Tuesday, December 29, 2009

Ketampanan Sosial dan Keanggunan Sosial




‘Apa agaknya juruhebah IKIM nak cakap hari ni ya?’terdetik dihati kecil saya.Punat radio saja saya tekan untuk mendengar apa yang dibicarakan.Sekurang kurangnya boleh berkongsi bersama pelatih pelatih di RS.Begitu setiap kali saya ke RS.
Baru pertama kali saya mendengar penggunaan perkataan ketampanan sosial dan keanggunan sosial.Biasanya ketampanan merujuk kepada lelaki dan anggun tentunya kepada wanita…
Apabila mendengar perbincangan juru hebah dan penceramah jemputan itu…ooo bukan sesuatu yang baru.Cuma penggunaan bahasa yang agaknya sesuai ketika ini…teringat kata kata ‘yang indah itu bahasa ..yang baik itu budi’.Memang tidak dinafikan bahasa melayu mampu mengungkapkan kata kata yang cukup mendalam untuk menyampaikan sesuatu maksud.

Dalam kita berbicara dengan manusia adakalanya kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Kadang kala kita merasakan kata kata yang kita gunakan sudah cukup ‘manis’ untuk diungkap.Tetapi diluar jangkaan kita,kita tersilap perhitungan.Al Qur’an telah menegur sikap manusia yang telah menyakitkan Nabi seperti di dalam surah al Hujurat.Ada seorang sahabat Ar Rasul yang menangis berterusan apabila ayat ini diturunkan.Dia merasakan bahawa ayat ini telah menegur sikapnya.Sehingga Nabi menyatakan ayat ini bukan ditujukan kepada sahabat berkenaan…Nah begitu sensitifnya sahabat kepada perkara yang seperti ini.

‘Hai orang yang beriman,janganlah kamu meninggikan suaramu lebih daripada suara nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya(suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain,supaya tidak hapus(pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari’
Al Hujurat:2

Begitu juga dalam kita mengajak manusia kepada kebaikan,memberi pendapat dan dalam berhujah.Ianya bukan sesuatu yang mudah.Kita sebenarnya tidak kering dari petunjuk Illahi.Pernah seorang rakan berpesan pada saya ‘A,kalau kita memberi pendapat,berhati hati…kalau pendapat kita diterima beristighfarlah,kalau pendapat kita ditolak ucaplah alhamdulillah’.Begitu pesannya dalam suatu pertemuan.Ianya saya sematkan di hati dengan cukup kemas…Cuba mempraktikkan…Opps kekadang terlajak juga!!

‘Serulah ke jalan Tuhanmu(wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.Dan berbahaslah dengan mereka(yang engkau seru) dengan cara yang lebih baik…..’

Sesungguhnya setiap masa kita belajar dan terus belajar.Belajar bukan sahaja di bilik bilik darjah,bilik kuliah atau dalam bilik seminar sahaja.Tetapi lebih jauh dari itu kita belajar melalui pengalaman.Tidak dinafikan pengalaman merupakan GURU yang cukup berpengaruh dan berwibawa kepada seorang insan.

Thursday, December 24, 2009

Antara Banyak Kejayaan


Pagi tadi sempat menemani anak saya yang bongsu mengambil keputusan peperiksaan PMR di sekolah.Suasana pagi yang hujan memanjang agak menyejukkan suasana.Namun di dewan untuk pengumuman keputusan agak meriah dan 'panas'.Kelihatan rasa suspens anak anak tergambar pada raut wajah mereka.Anak anak yang mendapat keputusan 9A akan diumumkan. Slip keputusan mereka diserahkan sendiri oleh Pengetua Sekolah.

'Adik,ma dan abah ok je,adik dah buat yang terbaik kan..terima saja keputusan ya'kata saya kepada sibongsu di sebelah.Memang nampak dia begitu suspens.'Atin dapat berapa ma dan keseluruhan 9A berapa?'si angah bertanya lewat sms.'Batch angah lagi banyak dapat 9A'jawab saya ringkas.'Ngapa sikit'tanyanya lagi.'Sikit banyak bukan yang utama,yang penting taqwa'Saja meletakkan ukuran piawai kepada si angah.

Sebenarnya kejayaan yang diperolehi di dunia ini diantara kejayaan yang Allah rasakan kepada hambaNya.Tidak mengira samada hambanya yang beriman atau sebaliknya.Perasaan suspens ibu bapa dan si anak pagi tadi adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan ketika kita berada di padang Mahsyar nanti.. Adakah kita golongan yang berjaya?


Pada suatu ketika Nabi SAW berbaring di riba Aisyah rha.Aisyah menangis dan titisan airmatanya jatuh ke atas nabi.Nabi terjaga dan bertanya kenapa Aisyah menangis...Aisyah menjawab beliau teringatkan hari akhirat.Di dunia dia dapat bermanja dan bersama dengan nabi tetapi di akhirat belum tentu nasibnya..Adakah dia dapat bersama nabi sebagaimana dia di dunia.Nabi berkata beliau tidak akan melupakan Aisyah tetapi ada 3 tempat yang sangat mencemaskan yang mungkin ketika itu terlupa.Pertamanya ketika hendak menerima suratan amal.Ke dua ketika timbangan amal dan ke tiga ketika titian sirat..

Saya selalu berbicara dengan anak anak agar berusaha menjadi salah satu dari 7 golongan...7 golongan yang dijanjikan berada di bawah naungan Allah SWT di hari yang tiada naungan kecuali naunganNya sahaja.Berpesan kepada diri yang sering alpa sebenarnya.

Hati mengharap,jiwa tersentuh dan tiba tiba pandangan kabur kerana air diempangan telah melimpah apabila terbayang itu semua.Apatah lagi ketika kita diperingatkan dengan ayat ayat Al Qur'an contohnya di dalam surah al Waqi'ah.


'...dan kamu menjadi 3 golongan,iaitu golongan kanan,alangkah mulianya golongan kanan itu..dan golongan kiri,alangkah sengsaranya golongan kiri itu..


Al Waqi'ah:7-9

Selanjutnya..

'Mereka itulah orang yang dekat-kepada Allah(muqaraabuun),segolongan besar dari orang orang terdahulu.Dan segolongan kecil dari orang orang kemudian..dan golongan kanan.Alangkah mulianya golongan kanan...Untuk golongan kanan.segolongan besar dari orang orang terdahulu.,dan segolongan besar dari orang orang kemudian.Golongan kiri.Alangkah sengsaranya golongan kiri'


Al Waqi'ah:11,13,14,27,38-40


Wahai Tuhan kami,kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.Dan jauhkan kami dari api nerakaMU...amin Ya Rabbal a'lamin

Wednesday, December 23, 2009

Saf kita bagaimana kiranya...




Peristiwa 1


Saya berkesempatan solat maghrib di sebuah surau dalam perjalanan ke kampong.Oleh kerana waktu maghrib, maka ada beberapa orang sahaja yang kelihatan di surau berkenaan.Manakala di dalam ruang muslimat cuma saya dengan seorang makcik yang agak berumur.Saya bersama makcik bahu membahu dalam solat berkenaan.Pada rakaat pertama kami masih rapat,tetapi pada rakaat kedua makcik berkenaan ‘berjalan’ agak jauh dari saya.Tinggallah saya seorang.Kemudian saya cuba merapatkan diri dengan makcik tu .Pada rakaat ke tiga makcik itu menjarakkan lagi,saya tidak ikut makcik itu kerana di kiri saya ada seorang muslimat merapatkan diri dengan saya.Saya tidak faham kenapa makcik itu berbuat demikian.

Peristiwa 2


Solat terawih sangat dinantikan oleh kita umat Islam samada besar,kecil,tua dan muda.Kebanyakan masjid akan menambahkan ruang yang lebih besar kepada muslimat.Kebiasaannya saf pertama sahaja tiada lubang lubang tetapi saf berikutnya berlubang di sana sini.Keadaan ini cukup mendukacitakan.Ianya menjadi kehairanan sayakerana sebelum bersolat imam selalu mengingatkan kepada makmum supaya merapat dan meluruskan saf. Berbeza dengan saf lelaki,mereka jarang bermasalah dalam hal ini
Begitu juga kadang kala masjid dan surau menganjurkan ceramah sempena hari kebesaran islam.Biasanya selepas isya’.Fenomena yang sama berlaku ketika solat maghrib dan solat isya’.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa seumpama ini berlaku di merata tempat.Terfikir juga bagaimana untuk mengatasi masalah seperti ini.Pada suatu ketikayang lain saya singgah di sebuah surau yang comel dan bersih.Maka saya terbaca hadith yang tertampal di tempat dewan sembahyang surau tersebut.

1.Menutup ruang/celahan antara saf

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:’Tegakkan saf saf dan sejajarkan bahu bahu kalian.Tutupkan celah celah dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan tangan saudara kalian.Jangan biarkan celah celah dimasukki syaitan.Barangsiapa menyambung saf,maka Allah menyambungnya.Barangsiapa yang memutuskan saf maka Allah memutuskannya.’
(Hadith riwayat Abu Daud no 666,An Nasa’i 2/93,Ahmad 2/97,juga dinilai sohih oleh Al Albani di dalam sohih Abu Daud 1/97)Di dalam riwayat yang lain,Rasulullah SAW bersabda:Demi jiwaku yang ada ditanganNya,aku melihat syaitan masuk dicelah celah saf sebagaimana masuknya anak kambing(Hadith riwayat Abu Daud no 667,dinilai sohih oleh Al Albani di dalam sohih sunan Abu Daud 1/198)

2.Meletak posisi badan dalam keadaan yang baik

Dari Nu’man bin Basyir bahawa beliau berkata’Dahulu Rasulullah meluruskan sehingga sampai seperti meluruskan anak panah sehingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau praktikkan kepada kami( sehingga saf kami telah rapi),kemudian suatu hari,beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri hingga ketika beliau akan bertakbir,beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan,maka beliau bersabda ‘Wahai para hamba Allah hendaklah kalian benar benar meluruskan saf atau Allah memperselisihkan wajah wajah kalian’ (Riwayat Muslim no 436)

Ada di kalangan mereka apabila kita mengajak untuk berdiri rapat rapat,pelbagai alasan mereka beri.Panaslah,tak selesalah dan sebagainya.Ada ketikanya memang sukar untuk menegur atau meminta kerjasama dalam soal ini.Kalau seseorang itu tidak bersetuju dengan kita bahu membahu, maka mungkin kita akan keseorangan seperti perisriwa 1.Fikir fikirkanlah…

Saturday, December 19, 2009

Kembara Cinta 3



Kembara Cinta 3

Pendakian dikegelapan malam melalui hutan belantara agak mencuakkan.Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.Kadang kala terlintas dikepala bagaimana kalau kereta meragam,bagaimana terjumpa kereta rosak.Mereka atau si dia cuba menahan kereta kita untuk minta bantuan.Aduh..serba salah dibuatnya.
’Baca mathurat nak’kata saya kepada sibongsu.Deruman kereta memecah kesunyian malam.Suami di sebelah memandu dengan kelajuan yang sederhana.Oleh kerena hampir tiada kenderaan, kami sampai ke kampong Raja dalam waktu yang singkat.
Kebiasaannya perjalanan malam sering ditemani bintang bintang dilangit .Namun bermula dari kampong Raja kami mula ditemani kerlipan ‘bintang’ di bumi..




