Wednesday, January 6, 2010
Aku Taaaakut
‘Nak,tolong ambilkan tukul kat stor,mama nak tukulkan paku ni,boleh gantung gambar adik!’kata mama ...’tak nak ma, takut…takut hantuuu’kata si anak.
‘Haa jangan main kat pokok ara besar tu ada penunggu’begitu bualan sesetengah pihak dikampung itu.
‘eee takutlah gelapnya…ada hantuuu’
Ungkapan di atas sering kita dengar.Kadang kala digunakan untuk mendisiplinkan anak anak
agar tidak ‘merayap’ di malam hari.Atau untuk memberhentikan anak anak yang suka merengek.Apapun tujuannya,mungkin boleh kita fikir sejenak…BERBALOI KAH?
Keadaan ini selalu dialami oleh kebanyakan anak anak di usia hingusan.Namun ianya tidak terhenti di situ sahaja.Apatah lagi ledakan teknologi maklumat mewarnai kehidupan.Tidak sedikit kita dihidangkan dengan cerita cerita seram,tahyul,mistik dan sebagainya.Mungkin kita boleh mengira berapa % cerita yang ditayangkan dikaca televisyen yang memaparkan kisah kisah sedemikian rupa..Ianya ditonton oleh pelbagai lapisan usia.Hatta mungkin se isi keluarga menunggu nunggu cerita berkenaan.Ditambah parahkan lagi dengan carian di dalam internet..Kesannya????
Kita boleh ‘berguru’ dengan persekitaran.Kita boleh menatap akhbar tabloid dan harian.Kita boleh mendengar berita berita nasional dan antarabangsa…Dengar dan lihat apa yang dilaporkan…Kesannya umat manusia semakin parah.Sistem nilai yang digunakan ialah sistem nilai bumi .Jauh sekali untuk dinilai dengan sistem nilai samawi(langit)…
Berkesempatan menghadiri kuliah di surau.Ianya agak ringkas tetapi cukup menusuk hati kecil kita.Generasi dulu mempamirkan sistem nilai yang tiada tolok bandingnya…termenung merenung diri…cari kekuatan ..cuba terjemahkan…ohh
Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab rhu,terdapat seorang gabenor yang mentadbir satu wilayah di Yaman.Gabenor berkenaan bernama Said bin Amir.Said terkenal dengan sifat zuhudnya.Suatu ketika Khalifah Umar telah pergi ke wilayah berkenaan.Beliau bersama gabenornya menemui rakyat jelata.Khalifah Umar bertanya kepada rakyatnya tentang kedudukan gabenornya.Apa yang hendak diadukan?.Ada hak yang tidak ditunaikan?.Semua rakyat berpuas hati dengan Said bin Amir kecuali seorang lelaki.Lelaki berkenaan mengadu kepada khalifah 4 perkara mengenai Said.Dia berkata:1.Said masuk ke pejabatnya agak lewat.2.Said cuma dapat ditemui di siang hari.Tidak boleh ditemui pada waktu malam.3.Dalam sebulan, 2 hari Said tidak berkerja 4.Said selalu pengsan.
Khalifah memberi peluang kepada Said bin Amir untuk memjawab ke empat empat pengaduan yang dikemukakan.Said menjawab bagi pengaduan pertama…aku tidak mempunyai khadam.Sebelum ke pejabat aku akan menguli tepung dan membuat roti untuk keluargaku.Setelah siap barulah aku ke pejabat.Manakala soalan kedua pula aku telah memberi hak kepada rakyat pada siang hari manakala waktu malam ,aku peruntukkan untukku bermunajat kepada Allah SWT.Ke tiga aku tidak berkerja selama 2 hari dalam sebulan kerana aku ada hanya SEHELAI baju.Apabila aku membasuhnya,aku tidak boleh keluar menemui rakyat.Soalan berikutnya aku selalu pengsan kerana apabila aku teringat peristiwa seorang sahabat Rasulullah telah disiksa didepan mataku,aku tidak membelanya.Pada masa itu aku belum beriman.Aku melihat sahabat di siksa sedemikian rupa sehingga saat saat akhir penyiksaan,dia ditanya bagaimana kalau Muhammad(Ar Rasul) menggantikan tempatnya,dan kamu kami bebaskan..sahabat itu menjawab..’aku tidak rela Rasulullah menggantikan tempat ku hatta Rasulullah hanya tertusuk duri!’Said menyambung…aku TAKUT berhadapan dengan Allah di akhirat kelak bagaimana aku hendak menjawab(beri alasan) diatas tindakanku berdiam diri!
Allahu Akhbar!Begitu sistem nilai yang ditunjukkan oleh Said bin Amir…meletakkan diri sedemikian rupa.Meletakkan ‘TAKUT’ pada tempatnya.Zuhud terhadap dunia.Memberi hak kepada yang empunya…kita bagaimana???
“Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah.Wahai Tuhan kami!janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang orang yang terdahulu daripada kami.Wahai Tuhan kami!janganlahlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.Dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah penolong kami,oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kaum yang kafir”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment