian kita sepatut dan semestinya tidak terpesong dari nilai agama(nilai samawi)

No comments:

Post a Comment