’Kerlipan bintang di bumi’


Saya sempat merakam panorama ini disepanjang perjalanan ke Tanah Rata Cameron Highlands.Rupa rupanya bukan sahaja kita memerlukan lampu diwaktu malam tetapi sayur sayuran dan bunga bungaan di tanah tinggi ini .Begitulah agaknya yang terbaik.Mungkin R&D yang dibuat memberi jawapan sedemikian rupa..Bagus juga kalau mengetahuinya ya...

’Kita nak sarapan kat mana ni?..tanya suami.Selalu dia memberi kami pilihan untuk mengisi perut yang mula berkeroncong.’Kita makan kat kedai atas la.Suasananya lebih tenang’kata saya merujuk kepada kedai yang menjual juadah sarapan pagi dan cenderamata.’Adik suka,luas pandangan’sampuk sibongsu.’Luas pandangan atau ada apa apa ni?saja saya mengusik sibongsu.
Pagi itu cuaca cerah.Suami sempat merakam suasana pagi yang cukup mendamaikan.





Suasana pagi di Tanah Rata





Suasana malam yang cukup mengasyikkan


‘Apabila rindu renunglah bulan’begitu nada bercinta orang dulu dulu.Benarkah terubat rindu?...
Di dalam surah Al Mulk,Allah SWT mengajak hambaNya merenung penciptaan langit

‘....Yang telah menciptakan langit berlapis lapis.Kamu sekali kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.Maka lihatlah berulang ulang,adakah kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang?Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah’

Al Mulk:3-4

Kalau resah renunglah langit,kalau kecewa renunglah langit,kalau berhiba renunglah langit dan kalau..kalau..kalau.. renunglah langit.Sesungguhnya kita akan mendapatkan manafaat yang cukup banyak..!

Monday, December 14, 2009

Kembara Cinta 2


Semasa program, anak anak saya dapat bertemu rakan rakan lamanya.Mereka juga berke sempatan melawat tempat tempat yang menarik.Antaranya Galeri Sultan Azlan Shah,Masjid Ubudiah,Bukit Chandan .Mereka juga terjumpa pokok getah yang berusia lebih seratus tahun.





Pemuda Harapan Bangsa…






Pintu masuk Galeri Sultan Azlan Shah







Masjid Ubudiah Bukit Candan







Pokok getah berusia lebih 100 tahun.




’Mama,pokok getah besarnya,tengok gambar abang ni,tak sampai tangan abang’kata sibongsu.Ha ah pokok getah ni banyak kegunaannya..getahnya sudah tentu antara yang berharga.Daunnya pula boleh membungkus tapai, boleh juga dibuat kelopak bunga.
Pokok?Pokok buat titilah...’Kecil kecil dulu mama selalu kutip kulat(cendawan) sisir pada batangnya yang telah mati..sedapp nak,buat masak lemak cili api’cerita saya kepada anak anak pada suatu ketika.Teknologi sekarang membolehkan pokok getah dibuat perabut .Buahnya?...buahnya pula boleh dibuat peluru lastik...atau batu seremban.Ada yang paling ’pelik’...buat asam rom...’rom tu apa mama’ tanya si anak masa mereka kecil kecil dulu.Rom(buah getah yang telah diproses) sedap dibuat gulai.Gulai rom ini terkenal di daerah Jerantut Pahang.Boleh dikatakan ianya merupakan hidangan istimewa apabila dimasak bersama ikan sungai.Ikan yang paling sedap dibuat gulai ini ialah ikan kenerak,ikan toman dan ikan patin.’tak masuk akal!’kata suami beberapa tahun dahulu.Kalau berpeluang ke Taman Negara Kuala Tahan cubalah rasa ya!Tentu ada kelainan..

Apabila ku renung,ku fikir..hanya sepokok getah...begitu banyak manafaatnya..Apatah lagi apabila kita berinteraksi dengan alam yang terbentang luas...Allah telah menghamparkan bumi.Apa sahaja yang berada di atas mahupun yang berada di dalamnya adalah untuk kelangsungan hidup manusia.Ooh betapa banyaknya ni’mat yang tidak terhitung!

’Maka nikmat yang mana satukah yang kamu dustakan?’

Surah Ar Rahman

’Tuhanku semoga aku tergolong dalam golongan yang ’sedikit’...begitu ungkapan sahabat AR Rasul kepada Rabbnya.

Wednesday, December 9, 2009

Ku renungi HIDUP ini




Genap sebulan saya tidak melangkah ke RS.Semalam berkesempatan untuk meneruskan sesi perbelajaran dengan pelatih di sini.Tentunya banyak perkara yang hendak dikongsi...getus hati kecil saya.Terbayang diruang mata wajah wajah yang dipamerkan pelatih apabila menyambut kedatangan saya.Ceria,muram,bersahaja dan 'seribu wajah' yang sukar ditafsirkan.Namun ianya cukup membahagiakan insan seperti saya.Saya menyedari mereka banyak 'mengajar' saya.Seboleh mungkin saya cuba untuk mengetuk hati mereka dengan pelbagai pendekatan..biasalah..kadang kala 'menjadi' tak kurang juga sebaliknya.Ada kala isu panas berlaku...siang siang lagi mereka berbisik kepada warden ;makcik A datang tak ari ni?Dia tahu tak apa yang berlaku?Ha ah cemas juga mereka!


Menatap wajah mereka terbayang wajah anak anak saya.Sesungguhnya itulah perasaan hati seorang ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak anaknya.Tidak mahu anak anaknya terjebak sebagaimana anak anak yang berada di depan mata..Pun begitu hatiku digamit rindu kepada mereka.


'Ok hari ini kita akan membincangkan surah apa anak anak?Tanya saya setelah mukadimmah yang panjang dibuat.'Hari ini surah At Takaatsur makcik'jawab salah seorang dari pelatih berkenaan.Apa makna At Takaatsur?'Bermegah megah makcik' jawab beberapa orang dikalangan mereka.

At Takaatsur
  1. Bermegah megah telah melalaikan kamu
  2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur
  3. Janganlah begitu,kelak kamu akan mengetahui
  4. Dan janganlah begitu,kelak kamu akan mengetahui
  5. Janganlah begitu,jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.
  6. Niscaya kamu benar benar melihat neraka Jahim
  7. Dan sesungguhnya kamu benar benar akan melihatnya dengan 'ainul yakin
  8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan itu


Diakhir perbincangan ,saya memetik beberapa hadis yang dibekalkan oleh Rasul junjungan kepada umatnya yang dikasihi.

'Dari Abu Hurairah ra.Rasulullah SAW bersabda:Hamba bisa membanggakan hartaku,milikku,padahal yang berguna baginya dari harta kekayaan itu hanya tiga macam;yang dimakan hingga habis,atau dipakai hingga rosak atau disedekahkan hingga menjadi tabungan baginya pahala.Dan selain dari itu maka hilang atau ditinggalkan untuk orang lain.(Riwayat Muslim'

'Anas bin Malik berkata:Rasulullah SAW bersabda:Yang ikut menghantar orang mati ke kubur ada tiga iaitu keluarga,harta kekayaan dan amal perbuatan,maka kembali dua iaitu keluarga dan harta dan tinggal tetap bersama mayit amal perbuatannya(Riwayat Bukhari,Muslim,At Tarmizi,An Nasa'i)..

Disebut dalam hadis yang lain sifat manusia walaupun tua tetapi masih bersamanya 2 sifat iaitu sifat tamak dan panjang angan angan.

'Bagaimana anak anak untuk kita menghindarkan sifat ini?(Suasana yang cukup saya nantikan)..Banyakkan sedekah,makcik..banyakkan zikir kepada Allah...banyak istighfar,makcik...banyak..banyak dan banyak..banyak apa lagi anak anak?banyak mengingati MATI ,makcik... dann dan kalau dah ingat mati apa yang perlu kita buat?Saya menduga..kita kena buat persediaan ...jawab mereka beramai ramai..

Ya Allah,bantulah kami,berikan kepada kami kekuatan,kesabaran dan sentiasa taat dengan perintahMU..ampunilah kesalahan kami Ya Allah..

Tuesday, December 8, 2009

Kembara Cinta








Buah Chinta Cameron Highlands

Pantun 1

Apa diharap padi di seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak...


Pantun 2


Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa saya serahkan


Entah kenapa saya teringat 2 pantun di atas apabila mengetuk papan kekunci dimalam ini..Pantun1 saya faham seolah olah seperti ada perasaan merajuk atau memujuk hati agar tidak mengharapkan sangat sesuatu yang belum pasti.Manakala semasa saya remaja dulu pantun 2 itupun difahamkan bahawa perasaan orang dilamun cinta.Tetapi sedikit pendedahan telah diperolehi bahawa pantun 2 merupakan kecintaan para pejuang untuk mempertahankan kota Melaka dari terjatuh ke tangan penjajah.Rasa persaudaraan dan kecintaan sesama saudara seagama maka terungkaplah pantun berkenaan.Namun kenapa pantun ini menjadi pilihan?


Saya berpeluang untuk menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM baru baru ini.Walaupun ia merupakan saat saat akhir peluang ini terbuka kepada saya,saya dengan sepenuh hati menyertainya.Sungguh...hatiku rindu.Rindu kepada kawan kawan yang sudah lama tidak bersua muka.Rindu kepada sifu yang sangat tabah menunjuk ajar saya pada suatu ketika dulu.Rindu kepada pertemuan dengan semua yang sama sama menjejaki jalan yang sama...rindu..rindu...dan rinduku terubat jua akhirnya..
Betapa manisnya ikatan persaudaraan.Teringat janji Allah iaitu 7 golongan yang akan berada di bawah naungan Allah SWT di hari yang tiada naungan kecuali naungan Allah SWT sahaja.Salah satu golongan itu ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah,bertemu dan berpisah kerana Allah SWT semata.Oooh alangkah indahnya...

Perjalanan kami agak jauh kali ini.Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 6 petang.Tempat dituju nun hitungan ratusan km..tetapi kami cuba teruskan perjalanan selagi termampu.Akhirnya kami terpaksa turun dari highway menjejaki tempat untuk kami bermalam. Pada ketika itu jam menunjukkan 10.30malam.Pekan kecil itu telah sunyi dari kenderaan...Ahh rasa 'tidak selesa' memang wujud tetapi kami tawakkal kepada Allah...doa moga Allah permudahkan...'itu dia bang,hotel Nh ok gak'kata saya kepada suami..Walaupun bangunannya bangunan lama tetapi kelihatan kebersihan bangunan itu terjaga.Alhamdulillah..



Hotel N H



Selepas subuh kami bertolak dan terus mengambil anak di matrik.Kami meneruskan perjalanan ke destinasi..syukur kami sampai tepat pada waktunya..

