Berbagai cara dan kaedah kita gunakan untuk mengurangkan kelelahan dan tekanan yang dihadapi.Ianya merupakan suatu keperluan yang pasti kepada setiap insan.Ada yang pergi membeli belah(window shopping ke?),menanam bunga dan sayur sayuran,mendengar muzik atau berkaraoke,berburu binatang dan tidak kurang juga menduga kepakaran memancing di lautan yang membiru(lautan hindi?) atau di sungai sungai pergunungan.Pendek kata tepuk dada tanya selera…pilih,.. pilih mana satu aktiviti yang paling memberi kepuasan kepada kita..opss jangan lupa pasangan (kalau sudah berumahtangga)
‘Mengancam tak udang saya tu?haah itulah rezeki yang tidak disangka sangka’
Kalau kediaman kita mempunyai ruang yang sesuai, bagus juga kita manafaatkan dengan hobi menanam sayur sayuran dan bunga buangaan.Kehijauan sayur sayuran dan keharuman bunga bungaan cukup menyejukkan mata dan menyegarkan minda ..Dalam masa yang sama kita boleh menjimatkan perbelanjaan.Misalnya kita menanam bunga melur,bunga yesterday today n tomorrow,sayur manis,glamour melon, cili,kunyit,pengaga,serai,pokok kari,pudina dan herba yang berjenis jenis tuu…kesegaran ulam ulaman dan sayur sayuran cukup menyelerakan kita.Apatah lagi ianya dibaja dengan baja organik yang dijamin selamat..Memang tidak dinafikan kita boleh mendapatkan semua itu di pasar raya…namun kepuasan menikmatinya tidak sama..Apapun bergantung kepada minat masing masing.
Apa kata kita berbicara dengan alam yang riang menyambut kita.Aliran sungai yang tidak jemu jemu mengalir sudi berkongsi kesejukan airnya bersama kita.Kelihatan pepohon dan wangian bunga bungaan liar melambai kita dengan mesra.Burung berkicau kicauan mencari rezeki di pepohonan.Nun jauh di sana biawak mendasari sungai yang cetek untuk menangkap ikan atau habuannya yang lazat!Bot bot pemancing di sana sini untuk mencari udang dan ikan.Begitu hamba Tuhan mencari rezeki.Masing masing berusaha dengan caranya tersendiri untuk mendapatkan habuan masing masing.DIA Ar Razzak yang menberi rezeki seperti yang ditentukanNYA.Tidak mengira samada hambaNya beriman atau tidak.Tidak mengira samada hambaNya bersyukur atau tidak.DIA tetap memberi rezeki kepada hambaNya sehingga sampai masa yang ditetapkan.
Keluasan rezeki bukan tertumpu kepada makan dan minum sahaja.Bukan juga kepada anak,harta dan pangkat.Tetapi ianya cukup luas untuk dimaknakan.Secara ringkasnya rezeki itu dapat dibahagikan kepada 2.Pertamanya rezeki yang dapat dilihat iaitu keperluan fizikal dan tubuh badan manusia.Kedua rezeki yang tidak dapat dilihat iaitu keperluan rohani manusia.Sememang dan sepatutnya kita menyedari hakikat ini.
“Sesungguhnya Allah SWT itu baik dan tidak akan menerima melainkan perkara yang baik.Sesungguhnya Allah SWT menyuruh orang beriman melakukan perkara yang Allah SWT suruh para Rasul lakukan.Firman Alllah SWT;Wahai Rasul makanlah perkara yang baik dan beramal dengan amalan soleh,sesungguhnya Aku mengetahui dengan apa yang kamu lakukan dan juga Firman Allah SWT;Wahai orang orang yang beriman,makanlah perkara yang baik dari apa yang Kami rezekikan kepada kamu”
No comments:
Post a Comment