Untuk sampai ke tempat penginapan kami sepanjang program,ianya memakan masa satu jam(jam,lampu trafik rosak,kesesakan memasuki lebuhraya dsbgnya).Namun ianya cukup berbaloi.Lokasinya cukup mendamaikan.Didepan bilik sewaan ada kolam renang manakala disebelah kanan bilik mengadap kolam dikelilingi bukit bukau.Sudah tentu suasana kehijauan mewarnai pemandangan.

Tempat penginapan kami sepanjang program


Seusai program kami meneruskan perjalanan setelah 'memulangkan' semula anak kami.Kami terpaksa mencari tempat bermalam yang sesuai.Untuk sampai ke rumah kami pada malam itu memang mustahil.Badan penat..'Apa kata kita tidur di Cameron Highlands' ..cadang suami.Untuk sampai ke KL lagi jauh berbanding Cameron'sambungnya lagi.Kami terus mendaki dikegelapan malam.Cuma sekali sekala berselisih dengan kenderaan.Masih belum dapat tempat penginapan.Cuba booking Sri Intan tetapi sudah penuh.'Kita redah jer bang,kita cuba cari chalet kat Taman Sedia,InsyaAllah ada'kata saya kepada suami sambil memujuk hati.

Taman Sedia merupakan penempatan majoriti muslim.Di situ terdapat tadika islam,surau dan Madrasah Tahfiz(kalau tak silap).Suasananya tenang.Kami menginap di Ros chalet(tiada bintang punya).Kami biasa tidur ala kadar saja hatta menjadi kegemaran kami tidur di hotel beribu bintang! Di belakang Ros Chalet terdapat kebun strawberri manakala disebelahnya terdapat anak sungai yang airnya cukup jernih!Di depan bilik kami terdapat kolam ikan yang kecil dipenuhi oleh ikan ikan koi dan seekor ikan tengas/kejor(ikan tempatan)



Anak sungai berhampiran Ros Chalet




Kolam ikan 'comel'


Menginap di Cameron Highlands ada kelainan tersendiri.Suasana alam semula jadi yang cukup mendamaikan disamping kos penginapan dan makanan yang berpatutan.Lainlah kalau kita memilih hotel 3 atau 4 bintang.Tentu menjangkau ratusan ringgit semalaman.Kita sering mendengar atau mengalami bahawa penginapan,harga barang dan sebagainya di tempat pelancongan agak mahal dari tempat tempat lain. Tetapi tidak di Cameron highlands.Ianya juga sudah menjadi tempat persinggahan kami untuk pergi dan balik ke kampong.

Monday, November 30, 2009

Perjalanan yang cukup 'memenatkan'



'Ibu, mungkin abang balik khamis malam'begitu sms anak sulung saya di matrik perak.Alamak!abang balik malam raya?macamane nak balik kampung?Atok kopi tak sihat nih!saya membalas smsnya..
Bertolak dari matrik pukul 8.30 malam dan dijangka sampai ke Johor Bahru pukul 3 pagi.Tapi jangkaan itu ternyata meleset.Dia sampai ke perhentian bas beberapa minit sebelum azan subuh.Ok kita kena balik juga.Insya Allah kita balik selepas solat aidil adha..kami membuat keputusan.'
Perjalanan dari rumah kami untuk sampai ke rumah ayah di kampung memakan masa lebih kurang 7-8jam.Abang kelihatan sangat letih.Sepanjang 4 jam pertama perjalanan kelihatan dia 'tidur mati'.Sementara adiknya terpaksa ditinggalkan kerana sedang menduduki peperiksaan SPM.2 hari sebelum itu mak selalu bertanya balik raya ke tidak.Sememangnya saya mengetahui mak kurang sihat melalui kakak saya yang cukup prihatin dengan kesihatan mak.Sampai ke rumah ayah lebih kurang pukul 9 malam.Mak dan ayah sudah tidur.Alhamdulilah seorang abang saya yang menemani mak dan ayah masih belum tidur.Kalau tak malam tu jadilah kami macam pencuri terpaksa mengumpil daun pintu!.Pagi hari raya ke 2,kami dapat berkumpul ke semua adik beradik kecuali seorang.Membuat majlis tahlil dan tazkirah buat kami sekeluarga.Tahlil telah diketuai oleh abang saya yang sulung dan tazkirah telah disampaikan oleh salah seorang menantu ayah.Cukup mengharukan!mak yang kurang sihat tunggu diatas tilam berhampiran kami sehingga majlis tamat.Seronok agaknya apabila kami dan anak anak(cucu cucunya) berkumpul.
Selepas solat zohor kami terpaksa meneruskan perjalanan lagi.Perjalanan dari kampung untuk menghantar anak ke matrik sejauh lebihkurang 400km..Kepenatan semalam masih terasa.Melihat mak yang semakin sihat dari hari sebelumnya(menurut kakak) melegakan perasaan saya.Saya berdoa agar saya dapat berjumpa mak lagi kerana kali ini masa saya bersamanya sangat singkat.Tidak sempat memyampookan rambutnya yang semakin jarang dan tidak sempat berceloteh panjang dengannya...terasa sedih nun jauh ke sudut hati yang cukup dalam.
Perjalanan sejauh 400km memaksa kami berehat seketika untuk mengumpul tenaga.Kami sempat bermalam di penempatan yang cukup nyaman.Jauh dari kebisingan dan kesesakan.Tambahan pula suhu malamnya boleh mencecah sehingga 16 darjah celcius.Manakala waktu pagi yang cukup cerah menampakkan banjaran gunung nun jauh diliputi awan.Mata tidak puas untuk menatapi panorama ini dan sudah tentu hati tidak lupa untuk membisikkan: Tuhan..begitu indahnya alam ciptaanMu.Sesungguhnya apa sahaja yang Kamu ciptakan bukanlah suatu yang sia sia... segala puji hanya kepadaMu Ya Allah.

Perjalanan diteruskan setelah sarapan pagi.Kali ini menuruni banjaran gunung pula.Di sebelah kiri kelihatan orkid liar diselangi air terjun(kecil je) mencuri perhatian.Disebelah kanan pula merupakan cerun yang cukup 'menyeramkan'.Dek asyik memerhati keindahan orkid liar dan aliran air terjun,ianya cukup mengubati mata yang dah 'layu' dan keletihan yang datang menjengah semula.
Sampai di matrik pada waktu zohor.Sempat solat di Masjid yang cantik itu. Dibawahnya terdapat kolam ikan yang cukup besar.Tapi sayang ,tiada aliran air buatan menyebabkan kolam ikan itu kelihatan kurang bermaya.Mula terbayang diruang mata ikan kelah(dikenali sebagai masheer di India) berkejaran ke sana kemari untuk menangkap anak anak ikan yang bermain dipermukaan air..Fuhh cukup menghiburkan...aahh imaginasi cuma!!

Sesudah menghantar abang(anak) ke asrama kami mula bergerak untuk kembali ke selatan tanahair.Bertembung dengan jam di lebuhraya cukup membosankan.Sudah tentu menuntut kesabaran yang cukup tinggi.Pada malam itu,jam berlaku puluhan km sekitar lebuhraya antara seremban hingga ke pendas menuju ke Kuala Lumpur !.Manakala ke Johor Bahru ada juga beberapa tempat disebabkan beberapa kemalangan.

Jarak perjalanan kami apabila dihitung sejauh 1361km!Ya Allah moga perjalanan yang telah kami lalui mendapat redhaMu.Kami menggunakan rezeki yang Engkau berikan bukan melakukan perjalanan ke arah kemaksiatan,tidak juga untuk menjadi penentangMu tetapi semata mata menunaikan sebahagian kecil tanggungjawab yang terpikul di bahu ini.


Monday, November 23, 2009

Apa khabar kesihatan kita..?

APA KHABAR KESIHATAN KITA...?




‘Mama,boleh hantar atin ke jusco?Kakak nak jumpa...matanya terkebil kebil memandang saya..pukul berapa?tanya saya ringkas.Pukul sebelas boleh...kedengaran suara manjanya memujuk.Ok ok ma kena bereskan dapur dulu ya.’.

Pukul 10.30 abangnya habis kelas tuisyen Matematik tambahan.Jadi bolehlah sekali gus ambil abangnya dan hantar dia ke Jusco.Sampai ke Jusco abangnya ke kedai buku mph dan saya bersama fatin mencari barang keperluan harian.’Ma tak nak derma darah ke?ada orang derma darahlah..Tanya si abang sayup sayup suaranya di hp.’Boleh gak,kita derma ya...’kata saya.Bermula dengan mengisi borang soal selidik hinggalah mengambil sample darah untuk diuji sesuai atau tidak untuk menderma.’Kak mintak jari..kata petugas di situ.jari yang mana satu?tanya saya selamba.Semua jari boleh jangan jari kaki sudah!lawak petugas berkenaan.Memang tergelak saya dibuatnya...Ooo jari kaki boleh.. boleh,tak jadi masalah...saya melawan lawaknya.Alamak kak!kak tak boleh mendermalah,darah kak cair..hanya 11.6.Untuk diri sendiri ok,tapi untuk menderma tak boleh...kata dr disebelah petugas tersebut.Dr tersebut meceritakan pasal darah cair.Diringkaskan cerita dia menasihati saya kena banyak makan sayur sayuran hijau,seafood dan juga hati..Terima kasih dr!!
Kadang kala kita merasakan bahawa kesihatan kita pada tahap yang cukup baik.Tanggapan ini membuatkan kita sering bertangguh untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Tambahan pula kehidupan yang sentiasa sibuk dengan tanggungjawab membuatkan kita langsung mengenepikan soal ini.Padahal kesihatan merupakan aset yang sangat berharga untuk diberi perhatian.Kita sering diingatkan oleh hadith Ar Rasul ’mu’min yang kuat lebih dikasihi oleh Allah dari mu’min yang lemah’.Begitu sayangnya Rasulullah kepada kita umatnya agar kita menjaga kesihatan.Allah telah mengingatkan kita supaya makan makanan yang halal lagi baik.Kehalalan dan baik itu menjamin kesejahteraan kesihatan,samada kesihatan fizikal mahupun jiwa.

Betapa ramai manusia mengalami tekanan perasan dan sakit jiwa sejak akhir akhir ini.Kita tidak perlu mengemukakan statistik dari kementerian kesihatan misalnya untuk membuktikan sanerio ini.Lihat sekeliling kita samada jiran mahupun masyarakat diluar sana.Saban waktu kita dihidangkan berita berita sensasi.Pembunuhan,pesta seks, pengedaran dadah,rasuah dan banyak...banyak lagi.Tidak kurang juga keruntuhan institusi keluarga islam cukup mengerikan.Kegawatan ini nampaknya berpanjangan dan semakin parah.
Manusia berada dalam keadaan haus dan dahaga.Tetapi oleh kerana mereka telah di’sihir’kan,mereka telah memilih air laut untuk diminum.Mereka menyangka air laut memberi kenyamanan dan menghilangkan haus mereka.Namun sangkaan mereka jauh meleset.Malah air laut berkenaan menambahkan lagi dahaga mereka.Tetapi yang menjadi peliknya,hari demi hari,minggu,bulan malah hitungan tahun mereka masih meneguk air laut berkenaan!!
Apakah ubatnya???Kembali kepada agama...itulah ubat yang paling mujarab.Ubat yang sememangnya menjadi penyembuh kepada penyakit manusia.

’..Ingatlah.dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang’

Jommm…tepuk dada tanya iman.

Wednesday, November 18, 2009

Bersediakah kita...



Bersediakah kita...

Semalam saya menerima sms dari angah anak saya yang ke dua.Pecutan terakhir untuk menghadapi peperiksaan SPM pada hari ini.

'Salam ma,first of all angah nak minta maaf andai pernah melukai hati ma atau membuat ma menangis sebab ragam angah dan tak lupa buat abah...ngah juga mohon ma halalkan susu yang ma berikan ketika angah kecil dan mohon ma dan abah halalkan segala benda yang angah ambil..doakan angah..jangan nangis ya '

Untuk membuat persediaan yang lebih baik angah telah memohon untuk tinggal di asrama sepanjang peperiksaan.

Pagi tadi suasana tempat anak saya bersekolah cukup sibuk dan meriah.Kelihatan deretan kereta memasuki perkarangan sekolah.Kehadiran ibubapa untuk memberi semangat dan sokongan moral kepada anak masing masing.Tentunya doa buat si anak tidak pernah lupa dari diungkap,dibisik dan dipanjatkan kepada Allah SWT.Apatah lagi diwaktu dinihari yang cukup mendamaikan.

Persediaan untuk anak anak menghadapi peperiksaan tentunya memakan masa yang cukup lama.Ianya boleh dikira hitungan tahun.Malah persediaan untuk menjamin kecemerlangan akademik ini diusahakan sejak kecil lagi.Ada di kalangan ibubapa yang menghantar anak mereka ke pusat tuisyen se awal 5 atau 6 tahun usia si anak..Itu merupakan sebahagian dari pengorbanan ibubapa terhadap anak anak.Sesungguhnya pengorbanan ke dua ibubapa tidak mampu untuk di balas.

Ada kalanya saya mengambil kesempatan bersembang dengan anak anak sewaktu mengambil mereka dari sekolah.Pelbagai topik disembangkan seperti mengenai pelajaran mereka,apa yang menyeronokkan dan tidak menyeronokkan di sekolah.Sesekali mengajak mereka memikirkan apa yang hendak dicapai dalam hidup.Saya selalu berkata kepada mereka,mama dan baba tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak anak.Tetapi mama dan baba sangat mengharapkan agar anak anak sentiasa berada di atas landasan iman dan kebenaran.Itu sudah cukup menggembirakan hati kami berdua.


Ungkapan Khalifah Umar Abd Aziz kepada anak anaknya menjadi gula gula percakapan saya dengan anak anak.Khalifah Umar memanggil anak anaknya semasa hampir menghadapi sakaratul maut.Beliau berpesan kepada anak anaknya bahawa dia tidak meninggalkan harta kerana di atas 2 sebab.Kiranya anak anaknya merupakan anak yang soleh dan bertaqwa ,Allah adalah penjaminnya.Tetapi kiranya dia meninggalkan harta,anak anaknya pula merupakan manusia yang engkar kepada Allah SWT, maka dia tidak redha harta yang ditinggalkan dibelanjakan ke jalan kemungkaran dan kemaksiatan.Sejarah telah membuktikan anak anak Khalifah Umar Abd Aziz telah menginfaqkan sejumlah besar kuda perang di jalan Allah SWT.


Sultan Murad (ayahanda sultan Muhammad Al Fateh) telah membuat persediaan yang cukup lama untuk membebaskan kota constatinopel.Bermula dari dirinya ingin membebaskan kota itu dari cengkaman kristian hinggalah Allah menganugerahkan kepadanya putera yang diberi nama Muhammad.Baginda cuba mempastikan bukan sahaja puteranya mendapat pendidikan agama dari ulama' terbilang malah membekalkan kemahiran kemahiran lain. Tentunya hadith Ar Rasul s.a.w menjadi sandaran yang cukup ampuh untuk diiktiraf sebagai pemimpin yang baik dan memimpin tentera yang baik pula.Ternyata Sultan Muhammad Al Fateh telah memenuhi ciri ciri yang telah disabdakan baginda Ar Rasul lebih 700 tahun sebelum itu.


Selagi kita hidup, kita sememangnya perlu membuat banyak persediaan.Persediaan untuk mendirikan rumahtangga,persediaan menyambut kelahiran anak,persediaan untuk anak anak menghadapi peperiksaan,persediaan menerima menantu,persedian..persediaa....persediaan dan kemuncak kepada pesediaan...bagaimana persediaan kita menghadapi maut.

'Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang diantara kamu:lalu ia berkata"Ya Tuhanku,mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat,yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang soleh".Dan Allah tidak menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya.Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan'
Al Munaafiqun:10-11
Pak HAMKA pernah berkata:'kehidupan bermula setelah tarikan nafas terakhir berhenti'
Bersediakah aku???
Ya Allah,ampunilah diri ini.

Monday, November 16, 2009

Nilai sebuah cinta

NILAI SEBUAH CINTA…..

Ring..ring.ring,..saya bergegas ke ruang tamu untuk mengangkat telefon..hello,assalamualaikum…pn an ya…apa khabar ?.alhamdulillah,saya sihat..ustaz camana? Tanya saya kembali.

Ustaz Solihin seorang penda’wah gigih menelefon saya agar dapat membantunya untuk menerangkan tentang islam kepada seorang gadis Vietnam..kata ustaz gadis berkenaan mahu berkahwin dengan orang islam..sesuatu yg menarik tapi berat juga ya!bisik hati kecil saya

Nhan gadis cantik menawan malu-malu buat pertama kali berkenalan dengan saya..’saya bukan islam dan belum tentu saya masuk islam..tapi saya mahu tahu apa itu agama islam..sebelum ini saya tak pernah dengar ..katanya dalam loghat indonesia..ooh tak mengapa,…Nhan boleh tanya apa yang Nhan nak tahu tentang Islam,insyaAllah kakak akan terangkan sejelas mungkin dan mudah..Dalam hati saya berdoa agar Allah permudahkan saya memikul amanah berat ini..’Ya Allah tambahkan hidayah kepada ku dan ahliku juga moga Engkau memberi hidayah kepada gadis ini’

Hari demi hari saya cuba memahamkan kepadanya siapa pencipta kita sambil mengaitkan dengan kejadian alam sekeliling.Itulah topik yang sering kami bincangkan setiap kali pertemuan.Mulanya agak sukar untuk kami berkomunikasi,..dia cuma tahu berbahasa Vietnam dan sedikit bahasa melayu (Indonesia).Manakala saya tak tahu sepatahpun bahasa Vietnam…

Kemiskinan membawa Nhan jauh merantau ke bumi Malaysia.Dia terpaksa berhenti belajar di universiti Hanoi kerana membantu keluarga untuk menampung perbelanjaan adik-adiknya yang lain.

Hari,minggu dan bulan silih berganti, saya menanti adakah dia menyatakan hasrat untuk memeluk islam.Untuk saya mendesak tidak sekali.Biar dia sendiri yang membuat keputusan dengan hati yang ikhlas.Setiap kali pertemuan ,saya bacakan al Qur’an untuk diperdengarkan kepadanya,solat berjamaah bersama anak-anak didepannya,doa makan dan doa naik kenderaan bila menghantar dia pulang ke rumah sewanya.

Alhamdulillah akhirnya dia rela hati memeluk islam setelah 6 bulan usia perkenalan kami.Majlis kesyukuran diatur sempena pengislamannya.Kawan-kawan dijemput untuk meraikan bersama..Sungguh terharu..tidak dapat hendak digambarkaan rasa syukur saya kepada Allah SWT diatas taufik dan hidayahnya kepada kita dan kepada Nhan.

Perhubungan dia dengan pemuda islam itu berjalan dengan baik..saya sering berpesan agar jaga batas-batas pergaulan..maklumlah di alam percintaan semuanya indah.,kadang-kadang boleh hilang kewarasan .Al Qur’an mengingatkan kita’laatakrabusszina’ jangan kamu menghampiri zina..ianya merupakan perbuatan yang faahishaah..aduh beratnya dosa berzina..

Di suatu petang yang hening,saya bertemu dengan Nhan buat kesekian kalinya.
‘Mengapa ni..nampak susah hati..ada masalah?’saya bertanya Nhan..Nhan diam sambil menundukkan kepalanya..’jangan gitu,kalau kak boleh tolong,kak tolong..’kata saya dengan nada memujuk…akhirnya dia menceritakan masalahnya kepada saya.Teman lelakinya banyak berhutang dengan kawan-kawannya.Oleh kerana tidak dapat membayar hutang tersebut,teman lelakinya jatuh sakit dan terpaksa balik ke kampong.Nhan terpaksa membayar hutang itu beribu-ribu ringgit diatas dasar cinta dan simpati.Semua wang simpanannya habis digunakan.Dalam masa yang sama keluarganya memerlukan wang untuk pembedahan adiknya yang sakit.Saya cuba membantu Nhan dan memberikan sejumlah wang untuk menampung keperluan yang mendesak namun dia tidak suka menerima bantuan…langsung dia tidak menyentuhnya.Mungkin itu prinsip hidup dia.Apa yang boleh saya buat ialah menasihati dan mengingatkannya betapa dia perlu memikirkan kebajikan diri sendiri.
Akhirnya dia rasa tertipu.Saya sering memujuk Nhan apapun yang berlaku itu adalah takdir Allah.Dia mesti berpegang teguh dengan islam dan tidak sekali-kali berpaling ke belakang.Saya menyelitkan kata-kata ‘Nhan, islam itu bukan digambarkan oleh z(nama teman lelakinya),tetapi islam itu cukup indah, way of life’kata saya sambil menatap wajahnya yang ayu itu.’ya saya mengerti’…Nhan menjawab dengan linangan airmata.

Di waktu yang lain siri siri pertemuan kami....
‘Nekad…saya nak balik ke Vietnam,saya akan kembali kepada keluarga saya.Kak tahu tak, betapa sukar untuk saya menjadi seorang muslim di Vietnam..Orang kampong saya tak pernah tahu apa itu muslim ,apa itu islam’kata Nhan dengan nada perlahan..
Tak boleh ke Nhan sambung permit kerja,tinggal di sini lebih lama.boleh belajar islam dengan lebih serious lagi? Saya memujuk.’tak kak,saya nak balik..duduk sini sangat susah..macam sana jugak.baik balik dekat keluarga.Duit saya setahun simpan habis begitu saja’airmatanya menitis seiring titisan hujan diluar warung tempat kami bertemu pada petang itu. ‘Allah uji Nhan,Nhan kena sabar dan berdoa banyak-banyak kepada Allah.,Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang..kata saya.’saya tahu kak,saya nak balik dan tak datang sini lagi…mungkin saya terpaksa kahwin dengan pemuda Vietnam..dan tentunya bukan muslim.Ayah saya mahu saya menerimanya.tapi saya janji islam tetap dihati saya..’Nhan mengangkat muka merenung saya dengan wajah yang sayu sambil mengesat airmata yang tak henti henti menitis.
Malam itu saya menghantarnya dengan perasaan yang sangat sedih.Sebelum berpisah kami akan berpelukan dan mengucapkan salam.

Diantara usaha terakhir agar Nhan masih boleh bertemu orang islam di Vietnam(Hanoi-bandar yang berhampiran dengan kampongnya) saya menghubungi sebuah agensi pelancungan yang menawarkan pelbagai tempat pelancungan termasuk Vietnam.Alhamdulillah mereka sangat berkerjasama.Secara ringkasnya saya boleh ‘mengirimkan’ Nhan bersama mereka.
Menurut Nhan,dia akan kembali ke Vietnam pada pertengahan januari 200*.Saya mengambil dokumen pengislamannya di pejabat agama daerah untuk diserahkan kepadanya.Malangnya kawan-kawannya kata Nhan telah pulang ke Vietnam.
Bayangkan perasaan saya ketika itu.Rasa sedih,pilu dan sebagainya menyesak dada.Rasa bersalah bermain difikiran .Mungkinkah kecuaian saya tidak menjaga kebajikan dia sebagai saudara baru…getus hati kecil saya.Dokumen pengislamannya saya simpan buat sementara waktu dan mengharapkan Nhan menghubungi saya suatu hari nanti.Mana tahu mungkin dia merupakan satu benih yang akan menyuburkan islam di Vietnam.

Diantara kata-kata Nhan dalam smsnya sejurus selepas pengislamannya..’kak,hari ini hari yang paling bahagia sepanjang hidup saya..islam sangat bererti dalam hidup saya’.Ianya masih segar dalam ingatan.
Harapan dan harapan tetap wujud di hati saya.Doa tidak putus-putus saya mohon kepada Allah agar Nhan tetap teguh dengan islam.Hingga kini Nhan masih belum menghubungi saya…aaah tetiba saja titisan jernih itu melampaui ‘sempadan’ apabila teringatkan Nhan.

Saturday, November 14, 2009

Menyusuri jejak ANBIYA'

Program DOBI bersama anak anak



Pagi tadi saya berpeluang mengikut suami untuk suatu aktiviti bagi anak anak menambah pengalaman.DOBI –Da’wah kepada Orang Belum Islam.Ianya merupakan pengalaman pertama sebahagian besar bagi anak anak ini.










Sedikit taklimat dibuat untuk panduan anak anak mendekati golongan yang disasar.Bermula mengingati diri tentang tanggungjawab yang dipikul dan janji ALLah SWT melalui Sabda Ar Rasul SAW yang sangat kita kasihi.

Rasulullah SAW telah berpesan kepada Muadz bn Jabal sebelum Muadz berangkat ke Yaman.Baginda bersabda:




Betapa besarnya ganjaran yang telah Allah tawarkan kepada kita.Namun ianya bukan suatu kerja yang mudah.Ia menagih seribu satu macam pengorbanan.Kita boleh renungi bagaimana Allah SWT telah menceritakan di dalam Al Qur’an kegigihan Nabi Nuh berda’wah.Nabi Nuh merupakan Rasul pertama yang berda’wah kepada kaumnya.Baginda menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyeru kaumnya supaya beriman kepada Allah SWT.

‘Dia(Nuh) berkata”Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam tetapi seruanku itu tidak menambah(iman) mereka,justeru mereka lari(dari kebenaran).Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka(untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka,mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutup bajunya(kewajahnya) dan mereka tetap(mengingkari) dan sangat menyombongkan diri.Lalu aku menyeru mereka dengan cara terang terangan.Kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan dengan diam diam’
Nuh:6-9

Bayangkan ujian yang dihadapi oleh Nabi Nuh AS.Baginda berhadapan dengan kaum yang bukan sahaja tidak menerima seruan malah nabi yang mulia ini diejek dan diperlakukan sedemikian rupa.Kalau kita bagaimana ya??

Anak anak ini dibekalkan dengan dua broser dan satu dvd yang mengandungi 7 siri mengenai kewujudan Allah dan keagunganNya.Mereka berpecah kepada kumpulan kecil.Masa yang dberikan hanya sekitar setengah jam untuk berinteraksi dengan non muslim dan mengedar bahan yang dibekalkan.Pengkongsian pengalaman dibuat sebelum program berakhir.Saya yakin anak anak ini tidak akan melupakan pengalaman yang cukup berharga yang telah mereka lalui untuk bekalan pada hari hari mendatang.





‘Ya Allah tambahkan petunjuk kepada kami dan kurniakan petunjuk kepada mereka’…didalam hati saya berdoa sambil memerhati anak anak mengatur langkah nun sayup di hujung sana.

Thursday, November 12, 2009

Bumi mana tak ditimpa hujan



'Awan mendung mula menutupi sinar pagi.Nun jauh di ufuk barat kelihatan kilat sabung menyabung.Haa...tentu hari nak hujan...terdetik dihati saya.Itulah saat saat yang saya nantikan .Saat hujan turun membasahi bumi.Mandi air hujan antara perkara yang paling menyeronokkan.Saya akan membawa balang berisi ikan puyu di tengah padang bola.Ikan itu akan dilepaskan dikawasan air bertakung.Membiarkan ikan bebas berenang sementara saya akan mendongak ke langit.Saya akan cuba mengira titisan hujan dan membuka mulut seluas luasnya.Air hujan yang masuk ke dalam mulut akan saya telan..aah..ia merupakan satu kepuasan!.Kepuasan anak kecil yang sukar digambarkan.Walaupun hampir 35 tahun berlalu tetapi terasa baru semalam..'

Dalam suasana yang lain...
'Eh eh kenapa mendung ni,macam hari nak hujan jer,Apa masalahnya?Dari tadi lagi abang tengok..'kata suami kepada isteri tersayang..

OOppss mari kita bergembira..
'Hujan oh hujan
kenapa engkau turun
macam mana aku tak turun...'

Lantas jom sama sama kita renungi...

'Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit,lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh tumbuhan,maka Kami keluarkan dari tumbuh tumbuhan itu tanaman yang menghijau,Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak;dan dari kelopak mayang korma mengurai tangkai tangkai yang menjulai,dan kebun kebun anggur,dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah,dan (perhatikan pulalah) kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda tanda(kekuasaan Allah) bagi orang orang yang beriman'
Al An'am:99

Hujan merupakan anugerah Illahi yang tidak ternilai.Ianya memberi kesan yang cukup mendalam dalam kehidupan manusia samada dari sudut keimanan mahupun selainnya.Sehingga seringkali kehidupan seharian dikaitkan dengan hujan.Suasana sedih dikaitkan dengan hujan.Lagu yang sering dinyanyikan kanak kanak kadang kala dikaitkan dengan hujan.Begitu juga asam garam kehidupan digambarkan oleh peribahasa 'bumi mana yang tak ditimpa hujan..'Yang terkini pula kumpulan penyanyi diberi nama 'Hujan'!!

Tuesday, November 10, 2009

Musnah!Hancur!Binasa!


Yang 'baru' pasti akan binasa

Cuaca hari ini cukup menyenangkan.Mentari pagi memancar membawa sejuta sinar harapan.Begitu saya terus melangkah ke RS tempat untuk saya belajar.Belajar menimba pengalaman dan berkongsi ilmu dengan pelatih di sini.

'kita akan melihat video seperti yang makcik janjikan minggu lepas,masih ingat?'saja saya mengajukan soalan seperti itu untuk memastikan mereka 'berada' bersama saya.'Ingat makcik,kami ingat' kata mereka beramai ramai

Saya berkongsi dengan mereka kisah bangsa bangsa yang musnah(Harun Yahya).Selepas melihat video,saya meminta mereka membuat perbincangan dalam kumpulan tentang apa yang telah mereka lihat.Merenung,memikirkan dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.Selepas perbincangan dalam kumpulan,mereka diberi peluang meluahkan apa yang mereka fahami dan yang telah mereka perbincangkan.

'Assalamualaikum...kawan kawan semua,kita lihat bagaimana nasib manusia yang mengingkari Allah SWT..kata ann(bukan nama sebenar) memulakan kata kata.Contohnya kaum Nabi Luth telah melakukan homoseksual.Mereka telah dimusnahkan dengan hujan batu.Tempat mereka diterbalikkan.Dahsyatnya azab yang mereka terima.Ada manusia yang dibaham oleh binatang buas (episod yang lain) kerana keimanan mereka.Sesungguhnya jalan ke Syurga bukan dihampari dengan permaidani merah.Tetapi sepanjang jalan ke Syurga dipenuhi duri duri.Kita kena merempuhi kalau kita hendakkan syurga. Contohnya kalau kita dah keluar nanti kita pakai tudung labuh jumpa kawan lama,kalau mereka perlekehkan..masa tu lah kita kena sabar' kata ann panjang lebar.Betul betul terharu saya mendengarnya.Saya berdoa sungguh sungguh di dalam hati agar apa yang diperkatakan oleh ann dapat dihayati oleh pelatih lain.'Ya Allah tambahkan petunjuk kepada kami dan berikan kami kekuatan untuk tetap taat kepadaMU'

'Kita dengar tadikan,dalam Al Qur'an malaikat memberitahu Nabi Luth bahawa azab akan turun kepada kaumnya.Malaikat menyuruh Nabi Luth dan kaumnya yang beriman menyelamatkan diri.Jangan toleh ke belakang,tetapi isteri Nabi Luth telah menoleh ke belakang jadi dia sama binasa seperti kaum Nabi Luth yang binasa.Ngerikan lihat tanah merekah dan api keluar.Itu api di dunia,api neraka tentunya lagi dahsyat.'kata Sa(bukan nama sebenar) mengajak kawan kawannya berfikir.

Di akhir perbincangan saya sempat mengajak pelatih merenung kembali apa yang dilakukan oleh kaum terdahulu seperti kaum Nabi Luth,kaum Tsamud dan sebagainya telah dilakukan oleh manusia abad ini.Sesungguhnya manusia hari ini sedang melengkapi pakej yang telah dilakukan oleh kaum tersebut...ianya cukup menggerunkan!Apa tindakan kita?

'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyeru kepada maaruf,mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah...'
Ali 'Imran:110

Saturday, November 7, 2009

Keindahan bahasa...


Yang indah itu bahasa...

Pagi itu saya melangkah ke RS seperti biasa.Melangkah ke tempat pengajian yang 'special'.Apatah lagi berhadapan dengan orang yang 'special' pula.Ianya mendatangkan kegerunan dan rasa seram sejuk kepada sesetengah pihak.Tidak kurang juga memberi keinsafan yang sangat mendalam kepada kehidupan sebahagian pihak yang lain...Tentunya pelbagai perasaan akan anda alami kiranya anda mengenali penghuni di RS.Namun kita bukan "penghukum"
'Doa bangun TIDO' dan 'Doa hendak TIDO' begitu tulisan terpampang di dinding untuk panduan penghuni di RS.Tidur dieja tido.Begitulah bahasa melayu yang mengalami perubahan yang cukup 'mengkagumkan'.Tulisan dalam sms dan blog anak anak remaja sukar untuk difahami oleh sebahagian dari kalangan kita.Kekadang merangkak(bukan merangkak macam bayi ya) kita membacanya.Sempat berceloteh dengan pelatih RS tentang isu bahasa.Saya bercakap dengan mereka bagaimana 100 tahun akan datang?Mungkin bahasa melayu hari ini sudah tidak difahami lagi oleh generasi ketika itu.
Al Qur'an telah membuktikan kehebatannya.Bahasa Al Qur'an(bahasa arab) masih difahami dan mampu dihayati walaupun lebih 1400 tahun ia 'diturunkan'.Malah syair syair arab jahiliyyah masih ada yang terpelihara.Ianya memudahkan para pengkaji dan pentafsir mentafsirkan ayat ayat Al Qur'an.Bukan itu sahaja contohnya perkataan "haman" yang diungkap oleh Al Qur'an sangat bertepatan dengan penemuan naskah hiroglifik(peninggalan mesir kuno) dapat diterjemahkan melalui penemuan 'batu rosetta' yang bertarikh 196sm.Anda boleh mendapatkan maklumat yang terperinci dalam

Ini membuktikan bahawa bukan sahaja Al Qur'an itu datangnya dari Allah SWT malah bahasa Al Qur'an itu sendiri merupakan mukjizat yang ulung.Ianya mampu menangkis serangan golongan yang tidak percaya dan meragui tentang kebenaran Al Qur'an.

Wednesday, November 4, 2009

Indahnya kesungguhan itu....




'Kalau free boleh bantu kak kat RS,akak tak ada partner'kata saya kepada seorang teman.'Apa yang boleh saya bantu kak?tanya teman saya ini.'Setiap minggu kak ada pengisian iaitu bacaan tafsir juz amma,kalau awak boleh bantu jadi kita berdua akan pergi 2 kali sebulan.Itupun kalau awak free,kalau tak, tak pe..,kak dah biasa' saya membuka ruang untuk dia sama sama dapat menyumbang di RS.'Nanti saya bincang dengan suami ya'katanya memberi harapan.
Semalam macam biasa saya ke RS.Sehari sebelum itu teman saya ini telah menalipon saya kesanggupannya untuk membantu.Tetapi semalam dia datang hanya hendak melihat bagaimana saya mengendalikan kelas.
Apa yang ingin saya hendak berkongsi dengan anda semua bagaimana kesungguhan seorang teman .Dia datang bersama 2 orang anak kecilnya dengan menaiki teksi.Anaknya baru berusia 31/2 tahun dan 2 tahun.Menaiki teksi sejauh hampir 20km dengan bayaran rm23.Terdetik dihati ' mahal juga ya! Rasa bersalah menyapa diqalbu..'Kalau macam ni,awak tak bantu kak pun tak pe,kesian awak,anak kecil lagi dah tu kena naik teksi'kata saya semasa menghantar dia ke pejabat suaminya .'Ok jer kak,saya tak kisah cuma agak bimbang anak saya mengacau saya semasa saya membuat pengisian'katanya bersungguh sungguh.Saya cuba meletakkan diri saya di tempatnya.Rasa rasanya saya siang siang lagi dah surrender untuk tidak ke RS.Tempat tinggal yang jauh,anak anak masih kecil dan tiada lesen memandu..Tapi tidak demikian kepada teman saya ini..
Teringat bagaimana dialog nabi Musa AS dengan Allah SWT semasa Allah memerintah Nabi Musa untuk berda'wah kepada Fir'aun.Nabi Musa mengadu kepada Allah diatas kekurangan dirinya(Allah Maha mengetahui).Baginda memohon agar Allah melantik seorang pembantu iaitu saudaranya sendiri Nabi Harun untuk menguatkan baginda bila berdepan dengan Fir'aun.Baginda tidak sekali kali menarik diri...

'Pergilah kepada Fir'aun;sesungguhnya dia telah melampaui batas.Berkata Musa "ya tuhanku,lapangkanlah untukku dadaku,dan mudahkanlah untukku urusanku,dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,supaya mereka mengerti perkataanku,dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,(iaitu) Harun saudaraku,dan teguhkanlah dengan dia kekuatanku,dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku...' Thaaha:24-32

Dalam menghitung diri,secara sedar saya menyedari begitu jauhnya saya dalam soal ini.Namun ianya tidak melemahkan semangat dan keazaman.Berbagai peristiwa yang dipaparkan oleh Allah di dalam Al Qur'an mampu memberi kita kekuatan dalam memperbaiki diri.Memang benar kalamullah.Ia merupakan penawar kepada semua penyakit manusia.

Monday, November 2, 2009

Kita bijak sekiranya...


Aku bijak..andapun bijak,kita bijak sekiranya...

Sudah puluhan sekolah telah dijelajahi oleh team ABJZ(anda bijak jauhi zina).Baru baru ini saya berpeluang mengikutinya dari dekat di sebuah sekolah di S*****.Alhamdulillah usaha murni yang dipelopori oleh JIM ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.
Semasa sarapan dengan beberapa orang guru di dewan yang tersergam itu sempat
juga saya bertanyakan keadaan di sekolah tersebut.Kebetulan saya duduk disebelah guru kaunseling.Memang banyak cerita yang dikongsikan oleh beliau.Bermula kisah peribadi hinggalah kepada permasalahan umat...umat melayu yang beragama islam...Memang cukup mengerikan!!
Hasil daripada maklumat yang dikongsi,sememangnya gejala sosial telah dan sedang menyerang golongan remaja sekolah.Perkara ini sememangnya cukup berleluasa.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini seringkali kita membaca di dada akhbar,kes pembuangan bayi berlaku dimerata tempat. Ianya boleh diumpamakan seperti kertas tisu yang digunakan untuk mengesat hingus(maaf),kemudian dibuang sesuka hati..

'Puan,kat sini sebut pasal gejala sosial semuanya ada...maksud saya hidu gam **orang,arak **orang,zina **orang,menonton video lucah lebih daripada separuh responden yang disoal selidik,couple **orang,dadah....dan..dan..' cukup meremangkan bulu roma mendengarnya.!
'Apa sebenarnya yang menyebabkan perkara ini berlaku cikgu' soal saya kepada guru berkenaan.'Memang banyak faktornya..yang paling ketara ialah keadaan keluarga.Kemiskinan dan perceraian salah satu faktor utama..'ujar beliau.
Apa yang disebut oleh guru berkenaan samada faktor faktor mahupun gejala sosial merupakan penyumbang utama!buktinya ialah pelatih di RS.
Mengapa perkara ini berlaku?Kedahsyatan ini berlaku apabila manusia membelakangkan agama.Al Qur'an telah menyebut bagaimana kebejatan manusia yang membelakangkan agama.Kaum nabi Nuh,kaum Aad,kaum tsamud telah dimusnahkan oleh Allah SWT. Allah SWT telah menghantar banjir yang besar.Allah telah musnahkan mereka dengan hujan batu.Allah juga menterbalikkan tempat tinggal mereka yang atas kebawah dan sebaliknya.Mereka hidup mewah.Negeri mereka makmur dengan hasil mahsulnya.Umpamanya kaum Tsamud mampu membina kediaman mengikut musim.Mereka membina istana di tanah datar untuk didiami semasa musim panas.Manakala pada musim dingin mereka mendiami istana yang mereka bina melalui kemahiran mereka memahat bukit bukit.
Tetapi mereka mengingkari utusan Allah(Nabi Shalih) dan menyombongkan diri.Mereka menyembelih unta nabi Shalih dan mencabar nabi agar buktikan ancaman yang dijanjikan..

'Lalu datanglah gempa menimpa mereka,dan mereka pun mati bergelimpangan didalam reruntuhan rumah mereka' Al 'Araf:78

Mengenai kaum Nabi Luth,mereka telah melakukan homoseks.Nabi Luth telah memberi amaran kepada mereka.Mereka tidak mengendahkannya,malah mengusir nabi Luth serta pengikutnya yang beriman.
'Dan kami hujani mereka dengan hujan (batu),maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berbuat dosa itu' Al 'Araf:84

Anda tentu biasa dengan karya Harun Yahya?Kisah penduduk disebuah tempat yang bernama Pompeii di Italy.Bangsa yang dimusnahkan oleh Allah SWT ini telah melakukan kebejatan yang tiada taranya.Mereka ditimbus hidup hidup oleh lahar gunung berapi Vesuvius yang menenggelamkan mereka beberapa km di dalam bumi.Peninggalan mereka masih mampu dilihat hingga ke hari ini.Wajah mereka menggambarkan keadaan terperanjat dan ketakutan yang amat sangat.Ada juga jasad penduduk ini yang seolah olah bertafakkur malah terdapat makanan masih di meja!!

Sesungguhnya bala Allah akan menimpa kepada semua samada orang yang baik mahupun yang jahat.Manakala rahmat Allah hanya kepada orang terpilih sahaja.Janji Allah adalah benar.Kita akan dibangkitkan dengan amalan masing masing dan dipersoalkan diatas apa yang telah kita usahakan di dunia
'.....kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang mengetahui yang ghaib dan nyata,lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan' al Jumu'ah:8

Saturday, October 31, 2009







Bila bunga mula berputik

‘Makcik,boleh tanya makcik sesuatu’tanya seorang anak muda penuh harap.’Boleh,apa salahnya’spontan saya respon diatas permintaannya yang tiba tiba itu.Terasa pelik juga apa yang penting sehingga sehari sebelum itu dia telah membuat temujanji dengan saya.’Macamana makcik boleh jumpa dengan pakcik’Alamak soalan cepu emas?soalan bonus?dan memang diantara soalan yang paling sukar untuk dijawab.
Suami selalu berjenaka dengan anak anak apabila menceritakan detik detik peristiwa yang membawa kepada pernikahan kami.Beliau menceritakan dia sedang menggewang(casting) tetiba aje tersangkut pancing mama yang sedang menggewang jugak.Apa lagi berderai ketawa mereka…biar betul!!
Sambil menyusun kata kata saya menjawab dengan penuh hati hati.Kami dipertemukan oleh Allah disebabkan sebuah tafsir fi zilal Qur’an juz amma (karangan As syahid Sayyid Qutb)…dan… dan seterusnya..’Ooo macam tu’ulas anak muda ini..
‘ Apa sebenarnya akhie?Tanya saya kepadanya.’Sebenarnya makcik saya nak tahu pengalaman makcik,sekurang kurangnya bolehlah saya jadikan panduan’Jawabnya dengan agak malu malu.

Sememangnya pengalaman merupakan salah satu ‘barang berharga’ yang boleh diambil pengajaran,panduan,perkongsian dan sebagainya dengan orang lain.Ianya tidak boleh diambil mudah.Kalau kita membaca sirah(sejarah) Rasulullah SAW dengan para sahabat, banyak peristiwa yang amat berguna untuk kita jadikan panduan untuk meneruskan kehidupan yang bahagia.Bahagia dalam ertikata yang sebenarnya.Pernah Rasulullah berpesan kepada sahabat-sahabatnya dan tentunya kepada kita umatnya..seorang muslim itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali..Sejauh mana kita mengambil berat terhadap pesanan Rasulullah SAW ini?

Thursday, October 29, 2009


CETUSAN HATI SEORANG....

Setiap minggu saya berpeluang untuk bersama pelatih di RS(Raudhatus Sakinah-pusat pelindungan remaja puteri).RS ini telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) yang prihatin terhadap gejala sosial yang hebat melanda muda mudi negara ini. Pelatih di RS terdiri daripada mereka yang terlibat dengan pergaulan bebas,arak,rempit,zina dan seribu satu macam kemaksiatan dan kefasadan yang telah mereka lakukan.Alhamdulillah ia sedikit sebanyak memberi saya semangat untuk terus tetap(istiqamah) dalam memperbaiki diri dan keluarga. Tidak cukup setakat itu,saya cuba berusaha belajar untuk bersama masyarakat dalam menangani gejala sosial yang semakin hari kian membarah .

'Hari ini kita akan membaca tafsir surah al ma'un,apa makna al ma'un itu,siapa yang nak jawap?...al ma'un itu pertolongan/pinjaman makcik..kata ann(bukan nama sebenar)..dan begitulah seterusnya pertanyaan dan perbincangan diantara saya dengan pelatih selalunya 'hangat' pada banyak kali pertemuan.Dalam surah al ma'un disebut sifat orang yang mendustakan agama.


  1. Orang yang mengherdik anak yatim

  2. Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin

  3. Orang orang yang lalai dari solatnya

  4. Orang yang berbuat riya'

  5. Enggan menolong dengan barang yang berguna


Apa yang dimaksudkan dengan orang yang lalai dari solatnya?Makcik...makcik,orang ni tak kisah pasal solat kan??kata eiz(bukan nama sebenar) mohon kepastian...lagi...siapa nak jawab?Orang yang solat pada saat waktu nak habislah...kata seorang pelatih didepan eiz.

Makcik pernah mendengar cerita seseorang ada yang solat zohor,asar,maghrib dan isya' sekaligus,dengan kata lain dihimpunkan satu waktu untuk melangsaikan semua 'hutang2nya'.Alasannya nanti supervisor marah...tak capai target!Bulat mata mereka macam tak percaya.Aduhai..sedikit pengalaman saya bekerja dikilang memang agak kalut.Kita terpaksa lakukan sesuatu dengan pantas dan cekap.Kalau tak,banyak perkara kita tertinggal.Tapi apapun mungkin bergantung kepada budaya kilang,kedudukan kita dikilang dan sebagainya.Masing masing ada pengalaman tersendiri kan...

Saya meneruskan lagi perbincangan.... Siapa tahu apa itu riya'?Pelbagai respon dari mereka menggambarkan mereka mengikuti dan memahami apa yang disampaikan(walaupun tak semua).

Riya' salah satu penyakit hati yang digambarkan oleh ar Rasul SAW dalam sebuah hadits yang bermaksud

"Riya' itu lebih sukar dikesan dari semut hitam yang kecil di malam yang gelap pekat dicelah celah cemara rambut yang hitam"

Di sini juga saya sertakan beberapa coretan pelatih ini yang sudi berkongsi dengan saya.Saya sertakan untuk renungan kita bersama.

Coretan 1

"Kini aku berada di Raudhatus Sakinah tempat yang banyak membuka pintu hatiku untuk berubah..Sejarah hitam kini dapat ku hapuskan dari lubuk ingatan dan aku bertekad untuk tidak mengulangi lagi.Sejarah hitam itu akan aku jadikan pengalaman hidup dan pengajaran pada masa akan datang.Segala ilmu yang telah aku pelajari di Raudhatus Sakinah ini akan aku praktikkan apabila aku keluar nanti.Aku takkan sia siakan pengorbanan mak dengan abah yang telah menghantar aku ke sini untuk menjadi insan yang lebih matang dalam membuat keputusan.Serta tidak terpengaruh dengan budaya yang kurang elok.Terima kasih mak dan abah..."

Coretan 2

kesalahan....
yang tak dapat
aku ungkapkan
terhadap pencipta
keluarga
ibu,ayah...
tak dapat
aku tebus lagi
satu hari aku berjanji
di sini...
aku mengorak langkah
membawa bersama
harapan ibu dan ayah
menuju ke menara
harapan mereka...

Saya selalu berharap dan berdoa kepada Allah agar mereka mampu menjadi insan yang baik (solehah)pada suatu masa nanti..

Monday, October 26, 2009

Kekadang aku terpaksa "lari"....

Tanggungjawab dan rutin harian kadang kala sungguh memeningkan.Adakalanya kita rasa agak tertekan dengan kerja yang bertimbun yang tak pernah selesai.Dalam masa yang sama kita terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah samada bersangkut paut dengan diri sendiri,rakan taulan,keluarga,kerjaya dan sebagainya.Mungkin kita boleh keluar dari keadaan ini buat sementara waktu.Tarik nafas panjang dan cari sesuatu akitiviti yang boleh mengurangkan stress.

Saya sempat 'melarikan diri' baru baru ini.Berbekalkan persiapan yang ala kadar walaupun cuaca tidak menentu saya ditemani tentunya orang tersayang untuk menyusuri sungai Mawai.Sudah beberapa purnama tidak ke sana.Air seperti teh tarik tapi hati berbisik,tak apa janji dapat balingkan pancing yang dah lama merajuk!!

Pada mulanya cuaca agak cerah.Kami terus memecut ke hulu sungai untuk menjejaki lubuk jongkong(udang galah).Memang betullah mereka memang mogok lapar kot.selama 4 jam melabuhkan pancing tidak ada yang sudi merisik apa lagi menjamah menu hari itu.Langit tetiba mendung tanda hari akan hujan.Kami sangat jauh dari pangkalan.Nak balik memang akan merempuh hujan di hilir sungai.Terpaksa berteduh dibawah mengkuang sungai.Petir dan kilat sabung meyabung.Hujan mula turun dengan lebat sekali.Tapi syukur tiada apa yang tidak diingini berlaku.Lebih daripada setengah jam kami disirami air hujan.Memang sejuk tidak terkira..apabila hujan telah reda kami memecut laju kembali ke pangkalan.Memang nak cepat sampai .Dipertengahan jalan kami ditahan oleh...bukan polis lah...oleh 3 orang apek.Mereka baru sahaja nak memasang tajo(sejenis pancing-tali diikat pada joran,tali pendek,umpan betul betul dibawah sedikit permukaan air-untuk mendapatkan ikan toman,tapah dan sebagainya.Kadang kala umpan yang dipasang menjadi habuan labi labi).Enjin mereka rosak.Minta kami tunda bot mereka.Bukan kat jalan raya saja ada penunda tau!!!

Suami bersembang dengan mereka.Sekali sekala saya menyampuk jugak.Eh...macamana nak cakap dengan apek ni pasal islam ek?Tu lah selalu cari idea tapi susah jugak nak keluar kat mulut.Dalam diam saya pujuk diri,tak semesti cakap tunjukkan akhlaq yang baik.Biasa lah tu untuk cover! Tapi saya tak lupa berdoa agar Allah tambahkan petunjuk kepada kami dan beri petunjuk kepada mereka.Perjalanan setengah jam menjadi satu jam.Memang lenguh pinggang sebab lama sangat duduk tak seimbang.

Sampai ke pangkalan, mereka mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kami.Selepas meninggalkan mereka di pangkalan mereka, kami meneruskan perjalanan beberapa meter sahaja dari pangkalan mereka untuk ke pangkalan kami.'Memang rezeki kita kot' kata suami.Walaupun kita cuma mendapat 3 ekor udang tapi Allah memberi kita rezeki dengan tidak disangka sangka..menolong sesama insan'.

Saya memang selalu tak bersetuju apabila orang berkata:hari ini kita tolong orang,hari lain orang tolong kita pulak..bukan apa kita buat sesuatu tu kerana Allah dan tidak lainnya.Jadi apa yang kita buat tidak mengharapkan balasan...

Berbicara dengan alam sesuatu yang menyeronokkan.Semasa menyusuri sungai kelihatan nun jauh di sana bunga bungaan liar melatari pemandangan.Udara segar berhembus lembut. kadang kala membawa bersama haruman bunga bungaan tersebut.Fikiran menjadi tenang.Lebih lebih lagi kita menyedari hakikat kejadian.Betapa kerdilnya kita dan betapa agungnya sang Pencipta.



'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang yang berakal' ali 'imran:190

Thursday, October 22, 2009

Puncak Arabella






Di Puncak Arabella

Teriknya mentari memancar pada hari itu cukup membuatkan kepalaku berdenyut kesakitan.Keadaan itu ditambah lagi pengurusan pendaftaran yang agak lembab dikolej.Sehingga jam 5 petang baru selesai pendaftaran yang bermula seawal pukul 2 petang.Badan terasa sangat penat.Tidak mungkin boleh balik ke Johor Bahru yang jaraknya melebihi 500km!
Bagaimana kalau kita berehat di puncak Arabella?Tanya suami..(Fulamak! cayalah..persantaian yang tidak dirancang).Biar betul bang,ada apartment kosong lagi tak?tanya ku penuh minat..nanti abang call sri intan ya…aduhai mudah mudahan adalah yang masih kosong.Lagipun bukan cuti sekolah..detik hatiku.Ook kita ke Arabella..kata suami sejurus menamatkan perbualan/percakapan di dalam telefon.Telefon angah dulu beritahu kita tidak dapat balik terus ke jb..kata suami.


Aku memang menyukai suasana di puncak Arabella.Puncak Arabella dikelilingi oleh banjaran gunung lain disekililngnya.Nun kelihatan rumah di kawasan lembah dan di celah celah bukit sayup mata memandang.Permandangan yang dihiasi paku pakis gajah disamping pokok pine mewarnai pagi yang hening itu.Mataku terpaku kepada sebuah rumah di antara 2 bukit yang menghijau.Biasanya antara kedua bukit ada anak sungai yang jernih mengalir.kelihatan anak-anak ikan berenang dengan riangnya..Fikiranku menerawang.Teringat semasa kecil dahulu aku sering menyanyi lagu…tepi gunung
Air terjun,
Tempat orang bermain..
Tempat tinggal tukang kebun..
Dan anaknya Rohani..
Sungguh cantik…..
Lembah yang terpencil sering di diami oleh tukang kebun dan petani yang mengusahakan tanah secara tradisional.Tapi berhampiran dengan puncak Arabella tentunya rumah yang memaku perhatianku buat seketika di cerun yang mendamaikan itu bukan tukang kebun yang punya apatah lagi petani yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jutawan manalah agaknya ?hatiku berkata-kata sendirian.


Angin yang sejuk dan cuaca yang redup cukup mendamaikan hati.Tidak seperti sehari sebelumnya. Aku sengaja membuka tingkap seluas-luasnya membiarkan angin sejuk menerobos masuk ke dalam apartment..Ahh terasa sejuk pula,tapi biarlah aku cukup damai dengan suasana begini.Ya tidak akan aku lepaskan peluang menikmati kehebatan ciptaan Illahi Di Puncak Arabella.
Seketika aku melayari laman web untuk mengetahui berita semasa.Mencari berita tentang pergolakan di Perak hinggalah isu-isu semasa yang lainnya.Aah betul betul menganggu kedamaian di hati..Baik off jer.


Jom kita sarapan,perut dah berkeroncong ni !kata suami..laa dah lama mama tunggu..abang lama sangat bersiap..adik cepat siap,kita makan dan jalan-jalan dulu.kemudian dah puas jalan-jalan kita baru berkemas.,kataku kepada sibongsu kami.
Selepas sarapan ala kadar kami mendaki naik ke Brincang iaitu penempatan yang tertinggi yang boleh dijejaki dengan kereta.Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.Anda boleh menginap di hotel yang agak ekslusif seperti hotel equatorial dan boleh membeli pelbagai hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Tidak terkecuali terdapat bunga-bungaan yang segar mahupun yang kering yang mewarnai gerai-gerai yang berderetan di kiri kanan jalan.Apatah lagi anda berpeluang memetik sendiri strawberi yang masam-masam manis tu !


Oleh kerana persinggahan kali ini bukannya cuti persekolahan,keadaan agak lengang.Kami bertiga dan ada beberapa orang saja yang berada di sekitar gerai berkenaan.Boleh dikatakan ramai penjual daripada pembeli.Kita boleh membeli dengan tenang tanpa ada gangguan seperti bersesak-sesak dengan pelancung lain ataupun lori-lori hantu yang ‘berkeliaran’(tidak henti-henti) mengangkut barang jualan.
Ada sesuatu yang cukup menarik ingin saya berkongsi dengan anda…anda mungkin tergoda dengan kepetahan pekerja indonesia yang meraih simpati membeli barang-barang jualan di gerai mereka.Mereka penuh yakin mempromosikan barangan mereka dengan pelbagai teknik yang digunakan.Kadang kala kualiti barang-barang jualan mereka boleh dipersoalkan.Ooo itulah kemahiran yang tidak ada padaku…terdetik disudut hatiku yang cukup dalam.Kenapa aku jadi begini ?Walhal barang yang aku hendak promosi kepada pembeli jauh lebih berkualiti daripada apa yang mereka jual…aku bermonolog lagi.Islam…oh betapa cuainya aku.Engkau cukup berharga dan sangat didambakan insan.Tapi aku tidak bersedia berkongsi dengan sesepet berkulit kuning langsat atau si rambut perang bermata biru atau juga sihitam manis rambut ikal mayang !Sedih menerpa dihati.Aku dan suami sering berbual mengenai perkara ini.Apa yang hendak kita beri alasan kiranya kita dituntut oleh jiran,rakan dan kenalan yang tidak tahu apa itu islam dihadapan Rabul Jalil di akhirat nanti !perkara ini sering menghantui fikiran.Mahu tidak mahu aku perlu menambahkan kemahiran.Aku mesti belajar teknik bercakap yang mampu memikat pendengar seperti kepetahan pekerja indonesia mempromosi barangan mereka atau sepatutnya lebih baik lagi..Bagaimana caranya ya ?


Kami tinggalkan Brincang kembali semula ke puncak Arabella..Berkemas dan check out untuk meneruskan perjalanan.Agak terasa sedikit bahang mentari diwaktu tengahari walaupun beberapa tahun dulu keadaan ini tidak berlaku…oo dulu masih banyak pokok-pokok pine berhampiran dengan pusat pentadbiran dan pekan kecil tanah rata,Cameron Highlands ,sekarang tidak lagi..bangunan baru sedang rancak didirikan..mungkin suatu masa nanti kesejukan pergunungan Cameron Highlands hanya tinggal sejarah…
selamat tinggal puncak Arabella,ada ‘jodoh’ kita bertemu lagi..

Cinta dan perkahwinan




Bismillahirrahmanirrahim

‘Ala bang ni…malulah,tak payah pegang-pegang tangan,kita dah tua…’kata Limah kepada Johar suaminya..

‘Tak gi SPA ke?..kita kena jaga badan tauu..apa tu aromatherapy..! Tanya kak Leha kepada Diana jiran sebelah rumahnya.

‘Kami rasa semakin mengenali antara satu sama lain .Anak-anak dah besar,kami baru perasan selama ini kami sibuk dengan kerenah mereka,kurang memikirkan kemesraan kami’ kata Joe kepada kawannya..

Kehangatan cinta..kehangatan cinta akan menjadi semakin dingin dengan bertambahnya usia perkahwinan..betul ke?mungkin ada benarnya.Ianya sering diperkatakan sejajar dengan usia sesuatu perkahwinan.Lebih memeranjatkan berlaku perceraian bukan sedikit dikalangan warga emas,apa tah lagi pasangan muda.Adakah ini petanda bahawa betapa rapuhnya institusi keluarga Islam di Malaysia.?

Beberapa faktor yang tidak sedikit menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga.Antaranya
1.Asas agama yang kurang mantap(tidak mengetahui/mengabaikan tanggungjawab suami isteri)
2.Kedudukan ekonomi sesebuah keluarga
3.Dasar asal perkahwinan-adakah diatas dasar cinta semata-mata

Tulisan ini bukanlah untuk menghuraikan satu persatu permasalahan yang menjurus kepada perceraian.Ianya ingin mengetengahkan beberapa panduan bagaimana untuk memupuk/menjadikan cinta pasangan suami isteri sentiasa hangat.
Ianya boleh kita amalkan bila bila masa saja bukan semestinya menunggu ulangtahun perkahwinan atau ulangtahun kelahiran dan sebagainya.Diantaranya ialah

1.Fahami kehendak pasangan
2.Komunikasi berkesan
3.Meraikan minat/hobi pasangan walaupun tidak sama dengan kita
4.Saling bantu membantu dan berkerjasama dalam apa jua keadaan.
5.Mengambil langkah segera apabila berlakunya salah faham iaitu tidak membiarkan
salah satu pihak tidak berpuas hati dengan pasangan masing-masing berlarutan

Hakikatnya sebagai seorang muslim kita tidak ’kering’ dari panduan yang sentiasa segar dan praktikal.Panduan yang berada didepan kita yang telah kita warisi lebih dari 1400 tahun merupakan penawar yang begitu ampuh untuk menghadapi apa jua keadaan iaitu Al Qur’an.Apatah lagi ditokok pandu oleh sunnah ar rasul SAW.

’Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan kepadamu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya diantaramu kasih dan sayang.Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir’
AR-Rumm:21

’Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya,dan aku adalah yang teramat baik sekali kepada isteriku’
Hadith riwayat Ibnu Majah & Al Hakim

Pelbagai situasi dan cara bagaimana pasangan suami isteri itu disatukan dalam ikatan perkahwinan.Ada yang dipilih oleh orang tua.Ada yang melalui orang tengah dan tak kurang juga cinta pandang pertama.Apapun punca terbentuknya ikatan suci ini merupakan nostalgia kehidupan pasangan tersebut.Namun apa-apa yang menatijahkan tergugatnya ikatan suci ini perlulah dihindari.

Cuba kita kenangkan mula-mula perkenalan kita terhadap pasangan.Tentu ada peristiwa yang paling manis pernah kita alami.Alangkah indahnya kalau kita mampu menyuburkan kasih sayang dengan mengulang-ulangi keindahan,kebaikan,pengorbanan dan seribu satu macam peristiwa yang boleh mengukuhkan ikatan perkahwinan tersebut.Apatah lagi kiranya peristiwa itu lebih menyakinkan pasangan masing-masing bahawa perkahwinan yang dibina bersama adalah suatu pilihan yang sangat tepat.

’Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah(isteri)’

Hadith riwayat Muslim

’Mahukah kamu,aku memberitahukan dari hal sebaik-baik barang yang disimpan oleh seorang lelaki?Iaitu isteri yang soleh,jika suami melihat kepadanya,dia menggembirakan,jika suami menyuruhnya sesuatu dia taat.Jika suami tiada di rumah,dia menjaga harta suami itu dan memelihara pula dirinya sendiri’

Hadith riwayat Ibnu Majah

Memang tidak dinafikan hidup di dunia ini penuh ujian.Setiap individu samada telah berkahwin atau belum akan diuji.Ujian akan datang silih berganti samada disedari atau tidak.Ianya berbentuk fizikal mahupun spiritual.Tepat sekali Al Qur’an mengungkapkan hakikat kehidupan akan diuji.

’Maha suci Allah yang ditanganNyalah kerajaan,dan Dia maha kuasa atas segala sesuatu.Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia MENGUJI kamu siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya’
Al Mulk:1-2



Kadang kala oleh kerana sudah lama hidup bersama,bahasa pertuturan pasangan,persediaan makan minum,kesihatan,penampilan diri dan sebagainya turut berubah dengan berlalunya masa.

Mungkin diawal perkahwinan bahasa-bahasa romantik seperti sayang,darling,buahati dan sebagainya sering digunakan.Apabila anak-anak sudah membesar atau ada yang sudah mula menjejaki kaki ke IPT bahasa-bahasa seperti ayah oi,mak oi,orang tua ni! sering kedengaran.Mungkin itu sebahagian kecil saja berlaku.Namun yang kecil itu perlu dibendung agar bara tidak menjadi api yang menjulang.
Begitu juga dalam hal makan minum,kadang-kala kedua-dua pasangan suami isteri berkerja dan balik ke rumah selepas kerja memerlukan masa untuk berehat.Namun mungkin salah seorang pasangan kurang sensitif menyebabkan perkara persediaan makan minum menjadi pertikaian hingga menyebabkan mahligai yang dibina sekian lama mula kelihatan retaknya.Sekiranya setiap pasangan memahami dan sering bertolak ansur hidup yang dilalui akan menjadi lebih tenang dan tenteram,dengan lain perkataan setiap perkara memerlukan pertimbangan / penilaian secara objektif dan seimbang bukan dimainkan oleh emosi.Tidak timbul siapa yang paling berkuasa,ada kuasa veto dan sebagainya.Begitu juga tidak timbul siapa yang paling banyak dibebani dengan kerja-kerja memguruskan rumahtangga yang tidak pernah selesai!

Tidak dinafikan setiap kita tidak mampu memenuhi atau memuaskan kehendak pasangan seratus peratus.Mari kita sama-sama renungi dan hayati beberapa penawar yang sangat mujarab yang kita semua yakini dan imani.

’Dan bergaullah dengan mereka(isteri-isteri) itu dengan baik dan jika kamu tidak menyukai mereka,(maka bersabarlah) kerana mungkin apa yang kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak’
An-Nisa’:19

’Sesempurna-sempurna iman orang-orang mukminin ialah yang paling baik kelakuannya dan yang paling lembut terhadap isterinya’
Hadith riwayat Bukhari & Muslim

Semoga kita semua berbahagia dalam melayari bahtera kehidupan.Selalu siramilah pohon perkahwinan dengan baja keimanan,cinta kasih,bertolak ansur dan sebagainya agar ianya terus utuh insya Allah walaupun ’hurrican’ yang datang melanda.